Syarikat tempatan rancang tembusi pasaran luar negara

View previous topic View next topic Go down

Syarikat tempatan rancang tembusi pasaran luar negara

Post  ZiAmUn(U6A/'10) on Thu Feb 11, 2010 11:12 am

TAHAP keyakinan di kalangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kembali pulih dan mereka kini bersedia membuat pelaburan baru bagi mengembangkan operasi termasuk ke peringkat antarabangsa.

Kumpulan perbankan global, HSBC, dalam satu kaji-selidik dijalankannya pada peringkat global dan tempatan mendapati tahap keyakinan PKS di negara ini ketika ini mulai menghampiri parasnya seperti sebelum krisis ekonomi global.


Pengarah Urusan Perbankan Komersial HSBC Bank Malaysia Bhd, David Morton, berkata memandangkan PKS adalah tulang belakang ekonomi negara, langkah mereka membuat pelaburan baru dan mengembangkan operasi hasil pemulihan keyakinan itu akan memberi manfaat besar kepada ekonomi secara keseluruhannya.

"Peningkatan keyakinan di kalangan PKS itu sesuatu yang baik kerana ia bukan saja menunjukkan mereka yakin ekonomi negara akan mengukuh, tetapi juga bermakna mereka akan melabur semula dalam operasi dan pengambilan pekerja," katanya ketika membentangkan laporan kaji selidik HSBC Bank Malaysia Bhd mengenai tahap keyakinan di kalangan perniagaan kecil tempatan di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik itu dijalankan pada suku keempat tahun lalu membabitkan kira-kira 300 pelanggan PKS bank itu.

Morton berkata, PKS tempatan juga mulai yakin untuk menembusi pasaran antarabangsa terutama di negara jiran yang menawarkan peluang pasaran yang besar, bermula tahun depan.

Katanya, jumlah PKS yang merancang menjalankan perniagaan antarabangsa buat kali pertama turut menunjukkan peningkatan.

Katanya, kaji selidik HSBC itu menunjukkan ketika ini hanya 15 peratus daripada PKS tempatan terbabit dalam perniagaan antarabangsa.

"Di Malaysia, 25 peratus daripada PKS yang dikaji menyatakan mereka merancang menjalankan perniagaan antarabangsa mulai 2011, meningkat daripada 15 peratus ketika ini," kata Morton.

Jelasnya lagi, majoriti daripada PKS itu merancang memasuki pasaran Indonesia diikuti Singapura dan China.

"Tujuan memasuki pasaran antarabangsa untuk meningkatkan jualan dan pendapatan selain mendapat akses ke pasaran serantau.

"Ia juga bertujuan mengurangkan risiko akibat terlalu bergantung kepada pasaran domestik," katanya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum