PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei 1: Laras Sastera

+2
yeow_U6A/2010
PnLeela
6 posters

Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Esei 1: Laras Sastera

Post  PnLeela Sun Oct 03, 2010 5:59 am

Hi kelas,

Sepanjang cuti belajar sempenan PMR, cikgu akan poskan soalan-soalan latihan dalam e-forum.
Sila jawab soalan-soalan tersebut sama ada di e-forum ini atau emel kepada saya dalam tempoh yang ditentukan. EMEL: leeladevib@gmail.com

Esei 1;
Kerajaan kita sedar kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Justeru, pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita.
Bincangkan


Tarikh tutup penghantaran: 5 Oktober 2010 (Selasa)

Selamat menjawab- esei yang lengkap Smile

PELAJAR-PELAJAR LAIN YANG INGIN MENCUBA JUGA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Re: Esei 1: Laras Sastera

Post  yeow_U6A/2010 Mon Oct 04, 2010 3:29 am

cikgu adakah esei ini isinya ialah 4 langkah?

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Re: Esei 1: Laras Sastera

Post  LowYuePeng(U6B) Mon Oct 04, 2010 6:53 pm

-Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi, selagi kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar bahawa kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama kesejahteraan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dikenalpastikan untuk
merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang kita lama harapkan.

-Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya, Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti yang dinyatakan 'rakyat didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan integrasi antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.

-Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-program yang berkaitan dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang perkauman. Pihak berkenaan bolehlah mengadakan pelbagai aktiviti seperti 'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya memainkan peranan dalam memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran boleh diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu diperihara sejak kecil sekali.

-Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum. Negara kita yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal sendiri dalam menjayakan perkara ini.

-Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini. Ibu bapa perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan perpaduan antara kaum. Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri sendiri. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental. Ibu bapa juga merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi.

-Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah negara merupakan unsur pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan Wawasan 2020.
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 32

Back to top Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Re: Esei 1: Laras Sastera

Post  LiewJoey(LSB) Tue Oct 05, 2010 8:50 am

Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat negara kita.

Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah pembangunan negara.

Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialan Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa yang manakah ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.

Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat. Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"!

Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan "1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan untuk menjana pembangunan negara.

Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.




Last edited by LiewJoey(LSB) on Sat Oct 09, 2010 4:09 pm; edited 1 time in total

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Re: Esei 1: Laras Sastera

Post  keat sin (U6A) Tue Oct 05, 2010 9:13 am

Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan keharmonian, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada hari ini. Kerajaan telah sedar akan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara.

Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil. Masyarakat yang stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan sosial. Dengan kewujudan persefahaman antara kaum, rakyat dapat bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira kaum, ras dan agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat diperkembang dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh dari segi kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat yang mementingkan prinsip bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar. Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini, perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan perpecahan kaum juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru, masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh.

Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat menjamin perpaduan rakyat.

Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar kerajaan dapat melahirkan masyarakat yang lebih adil dari segi sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Melalui wadah ini, perpaduan rakyat dapat diwujudkan.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi negara. Langkah-langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang teguh, bersatu padu dan berdaya saing.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Re: Esei 1: Laras Sastera

Post  leeyoong_U6B Tue Oct 05, 2010 10:08 am

------ Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita.

----- Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan politik yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini, kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula. negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan yang adil dan saksama.

----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan memajukan perindustrian sesebuah negara. Pelaburan asign yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera yang canggih ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat menikmati dua faedah pada masa yang sama iaitu kemasukan teknologi dan kemajuan perindustrian.

----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman adalah melalui perlaksanaan pelbagai dasar-dasar. Contohnya, dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini, negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni.

----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'!

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Esei 1: Laras Sastera Empty Re: Esei 1: Laras Sastera

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum