PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~Pesara guru dakwa temui penawar H1N1?? ~

2 posters

Go down

~Pesara guru dakwa temui penawar H1N1?? ~ Empty ~Pesara guru dakwa temui penawar H1N1?? ~

Post  leeyoong_U6B Wed Aug 19, 2009 2:12 pm

**(Berita ini dipetik dari BERITA HARIAN ONLINE)

200 pelanggan pulih selepas ambil herba diadun jadi kapsul
PENDANG: Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di sini, mendakwa mampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba dan buah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

Pesara guru, Romli Hussin, 56, mendakwa lebih 200 pelanggan yang menggunakan herba itu termasuk lima ahli keluarganya yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.

Katanya, kemampuan herba itu untuk mencegahnya teruji apabila anak keempatnya, Rohizati, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pulang ke kampung selepas universiti itu ditutup seminggu sebagai langkah mengawal penularan wabak H1N1.

“Dia mengalami simptom seperti demam dan sakit tekak dan keadaan itu bertambah serius apabila empat ahli keluarga saya termasuk isteri, Roshidah Ismail, 43, turut mengalami simptom hampir sama.

"Saya terus mengadun tujuh ramuan herba yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit untuk dikapsulkan sebelum diberikan kepada Rohizati.

"Selepas beberapa jam mengambil herba ini, anak saya menunjukkan reaksi yang positif dan kembali segar daripada kelesuan. Demam panasnya juga berkurangan dan badannya mula berpeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Romli sudah menghasilkan 13 jenis produk berasaskan herba yang dihasilkan sendiri menggunakan kepakaran diwarisi daripada ibu bapanya yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal perubatan tradisional.

Minat yang mendalam untuk meneroka khazanah alam yang diwarisi sejak zaman berzaman, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalankan penyelidikan termasuk menghantar herba itu untuk dianalisis oleh agensi berkaitan.

Romli berkata, dia juga memberikan herba itu kepada ahli keluarganya dan kenalannya termasuk 60 pelajar sebuah sekolah menengah agama rakyat (SAR) di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang mengalami simptom hampir sama dengan H1N1.

Beliau mendakwa selepas menggunakan herba berkenaan, mereka memberi reaksi positif dan terus mengamalkan herba itu sebagai alternatif mengawal penularan H1N1.

Sementara itu, setiausaha sekolah agama berkenaan, Mohd Najib Fahami Yahya, 54 yang dihubungi berkata, hampir 80 peratus daripada 60 pelajar sekolahnya yang mengalami simptom H1N1 sembuh selepas menggunakan herba berkenaan seminggu lalu.

Ini merupakan satu berita yang amat menggemparkan.. Menurut berita yang dipaparkan dalam surat khabar "Berita Harian".. sebanyak 200 pesakit yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala telah pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.
Memandangkan wabak Influenza A (H1N1) dijangka terus menular untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun lagi .. Vaksin yang akan diterima Oktober bukan jaminan kes mudah dipantau.. Patutkah pesakit mencuba ramuan herba tradisional yang dijangka dapat mengubati H1N1 sebaliknya dari menunggu vaksin berjaya dicipta? Apakah pandangan anda terhadap perkara ini?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

~Pesara guru dakwa temui penawar H1N1?? ~ Empty Re: ~Pesara guru dakwa temui penawar H1N1?? ~

Post  lisee(U6A) Sat Aug 22, 2009 10:32 am

Memang kita harus cuba penawar itu jika ia betui-betui berkesan.Tetapi kita tidak pasti ia sama ada mempunyai kesan sampingan.Saya rasa lebih baik untuk biarkan pakar-pakar perubatan untuk membuat kajian dahulu,baru kita tengok.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum