PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun

+7
HsianMin (U6B/2010)
lee kah yent(L6A)
leeyoong_U6B
Shu Jian [L6B]
xiaowen_U6B
S.Teng(U6A/2010)
yeeleng(L6A)
11 posters

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Go down

Pelajar putus pergelangan tangan akibat mercun - Page 2 Empty Jari putus mercun digenggam meletup

Post  S.Teng(U6A/2010) Thu Sep 24, 2009 9:52 am

KANGAR: Seorang kanak-kanak cedera parah di bahagian tangan kanan, termasuk putus jari hantu selepas mercun bola yang dimainkannya meletup dalam genggaman, di Kampung Katong, Pauh, dekat sini, petang kelmarin.

Wan Shahrul Fikri Masuki, 9, dikatakan tidak sempat membaling mercun dalam genggamannya sebelum ia meletup dengan kuat ketika bermain bersama rakan sebaya berhampiran rumahnya kira-kira jam 7 petang.

Murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau, dekat sini, turut cedera di bahagian muka dan mata hingga menyebabkan penglihatan kabur.

Kakak mangsa, Wan Norshiela, 24 berkata, beliau mendengar letupan kuat seiring dengan pekikan daripada adiknya di luar rumah dan terkejut apabila mendapati tangan adiknya sudah berlumuran darah.

"Kami sekeluarga sedang sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka puasa Syawal manakala adik pula leka bermain mercun bersama rakannya di luar rumah.

"Selepas mendengar bunyi letupan kuat disusuli pekikan adik, saya meluru keluar dan mendapati dia sedang mengerang kesakitan sambil memegang tangan sebelum bertindak membungkus tangannya dengan kain.

"Difahamkan adik tidak sempat membaling mercun bola selepas menyalakannya hingga menyebabkan ia meletup dalam genggaman," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu tidak menghiraukan arahan bapa, Masuki Mat, 48, yang melarang dia bermain mercun.

Wan Shahrul dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi HTF oleh bapa saudaranya dan kini ditempatkan di Wad Bedah Kanak-kanak hospital berkenaan untuk rawatan susulan.

Sumber HTF berkata, jari hantu Wan Shahrul putus setengah manakala jari telunjuk, manis dan kelingking pula cedera parah hingga menampak tulang kesan daripada letupan kuat mercun terbabit.

Katanya, mangsa juga mengalami kecederaan di kedua mata, selain kesan melecur kecil di bahagian muka.

Setakat ini, dua kanak-kanak dimasukkan ke HTF kerana bermain mercun, termasuk membabitkan Mohd Akmal Mohd Radzi, 7, yang melecur di pipi, bibir, kening serta kabur penglihatan selepas terkena mercun jenis mancis sehari sebelum Aidilfitri.

Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar mengesahkan menerima laporan daripada bapa mangsa yang dibuatnya di Balai Polis Arau, dekat sini, jam 8 malam kelmarin.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum