PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Remaja dakwa diliwat guru

3 posters

Go down

Remaja dakwa diliwat guru Empty Remaja dakwa diliwat guru

Post  Lixin Lim [U6B] Mon Oct 24, 2011 3:48 pm

2011/10/24
MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.

Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini. Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.

“Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.

“Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.

“Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahukah anda apa maksud perkataan liwat itu? Sila layari link ini untuk melanjutkan kefahaman anda. Exclamation http://u-hah.blogspot.com/2008/07/malunya-bila-anak-bertanyaapa-itu-liwat.html
Menerusi akhbar ini,adakah anda bersetuju khursus disiplin diri serta kaunseling patut diberikan kepada para pelatih sebelum menjadi guru?Adakah cara ini akan berkesan?Ataupun anda mempunyai kaedah yang lebih efektif lagi? Smile

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Remaja dakwa diliwat guru Empty Re: Remaja dakwa diliwat guru

Post  Maxwell (L6B/2011) Fri Oct 28, 2011 5:43 am

Pada pendapat saya, sekiranya peerkhidmatan kaunseling diperlukan, kedua-dua pihak iaitu guru dan murid pun memerlukan kaunseling. Cara ini lebih efektif untuk menyelesaikann masalah ini dan menghalang masalah ini daripada berulang.

Maxwell (L6B/2011)

Posts : 8
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Remaja dakwa diliwat guru Empty Re: Remaja dakwa diliwat guru

Post  ChenLinU6B Tue Feb 14, 2012 4:44 pm

Ya,saya setuju dengan Maxwell bahawa perkhidmatan kaunseling perlu laksanakan terhadap pelajar dan guru tersebut .Guru tersebut juga patut dikenakan hukuman yang mandatori kerana perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang.Sebagai seorang guru,guru tersebut harus sedar akan perbuatan sendiri dan akibatnya. Very Happy

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Remaja dakwa diliwat guru Empty Re: Remaja dakwa diliwat guru

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum