Krisis air dua tahun lagi

View previous topic View next topic Go down

Krisis air dua tahun lagi

Post  yeeleng(L6A) on Mon Jul 12, 2010 2:02 pm

AMPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menghadapi krisis air yang terburuk menjelang 2012 jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengurus serta menyelesaikan masalah perbekalan air dengan berkesan dan segera. Sambil menyifatkan situa-si isu itu kritikal ketika ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, masalah itu amat serius kerana akan menyebabkan rakyat menanggung derita, di samping menyusahkan banyak pihak lain seperti kilang dan pelabur asing. Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sudah berusaha membantu bagi mengelakkan krisis menjadi bencana, termasuk mengadakan banyak rundingan dengan kerajaan negeri pembangkang itu, tetapi banyak halangan dan kekangan berikutan sikap tidak proaktif pihak terbabit menyelesaikan masalah.

“Bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan, kita perlu menaik taraf empangan sedia ada untuk menambah air kerana sumber sedia ada terbatas.

“Untuk jangka panjang, kita bersetuju membawa air dari Pahang ke Selangor dan Wilayah Persekutuan. Jika tidak dibuat dalam tempoh 2014, ia akan menjadi masalah genting. Itu tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor, mana laluan paip yang hendak dimasukkan (kerana) dia sudah bagi arahan kepada majlis perbandaran dan pejabat tanah jangan layan kerana ini projek Persekutuan.

“Saya bangkitkan ini kerana saya tidak mahu rakyat, terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan menuduh kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) tidak bertanggungjawab jika timbul krisis air nanti. Ini adalah masalah amat serius,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Ampang, di sini, semalam. Hadir sama Ketua UMNO bahagian, Datuk Ismail Kijo.
Muhyiddin berkata, ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu, Abdul Khalid menjanjikan bekalan air percuma kepada rakyat sedangkan dalam pengurusan kerajaan, ia perlu ada keupayaan sumber untuk mem-biayainya.

Malah, beliau difahamkan kerajaan negeri terpaksa membayar RM13 juta setiap bulan untuk menampung kos bekalan air sehingga dikatakan timbul kebimbangan pemimpin terbabit muflis boleh berlaku jika ia berterusan.

“Malah, syarikat yang membekalkan air pun berdepan masalah kerana kos mengurus dan memproses air amat tinggi. Namun, kerajaan negeri mungkin kata tak usah naikkan harga kerana nanti dia juga yang terbeban dengan bayaran daripada RM13 juta boleh jadi RM20 juta sebulan. Syarikat yang memproses air akan menanggung rugi kerana tidak mampu menanggung kos,” katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum