PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

JKJR, polis, JPJ lancar operasi kesan pelajar langgar peratu

Go down

JKJR, polis, JPJ lancar operasi kesan pelajar langgar peratu Empty JKJR, polis, JPJ lancar operasi kesan pelajar langgar peratu

Post  yeeleng(L6A) Sat Aug 07, 2010 5:46 pm

ALOR SETAR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan satu operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh, berkata operasi selama enam bulan itu akan dilakukan di semua sekolah di seluruh negara dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan. "Program ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan membabitkan pelajar selain sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen "Road Safety Walk" peringkat negeri, di sini hari ini. Beliau berkata, menerusi operasi tersebut pihak berkuasa akan mengeluarkan saman kepada pelajar yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memandu dan menunggang tanpa lesen yang sah.

"Operasi ini juga bagi meningkatkan kesedaran pada kalangan pengguna jalan raya yang dilihat masih rendah khususnya mereka di kawasan luar bandar," katanya.

Suret berkata, peringkat Kedah, operasi bermula hari ini dan akan berlangsung selama dua bulan, manakala bagi negeri lain ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mengulas isu berkaitan, beliau berkata statistik polis menunjukkan kematian akibat kemalangan membabitkan motosikal di Kedah meningkat 10.9 peratus tahun lalu iaitu 550 kes berbanding 496 pada 2008.
Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan remaja dan belia berusia di bawah 25 tahun.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum