Kereta Honda tempatan tak terbabit penarikan

View previous topic View next topic Go down

Kereta Honda tempatan tak terbabit penarikan

Post  ZiAmUn(U6A/'10) on Thu Feb 11, 2010 11:16 am

HONDA Malaysia Sdn Bhd berkata, semua kereta Honda yang dijual di negara ini sejak 2001 tidak terbabit dengan penarikan semula yang dilakukan Honda Motor Co berikutan masalah pada alat pengembung beg udara (SRS).

“Honda Malaysia ingin mengesahkan semua model Honda yang dijual di Malaysia sejak 2001 tidak terbabit dalam penarikan semula itu,” katanya dalam kenyataan ringkas di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum itu, di Tokyo Honda Motor mengumumkan menarik semula lebih 430,000 kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakannya di Amerika Utara, bagi membaiki kecacatan sistem beg udara yang dikatakan berisiko meledak hingga menyebabkan kecederaan.


Penarikan semula itu yang turut meliputi kenderaan Honda di Jepun, Mexico, Taiwan dan Australia adalah lanjutan daripada langkah sama yang dilakukannya sejak 2008 membabitkan lebih setengah juta kenderaan akibat kecacatan yang sama.

Honda Motor berkata, kecacatan pengembung sistem beg udara itu boleh menyebabkan ia pecah dan ‘menyebabkan cebisan besi menembusi bahan kusyen beg udara dan boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.’

Katanya, pihaknya menyedari 12 insiden membabitkan perkara itu dan menyebabkan satu kematian, tetapi menambah bahawa tiada laporan baru diterima mengenainya sejak tahun lalu.

Penarikan semula secara meluas membabitkan 437,763 kenderaan di seluruh dunia itu membabitkan model yang dikeluarkan pada 2001 dan 2002 - termasuk 378,758 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) dan 41,685 di Kanada.

Model terbabit ialah Honda Accord, Civic, TL, CR-V, Odyssey, Pilot dan CL di Amerika Utara serta model Inspire, Saber dan Lagreat yang dijual di Jepun, kata Honda yang berpangkalan di Tokyo.

“Kami membuat kesimpulan bahawa kami tidak tidak pasti sepenuhnya bahawa pengembung sistem beg udara dalam kenderaan yang tersenarai dalam penarikan semula kali ini akan berfungsi seperti dikehendaki,” kata syarikat itu.

Penarikan semula kali ini adalah yang ketiga dilakukan Honda Motor membabitkan masalah sistem beg udara, menjadikan jumlah keseluruhan kereta yang terbabit lebih daripada 900,000 unit.

Penarikan semula yang pertama ialah pada November 2008 membabitkan kurang 4,000 kenderaan terdiri daripada model Accord dan Civic keluaran 2001 di AS dan 218 kereta di Kanada.

Selepas dua lagi insiden membabitkan kereta yang tidak termasuk dalam penarikan semula yang pertama itu, syarikat itu melakukan satu lagi penarikan semula pada Julai lalu membabitkan 440,000 unit model Accord dan Civic keluaran 2001 dan 2002 serta beberapa model 2002 kenderaan Acura TL.

Ia juga menarik semula sejumlah 49,452 kenderaan di Kanada.

Penarikan semula yang terbaru itu termasuk 9,227 kenderaan di Mexico, 1,361 di Taiwan dan 703 unit di Australia, kata Honda Motor dalam kenyataan itu.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum