ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  PnLeela on Sun Sep 13, 2009 11:11 am

Pencemaran laut kurang mendapat perhatian. Akan tetapi pencemaran laut merupakan satu masalah yang perlu dibendung dan dikawal.Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran laut.


Sila kemukan isi-isi anda, seorang dari setiap kumpulan satu isi sudah mencukupi
anda boleh merujuk kepada artikel-artikel di internet

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Impak_Alam&pg=al_01.htm

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

sebab-sebab terjadinya pencemaran laut.

Post  S.Teng(U6A/2010) on Mon Sep 14, 2009 10:08 pm

Pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal merupakan salah satu sebab terjadian pencemaran laut. Ia juga merupakan pencemaran yang paling teruk di laut. Ini kerana tumpahan minyak di atas permukaan laut telah menghalang cahaya matahari sampai ke laut, mengakitbatkan tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanan. Selain itu, tumpahan minyak juga menyebabkan hidupan marin mati kerana tidak memperolehi oksigen yang mencukupi. Lama-lamanya hidupan marin akan mati atau bantut akibat kualiti air laut yang terlalu buruk.

S.Teng(U6A/2010)

Posts: 153
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

sebab-sebab terjadinya pencemaran laut.

Post  yeeleng(L6A) on Mon Sep 14, 2009 10:40 pm

selain daripada pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal,aktiviti pertanian juga menyebabkan pencemaran laut.Racun serangga yang digunakan dalam pertanian mengandungi pelbagai bahan kimia.Jika berlakunya hujan,air hujan akan mengalirkan racun serangga ke sungai dan selepas itu,ia akan mengalir ke sungai dan kehidupan marin akan terjejas.

yeeleng(L6A)

Posts: 118
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  HanXin (U6A/10) on Mon Sep 14, 2009 10:54 pm

Pencemaran laut sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara , pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta , asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka.dan akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara. Asap-asap tersebut yang mengandungi bahan kimia seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan sulphur monoksida akan mewujudkan hujan asid, hujan asid boleh menjuruskan kepada berlakunya pencemaran laut. Hujan asid yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida,ini boleh menyebabkan eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik.

HanXin (U6A/10)

Posts: 19
Join date: 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  WAN SEN (U6A) on Mon Sep 14, 2009 11:31 pm

Punca Pencemaran

Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

WAN SEN (U6A)

Posts: 33
Join date: 2009-05-20

View user profile

Back to top Go down

Pencemaran Laut...

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] on Tue Sep 15, 2009 4:31 pm

Sebab :
1. Kekurangan kesedaran manusia termasuk kuasa besar seperti Russia yang menggunakan Laut sebagai tempat pengujian bom nuklear. Pada masa dahulu pula manusia membuang sisa radioaktif kedalam laut dan mencemarkan satu kawasan besar laut dan menjadikan kawasan tersebut tidak sesuai untuk habitat kehidupan akuatik.

2. bla bla bla... sama dengan yang disebut di atas...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts: 152
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  lisee(U6A) on Tue Sep 15, 2009 5:19 pm

Isi 1-Salah satu sebab pencemaran laut adalah datang daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Sesetengah perkilangan menumpahkan sisa-sisa bertoksik ke dalam laut untuk kepentingan diri.Mereka hanya mementingkan keuntungan sahaja.Selain itu,ada penduduk setempat suka terus membuang sampah-sarap ke dalam laut.Mereka malas untuk berjalan jauh untuk membuang sampah tersebut.Lama-kelamaan,sampah-sarap yang tertimbus dalam laut akan menjadi semakin banyak.Banyak impak buruk akan berlaku.Tumpahan minyak juga akan mempengaruhi hidupan laut.

lisee(U6A)

Posts: 51
Join date: 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  lee kah yent(L6A) on Tue Sep 15, 2009 5:44 pm

lisee(L6A) wrote:Isi 1-Salah satu sebab pencemaran laut adalah datang daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Sesetengah perkilangan menumpahkan sisa-sisa bertoksik ke dalam laut untuk kepentingan diri.Mereka hanya mementingkan keuntungan sahaja.Selain itu,ada penduduk setempat suka terus membuang sampah-sarap ke dalam laut.Mereka malas untuk berjalan jauh untuk membuang sampah tersebut.Lama-kelamaan,sampah-sarap yang tertimbus dalam laut akan menjadi semakin banyak.Banyak impak buruk akan berlaku.Tumpahan minyak juga akan mempengaruhi hidupan laut.

adakah isi Lisee memenuhi syarat 'esei laras sains'?

lee kah yent(L6A)

Posts: 31
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  kuanchin91 on Tue Sep 15, 2009 6:08 pm

Aktiviti Perlombongan
Di sampingan itu, buangan dari perlombongan permukaan dan bawah tanah yang aktif antara sebab lain bagi pencemaran laut .Serapan air melalui lombong bawah permukaan tanah di laut, menghakis logam-logam yang bertoksik dari bijih dan bahan mentah yang terdedah.Pengoksidaan dan perturasan bagi lombong arang batu menghasilkan sebatian tinggi Fe dan S serta pH yang rendah dalam laut.Apabila hidupan lautan terdedah dalam keadaan ini,hidupan lautan akan turut mati akibat toksik tersebut.

kuanchin91

Posts: 61
Join date: 2009-05-12
Age: 22

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  leeyoong_U6B on Tue Sep 15, 2009 8:08 pm

Memang tidak dinafikan bahawa punca utama yang menyebabkan berlakunya pencemaran laut adalah dari aktiviti manusia terutama sekali aktiviti pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut. Namun, sebenarnya pencemaran marin atau pencemaran di perairan pinggir pantai mempunyai kaitan yang rapat dengan pencemaran sungai. Sekiranya sungai dicemari, perairan pinggir pantai juga akan mengalami masalah pencemaran. Menurut kajian yang saya buat melalui GOOGLE , pencemaran marin berpunca daripada tiga sumber yang utama iaitu melalui saliran sungai ke laut, larian air permukaan di sepanjang pinggir pantai dan pencemaran yang berlaku di laut.

Antara punca yang mengakibatkan pencemaran laut termasuklah...

Aktiviti pembangunan yang terlalu pesat khususnya di kawasan zon pinggir pantai dalam sektor pertanian, pembalakan, perindustrian, pembandaran dan perumahan serta pelancongan telah menyebabkan air laut seolah-olah tidak mampu menerima beban pencemaran yang terlalu banyak masa kini sehingga berlakunya masalah pencemaran marin.Menurut Jamaluddin & Kadaruddin (1997), pembinaan pusat-pusat tarikan pelancong di persekitaran pinggir pantai telah memberi impak negatif daripada segi pencemaran dan potensi berlakunya hakisan pantai.

Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai.

Sikap pengunjung pantai juga salah satu punca yang tidak boleh diabaikan. Ini boleh dikaitkan dengan pandangan responden yang mengatakan masalah sampah sarap merupakan jenis pencemar utama seperti sisa makanan, plastik bungkusan, botol dan sebagainya yang ditinggalkan oleh pengunjung apabila datang berkelah di kawasan berkenaan. Selain itu, punca pencemaran juga disumbangkan oleh oleh penduduk setempat terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan makanan. Menurut laporan pencemaran marin di PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA (KAWASAN PELANCONGAN PANTAI CAHAYA BULAN, BATU
BURUK DAN TELUK CHEMPEDAK)
, penduduk setempatan yang berniaga makanan di PCB dan Pantai Batu Buruk talah mencemarkan lautan.

aktiviti pengorekan pasir di kawasan berdekatan laut juga menyebabkan pencemaran berlaku.. Berdasarkan pandangan responden di Pantai Batu Buruk yang mengalami pencemaran laut, aktiviti pengorekan pasir akan menyebabkan berlakunya masalah pencemaran menyebabkan air laut berubah warna dan kedalaman pantai turut berubah.

Seperti yang telah dibincangkan, punca pencemaran laut juga adalah akibat daripada pengaliran sisa kumbahan dan domestik terutamanya dari hotel dan chalet berhampiran kawasan pantai. Sampah sarap yang dibuang akan mengakibatkan pencemaran secara tidak langsung.. Pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E.coli dan pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal, biologi dan kimia. Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang dari 1 juta kilogram buangan sisa di masukkan ke sungai setiap hari akibat daripada kumbahan, industri kelapa sawit dan industri getah (Maheswaran 1982).

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue Sep 15, 2009 10:55 pm

Pencemaran laut akibat tumpahan minyak menyalut dan membunuh hidupan laut. Sisa tumpahan minyak yang akhirnya membentuk bebola tar, beg plastik dan styroform boleh menyebabkan kematian hidupan laut dengan menyebabkan perut haiwan aquatik tersumbat apabila dimakan. Ini akan mengakibatkan haiwan aquatik tersebut tidak dapat mencerana makanan dan akhirnya mati kelaparan. Terdapat juga pembuangan bahan toksik, logam-logam berat, dan bahan beradioaktif oleh pihak tidak bertanggung jawab ke dalam laut yang mengakibatkan pencemaran laut yang teruk.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  LowYuePeng(U6B) on Wed Sep 16, 2009 12:08 am

Pada pendapat saya, faktor utama yang menyebabkan pencemaran laut ialah TUMPAHAN MINYAK.
Minyak yang tumpah dari kapal minyak akibat kebocoran menyebabkan kematian kehidupan laut dan tumbuhan akuatik. Ini disebabkan minyak mengandungi material kimia yang akan menganggukan sistem badan kehidupan laut. Semakin minyak yang ditumpah tidak diatasi, konsentrasi oksigen akan berkurang dan kemungkinan besar menyebabkan pelbagai hidupan akuatik sukar mengadaptasi keadaan ini dan mengalami kematian. Lapisan minyak yang banyak accumulasi atas laut memberi implikasi yang dahsyat terhadap hidupan laut terutama tumbuhan. Mereka tidak dapat menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan produk mereka kerana kekurangan cahaya matahari.

LowYuePeng(U6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-13
Age: 22

View user profile

Back to top Go down

Pencemaran Laut ?

Post  yeow_U6A/2010 on Wed Sep 16, 2009 3:25 pm

Pada pendapat saya, antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.
b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.
c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut

yeow_U6A/2010

Posts: 87
Join date: 2009-06-27

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  leeyoong_U6B on Wed Sep 16, 2009 8:40 pm

Ong SQ (L6B) wrote:Pencemaran laut akibat tumpahan minyak menyalut dan membunuh hidupan laut. Sisa tumpahan minyak yang akhirnya membentuk bebola tar, beg plastik dan styroform boleh menyebabkan kematian hidupan laut dengan menyebabkan perut haiwan aquatik tersumbat apabila dimakan. Ini akan mengakibatkan haiwan aquatik tersebut tidak dapat mencerana makanan dan akhirnya mati kelaparan. Terdapat juga pembuangan bahan toksik, logam-logam berat, dan bahan beradioaktif oleh pihak tidak bertanggung jawab ke dalam laut yang mengakibatkan pencemaran laut yang teruk.

SQ,
Apakah yang ingin disampaikan dalam ayat ini?
Saya telah mencari maksud cerana.. Perkataan ini mempunyai dua maksud (seperti berikut):
1.) bekas tempat sirih (bentuknya bulat atau bujur spt dulang berkaki dan dibuat drpd logam)
Contoh ayat: ~ biduk cerana yg rupanya seperti biduk.
2) penyakit yang berbahaya kepada badan (yang boleh merebak ke seluruh badan) sperti cancer.

Perkataan "cerana" boleh digunakan seperti yang ditunjukkan? confused

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: ESEI 2-LARAS SAINS: Pencemaran Laut (13 September)

Post  lisee(U6A) on Fri Sep 18, 2009 2:01 pm

lee kah yent(L6A) wrote:
lisee(L6A) wrote:Isi 1-Salah satu sebab pencemaran laut adalah datang daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.Sesetengah perkilangan menumpahkan sisa-sisa bertoksik ke dalam laut untuk kepentingan diri.Mereka hanya mementingkan keuntungan sahaja.Selain itu,ada penduduk setempat suka terus membuang sampah-sarap ke dalam laut.Mereka malas untuk berjalan jauh untuk membuang sampah tersebut.Lama-kelamaan,sampah-sarap yang tertimbus dalam laut akan menjadi semakin banyak.Banyak impak buruk akan berlaku.Tumpahan minyak juga akan mempengaruhi hidupan laut.

adakah isi Lisee memenuhi syarat 'esei laras sains'?

minta maaf,sudah lupa.. haha

lisee(U6A)

Posts: 51
Join date: 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum