PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

5 tahanan ISA bebas

2 posters

Go down

5 tahanan ISA bebas Empty 5 tahanan ISA bebas

Post  lee kah yent(L6A) Wed Sep 16, 2009 4:01 pm

PUTRAJAYA 15 Sept. - Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd. Satray, Ahmad Kamil Md. Hanapiah, Mohd. Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md. Hanapiah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri daripada empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Menurutnya, keputusan membebaskan lima tahanan ISA yang ditahan antara tempoh dua hingga tujuh tahun itu menjadikan jumlah yang dibebaskan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah 34 orang.

''Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

''Ia dibuat setelah kita berpuas hati bahawa kesemuanya telah menunjukkan respons pemulihan yang positif dan melahirkan kesedaran serta keinsafan di atas tindakan mereka terdahulu.

''Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kajian pindaan ISA 1960 di sini hari ini.

Kesemua tahanan itu dibebaskan melalui Penggantungan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 10 Akta ISA 1960.

Menurut Hishammuddin, baki tahanan ISA terdiri daripada enam tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan dan pengganas manakala tiga lagi dalam pemalsuan dokumen.

Ditanya nasib baki tahanan ISA sedia ada, Hishammuddin berkata, setiap tahanan diberikan pertimbangan yang sama tanpa mengira sama ada mereka warga negara tempatan atau asing.

''Sekiranya mereka menunjukkan pemulihan dan telah pun sedar serta insaf apa yang mereka lakukan itu salah, saya rasa tidak ada sebab kita lepaskan,'' katanya.

Mengulas sesi pertemuan dengan NGO itu, beliau berkata, rata-rata yang hadir memberi respons yang cukup bagus dan tidak beremosi mengenai ISA.

''Mereka memahami ancaman yang terpaksa kerajaan hadapi tetapi mereka mahu melihat usaha kita untuk menambah baik akta itu dan memastikan ia tidak disalahgunakan,'' katanya.
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

5 tahanan ISA bebas Empty Re: 5 tahanan ISA bebas

Post  leeyoong_U6B Thu Sep 17, 2009 4:22 pm

Ini merupakan satu berita yang amat mengharukan..
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melepaskan 5 tahanan ISA yang ditahan antara tempoh dua hingga tujuh tahun. Oleh sebab, mereka menunjukkan respons pemulihan yang positif dan keinsafan di atas tindakan mereka terdahulu, mereka telah dilepaskan..
Setelah ditahan beberapa tahun, akhirnya mereka dilepaskan dan dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.. Walaupun menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga merupakan satu perkara yang amat biasa bagi masyarakat, namun bagi mereka, ini merupakan satu perkara yang telah lama diharap dan amat patut digembirakan. Mereka telah lama menunggu ketibaan hari ini dan akhirnya semua ini terjadi.. Berita NTV7 juga ada menyiarkan kegembiraan salah satu tahan ISA yang telah dilepaskan pada hari itu..

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum