Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

View previous topic View next topic Go down

Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  PnLeela on Sun Sep 06, 2009 12:55 pm

Penggunaan SMS (Sistem Pesanan Ringkas) dalam menentukan pemenang dalam pelbagai program realiti membawa banyak keburukan daripada kebaikan. BincangkanSelamat mencuba

Pengunjung-pengunjung forum yang lain juga boleh memberi pandangan Smile

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  leeyoong_U6B on Sat Sep 12, 2009 6:06 pm

Penggunaan SMS (Sistem Pesanan Ringkas) dalam menentukan pemenang pelbagai program realiti semakin berkembang di negara kita, Malaysia. Menurut kajian yang saya jalankan melalui GOOGLE, pengundian secara SMS di dalam program televisyen adalah bermula dalam program Juara Lagu, TV3 . Seterusnya, penggunaan SMS dalam program realiti telah berleluasa seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Maka tidak hairanlah sekitar tahun 2004, 2005 dan juga pertengahan 2006 menunjukkan kerancakan penggunaan aplikasi SMS terbabit. Keuntungan daripada aplikasi SMS juga mampu mencecah berbillion ringgit.

Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan SMS merupakan titik tolak ke era langit dan berteknologi, namun ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Antara keburukan termasuklah...
~~~Pembaziran duit akan berlaku. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat untung? Jadi fikir-fikirkanlah. Menurut laporan kajian, melalui Program Muzik Realiti TV Akademik Fantasia 3 (AF3) Astro telah memperoleh keuntungan sebanyak RM20 juta hasil daripada Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar oleh peminat program realiti TV.

~~~Pembaziran masa terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan. Selain itu, penonton sanggup membazirkan masa untuk berjumpa dengan pemenang-pemenang program realiti. Seperti contoh, peminat Akademi Fantasia 3 (AF3) bukan saja sanggup ‘berhabis’ wang ringgit untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mengundi calon diminati, malah turut sedia ‘berkorban’ dengan menunggu berjam-jam dalam suasana cuaca panas dan berjerebu hanya demi untuk perjumpaan dengan Mawi, Felix, Marsha dan Amylea.

~~~Menimbulkan 'kegilaan' penonton kepada program realiti/penyanyi pujaan dan kehilangan tumpuan dalam perkara lain. Format dan pengolahan program realiti yang dijangka dapat 'memukau dan menjiwai' hati nurani para penonton sehingga ke peringkat 'mengkhayalkan'. Mungkin ia disebabkan oleh kelunakan suara, penampilan dan interaksi penyanyi yang begitu hebat ketika membuat persembahan yang membuatkan penonton begitu 'terpukau'.

*bahasa saya tidak berapa baik.. sekiranya mempunyai sebarang kesalahan.. sila betulkan saya... Terima kasih .. bounce

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  PnLeela on Sun Sep 13, 2009 10:49 am

Syabas leeyong kerana memberi response
Saya berharap penulisan esei boleh dibuat mengikut kumpulan seperti dalam kelas

esei lengkap...6 perenggan
Pengenalan, 4 isi dan Kesimpulan

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  PnLeela on Sun Sep 20, 2009 4:14 pm

Pelajar-pelajar lain juga di minta menyumbang isi mereka untuk topik SMS ini

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  LowYuePeng(U6B) on Mon Sep 21, 2009 3:43 pm

Keburukan:
Pembaziran wang: Sesetengah rancangan hiburan realiti tv yang menggunakan kuasa penonton untuk menentukan pemenangnya melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas). Remaja yang taksub dengan peserta yang diminati sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kemenangan peserta itu. Hal ini termasuklah sanggup mengeluarkan perbelanjaan demi kejayaan mereka melalui SMS.

LowYuePeng(U6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-13
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) on Wed Sep 23, 2009 12:55 pm

keburukan:
1.)pembaziran wang dan masa
-kebanyakan rancangan realiti tv mengambil kesempatan penonton untuk menyertai pelbagai pertandingan "lucky draw" melalui sms.Penonton yang tertarik kepada hadiah yang lumayan sanggup mengeluarakan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkannya.

2.)ketidakadilan dalam pertandingan
-pertandingan menyanyi seperti "Malaysian Idol" atau "Astro Talent Quest" mengunakan kuasa penonton untuk menentukan pemenang melalui sms.Remaja yang taksub dengan peserta yang diminati sanggup menghantar sms yang banyak demi kemenangan mereka.Ini menyebabkan ketidakadilan dalam pertandingan kerana pemenang ditentukan melalui sms penonton lebih daripada undian pengadil.

Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts: 29
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  You Lee Shuen on Mon Feb 01, 2010 4:58 pm

KEBAIKAN
-menjimatkan masa penganjur kerana dia tidak perlu mengira undi satu demi satu.
-ketepatan.Dengan cara pengundian dengan sms, kita tidak perlu risau tentang kesilapan kerana pengiraan dibuat secara digital
KEBURUKAN
-buang masa dan bazir masa.
- ketidakadilan dalam pertandinganakn ditimbul...

You Lee Shuen

Posts: 23
Join date: 2009-06-30

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  yeeleng(L6A) on Fri Feb 05, 2010 10:33 pm

KEBAIKAN
-memaklumkan kepada agensi-agensi penguat kuasa mengenai masalah sosial dengan lebih cepat dan cekap
-memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa kerana dapat menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dalam masa beberapa minit sahaja
-membolehkan orang ramai mengetahui maklumat mengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat.ini dapat mengurangkan penggangguran yang semakin banyak.

KEBURUKAN
-sebagai alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangat termasuk isu agama, berbaur perkauman perhimpunan haram, khabar angin atau berita palsu, dan sebagainya
-kita boleh lihat bahawa terdapat ramai orang terlibat dalam kes penipunan dengan melalui SMS.

yeeleng(L6A)

Posts: 118
Join date: 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  leeyoong_U6B on Thu Feb 11, 2010 8:12 pm

Kebaikan dan keburukan yeeleng yang dikemukakan tidak memenuhi soalan tajuk esei...
PnLeela wrote:Penggunaan SMS (Sistem Pesanan Ringkas) dalam menentukan pemenang dalam pelbagai program realiti membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Bincangkan
Saya telah menggariskan Kata Kunci soalan esei ini...
Kita perlu menumpukan kepada kebaikan dan keburukan penggunaan SMS dalam program realiti seperti Malaysian Idol... One in a Million dan sebagainya... Kita bukanlah bincang tentang kebaikan dan keburukan penggunaan SMS secara umum... Sekiranya tajuk esei tidak ada khusus kepada program realiti... Semua "Point-point" yee leng barulah akan diterima..... Very Happy
yeeleng(L6A) wrote:KEBAIKAN
-memaklumkan kepada agensi-agensi penguat kuasa mengenai masalah sosial dengan lebih cepat dan cekap
-memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa kerana dapat menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dalam masa beberapa minit sahaja
-membolehkan orang ramai mengetahui maklumat mengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat.ini dapat mengurangkan penggangguran yang semakin banyak.
KEBURUKAN
-sebagai alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangat termasuk isu agama, berbaur perkauman perhimpunan haram, khabar angin atau berita palsu, dan sebagainya
-kita boleh lihat bahawa terdapat ramai orang terlibat dalam kes penipunan dengan melalui SMS.

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Mon Apr 26, 2010 10:59 pm

Pendahuluan :

Kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah gaya hidup dengan memanfaatkan kemudahan yang tidak wujud sebelum ini. Antaranya termasuk perkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas), MMS (khidmat pesanan multimedia), Bluetooth (teknologi tanpa wayar), dan bermacam-macam lagi. Sistem pesanan ringkas ataupun SMS kini bukan lagi sekadar perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek, malah fungsi perkhidmatan ini semakin meluas. Sejak beberapa tahun belakangan ini, pelbagai jenis program televisyen (TV) realiti muncul dalam dunia hiburan tempatan. Kebanyakan program TV realiti di negara kita menggunakan SMS bagi menentukan pemenangnya. Dalam hal ini, para pengundi SMS secara implisit telah dipergunakan.


Last edited by Ong SQ (L6B) on Mon Apr 26, 2010 11:03 pm; edited 1 time in total

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Esei 1 Laras Sastera( 6 September 2009)

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Mon Apr 26, 2010 11:02 pm

Kesimpulan :

Secara tuntas, budaya SMS mahupun MMS kini merupakan cars berkomunikasi yang paling mudah, ringkas, dan efektif, serta lebih menjimatkan untuk berhubung antara satu sama yang lain. Sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan apa-apa sahaja kecanggihan yang ada dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat berdasarkan kepentingannya dan bukan untuk hiburan semata-mata bagi mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini diminta supaya membantu kerajaan memantau kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan teknologi komunikasi bagi tujuan membendung aktiviti tidak bermoral.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum