PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sentral: Misteri pelacur bebas operasi

Go down

Sentral: Misteri pelacur bebas operasi Empty Sentral: Misteri pelacur bebas operasi

Post  WAN SEN (U6A) Mon Dec 14, 2009 4:53 pm

Terima habuan percuma punca aktiviti pelacuran di Chow Kit berterusan

KUALA LUMPUR: Usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk ‘membersihkan’ Chow Kit dan Lorong Haji Taib daripada kancah pelacuran mungkin berdepan cabaran kerana kegiatan yang menjadi stigma sejak bertahun lamanya masih berterusan.

Walaupun pelbagai usaha dirancang kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membersihkan kawasan itu aktiviti pelacuran seakan-akan sudah sebati dengan lokasi berkenaan.
Tahun lalu, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang menerajui KWPKB mengumumkan untuk menaik taraf dan membangunkan kawasan sekitar Chow Kit daripada terus dicemari aktiviti pelacuran serta penagihan dadah kepada kawasan pelancongan membeli-belah dengan menjadikannya sebaris seperti Bukit Bintang dan Kampung Baru.

Cadangan menerusi Program Gerakan Tumpuan Kawasan Chow Kit itu menumpukan perancangan meningkatkan infrastruktur, keselamatan, kebersihan dan penyusunan semula kawasan perniagaan dilihat masih gagal menangani masalah kawasan berkenaan.

Operasi dijalankan pihak berkuasa, termasuk polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula seakan tidak mampu ‘membersihkan kekotoran’ kawasan itu.

Memburukkan lagi keadaan ialah dakwaan beberapa pelacur ada pihak berkuasa yang `menjaga’ aktiviti mereka dengan habuan tertentu termasuk seks dan akan menakutkan mereka jika tidak mengikut apa diarahkan.

“Biasa la bang di sini (Lorong Haji Taib) sebab pelanggan bukan abang saja malah, polis pun ada yang `makan’ percuma. Siap ada yang gertak lagi untuk dapat habuan.

“Selalunya di sini kami memang sudah ada pelanggan tetap, sebab itu bila tengok pelanggan yang lain macam sikit kami tak berapa layan sebab takut kena gertak, terutama polis yang meminta habuan,” katanya yang dikenali sebagai Linda.

Beliau berkata, di kaki lima Jalan Lorong Haji Taib ada beberapa orang saja pelacur tetapi pelanggan boleh memilih lebih ramai pelacur di lorong belakang dengan bayaran semurah RM50 untuk sekali perkhidmatan.

“Di depan jalan ini terlalu ramai orang yang melihat, kalau abang mahu saya boleh bawa ke belakang lorong sebab di sana abang boleh pilih.

“Kemudian abang boleh pilih hotel mana. Kalau tak mahu pun abang boleh tengok dulu,” katanya kepada penulis yang menyamar sebagai pelanggan.

Seorang penjual ubat tenaga batin yang enggan dikenali berkata, kegiatan pelacuran di Chow Kit masih berjalan seperti biasa.

“Biasanya mereka (pelacur) tak keluar awal... selalunya selepas jam 10 malam.

“Kadang-kala bila ada operasi mereka hilang sekejap, tapi selepas semua reda, mereka kembali,” katanya.

Tinjauan Sentral selama lima malam sepanjang minggu lalu di kawasan itu mendapati ia tidak seperti yang dirancang kerajaan kerana kegiatan pelacuran semakin bertambah.

Pelacur yang kebanyakan terdiri daripada wanita tempatan dan golongan mak nyah kelihatan mundar-mandir mencari pelanggan di kaki lima sepanjang Jalan Lorong Haji Taib dan Chow Kit. Ada juga pelanggan yang berurusan dengan pelacur dan keluar daripada hotel murah dan rumah tumpangan yang banyak terdapat sepanjang jalan berkenaan.

Di kaki lima jalan juga terdapat puluhan lelaki yang menjual ubat tenaga batin yang tidak dapat dipastikan tahap keselamatan, seakan menggalakkan pelanggan menggunakan ubat kuat itu di kawasan yang di cop sebagai lokasi pelacuran.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum