PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Taktik Menyamun

3 posters

Go down

Taktik Menyamun Empty Taktik Menyamun

Post  PnLeela Sun Feb 07, 2010 7:07 am

Hi kelas,
Berikan pandangan anda tentang hal ini, berkongsi pengalaman atau, sekiranya terdapat berita-berita yang sinonim seperti ini, sila paparkan di ruang ini
Taktik langgar samun kembali
PETALING JAYA 6 Feb. – Taktik langgar dan samun kereta mangsa terutamanya kenderaan mewah kini kembali berleluasa.

Dalam kejadian terbaru malam tadi, seorang pegawai bank kerugian kira-kira RM200,000 apabila kereta jenis BMW miliknya dilarikan tiga lelaki berhampiran hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh arah utara di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sewaktu memandu berhampiran hentian tersebut, kereta mangsa tiba-tiba dikatakan dilanggar oleh sebuah kenderaan daripada jenis yang sama.

Menurutnya, mangsa kemudian diarah untuk berhenti di lorong kecemasan di tepi lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, tiga orang suspek kemudian keluar dari kenderaan mereka sambil mengacukan parang ke arah mangsa sebelum melarikan kereta tersebut.

“Kita percaya suspek menggunakan modus operandi melanggar belakang kereta mangsa dan kemudian mengugut mereka sebelum melarikan kenderaan mewah yang dinaiki mangsa.

“Setakat ini, polis belum menahan mana-mana individu dan masih berusaha memburu mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.

Arjunaidi memberitahu, pihaknya kini menjalankan siasatan berhubung kes terbabit mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Taktik Menyamun Empty Re: Taktik Menyamun

Post  yeow_U6A/2010 Sun Feb 07, 2010 8:05 am

Pada pandangan saya, jika berlaku kes sebegini, mangsa tidak patut turun kereta atau pun buka tingkap memandangkan bilangan pihak lain yang besar. Seterusnya, mangsa patut menghubungi pihak polis untuk menyelesaikan masalah. Jika pihak tersebut mula bertindak keras, mangsa boleh memandu lari dulu sebelum tragedi berlaku.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Taktik Menyamun Empty Re: Taktik Menyamun

Post  lisee(U6A) Sun Feb 07, 2010 9:01 am

Saya berpendapat bahawa sekiranya berlaku hal sebegini,pemandu perlu berwaspada dan memerhati sekeliling dahulu.Jika rasa apa-apa yang tidak kena,jangan sesekali turun dari kereta terutamanya perempuan yang bersendirian.Pemandu boleh membunyikan hon supaya dapat menarik perhatian orang lain untuk menolong.Jika tidak,cepat melaporkan kepada polis atau memandu lari dari tempat tersebut sahaja.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Taktik Menyamun Empty Re: Taktik Menyamun

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum