PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Krisis kewangan tingkatkan kemiskinan tegar di Asia

Go down

Krisis kewangan tingkatkan kemiskinan tegar di Asia Empty Krisis kewangan tingkatkan kemiskinan tegar di Asia

Post  yeeleng(L6A) Thu Feb 18, 2010 9:33 am

MANILA 17 Feb. - Seramai 17 juta penduduk Asia telah terjerumus dalam jurang kemiskinan tegar akibat kesan krisis kewangan dunia, kata Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bilangan itu dijangka meningkat empat juta lagi pada tahun ini, kata ADB dan PBB dalam laporan bersama yang dikeluarkan di sini.

Jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada 900 juta penduduk Asia yang sudah diisytiharkan sebagai miskin tegar, apabila hanya memiliki pendapatan bawah AS$1.25 (RM4.25) sehari untuk meneruskan hidup mereka.

Naib Presiden ADB, Ursula Schaefer berkata, Asia telah menunjukkan kemajuan yang baik dalam menarik keluar rakyatnya dari jurang kemiskinan sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Setiausaha Agung PBB, Noeleen Heyzer berkata, sektor eksport dan pelancongan Asia mengalami\kerugian dan masih menyaksikan berlakunya kehilangan pekerjaan akibat krisis yang berlaku seluruh dunia pada akhir 2008.

Kekurangan pelaburan asing, bantuan dan kiriman wang daripada pekerja luar negara terus menjejaskan golongan miskin di Asia, kata Heyzer.

Laporan itu menyebut, lebih ramai wanita yang mewakili golongan majoriti berkemahiran rendah di Asia dan pekerja sementara kini menjadi kumpulan miskin tegar.

Sementara, Penolong Setiausaha Agung PBB, Ajay Chhibber berkata, bagaimanapun Asia Pasifik berada dalam keadaan baik terutama dalam aspek infrastruktur dalam mencapai matlamat pembangunan milenium PBB yang bertujuan membawa mengurangkan kemiskinan.

Tambah beliau, malah Latin Amerika dan Eropah Timur mempunyai perlindungan sosial yang lebih baik berbanding Asia seperti persaraan dan insurans bagi penganggur. Hanya dua dan tiga peratus Keluaran Dalam negara Kasar di Asia digunakan sebagai perlindungan sosial, katanya.
Chhibber berkata, angka yang ideal bagi tujuan tersebut sepatutnya antara empat ke enam peratus.

''Dengan kadar sedia ada, kemungkinan penduduk Asia untuk kembali miskin adalah lebih besar semasa krisis atau bencana alam,'' ujar beliau. - AFP

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum