Taktik sindiket warga Afrika tipu wanita tempatan

View previous topic View next topic Go down

Taktik sindiket warga Afrika tipu wanita tempatan

Post  Ying Ying (L6B) on Wed Feb 15, 2012 1:26 pm

Hidup mewah taktik sindiket warga Afrika tipu wanita tempatan
KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah di luar negara selain akan mengahwini mangsa antara janji ditabur sindiket penipuan antarabangsa yang didalangi warga Afrika terhadap wanita tempatan, sebelum mengambil kesempatan dengan mengaut wang milik mangsa.

Sindiket terbabit menyasarkan wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun yang belum berkahwin, melalui perkenalan di internet dan menjalinkan hubungan cinta sebelum berjanji akan menjadikan mangsa sebagai pasangan hidup.


Lebih licik apabila sindiket terbabit mendakwa sebagai ahli perniagaan dan memiliki pelbagai aset bernilai jutaan ringgit di luar negara, selain memberi harapan mangsa akan hidup mewah selepas berkahwin, menyebabkan wanita mudah terpedaya.

Hanya dengan perkenalan di internet dan panggilan telefon tanpa bersua muka warga Afrika ini berjaya menjerat wanita tempatan sehingga sanggup menyerahkan wang ratusan ribu ringgit, dengan alasan percaya penuh terhadap teman lelaki. - Micheal Chong, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA

Bagaimanapun, sebaik bercinta secara maya beberapa bulan, sindiket berkenaan akan menggunakan alasan perniagaannya mengalami masalah dan memerlukan wang sebelum meminta mangsa membuat pinjaman bank.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya menerima tujuh kes membabitkan wanita tempatan dengan anggaran kerugian sebanyak RM2 juta.

Katanya, hanya melalui perkenalan di internet dan panggilan telefon tanpa bersua muka, sindiket itu berjaya menjerat wanita tempatan sehingga sanggup menyerahkan wang ratusan ribu ringgit, dengan alasan percaya penuh terhadap teman lelaki.

“Sindiket ini akan mendekati wanita yang belum berkahwin dengan menabur ayat cinta dan janji manis. Mereka mendakwa sebagai ahli perniagaan dan tinggal di luar negara termasuk London, New Zealand, sedangkan sindiket terbabit hanya berada di sekitar negara ini.
“Sepanjang perkenalan itu juga, sindiket akan meminta wanita lain supaya menghubungi mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai ibu kepada lelaki terbabit untuk meyakinkan mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Walaupun isu-isu seperti ini selalu terpapar dalam surat khabar, ramai wanita tempatan tetap ditipu oleh sindiket penipu. Apakah punca yang menyebabkan wanita tempatan tetap ditipu walaupun didedah dengan pelbagai berita penipuan?

Ying Ying (L6B)

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum