PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

+5
pohblg
Ang3laWong
lim siew yuen
weichian_89
jackie_teng99
9 posters

Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  jackie_teng99 Fri Mar 21, 2008 6:16 pm

Hak wanita pada zaman masa dulu memang dinafikan. Ini adalah kerana pada pandangan masyarakat,kaum wanita boleh dikatakan lebih lemah daripada kaum lelaki. Tetapi pada zaman masa kini,pencapaian dan kebolehan kaum wanita boleh dilihat dengan ternyata sekali. Kebolehan kaum wanita bukan sahaja dikatakan setanding dengan kaum lelaki malah terdapat segelintir kaum wanita yang dapat melampaui kebolehan kaum lelaki. Jadi wajarkah kaum wanita layak mempunyai hak yang sama dengan lelaki dari segi undang-undang?
Beri pandangan anda. Surprised

jackie_teng99

Posts : 4
Join date : 2008-02-18

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  weichian_89 Sat Mar 22, 2008 6:32 am

pada masa kini,kedudukan wanita telah dipandang tinggi dan kaum wanita juga membuktikan kebolehan mereka dalam pelbagai sektor,sumbangan mereka haruslah dihargai dan diiktirafkan.kedudukan wanita merupakan hak kemanusiaannya yang harus dihormati dan tidak boleh diabaikan,masyarakat tidak berhak untuk menjejaskan hak kemanusiaan kaum wanita.mengiktitafkan kedudukan wanita memlalui segi undang-undang merupakan salah satu langkah yang baik,tetapi perubahan atas pemikiran dan pandangan terhadap kedudukan wanita oleh masyarakat lebih penting dalam perkara ini.melalui pendidikan dapat membasmikan pemikiran yang kolot ini,kerana pandangan baru terhadap kedudukan kaum wanita dapat disemaikan sejak kanak-kanak lagi.kaum wanita telah banyak berjasa kepada negara dalam pembangunan dan keluarga,kebanyakan wanita moden kini banyak tertekan dengan perkerjaannya tetapi masih dapat menguruskan keluarganya dengan baik.sebagai contoh,Datuk Seri Azalina Othman Said iaitu Menteri Pelancongan dan Datuk Dr Ng Yen Yen yang berpegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita merupakan teladan wanita yang telah membuktikan kebolehan mereka yang dapat setanding dengan kaum lelaki.oleh itu penghormatan terhadap haruslah diwajibkan.

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki

Post  lim siew yuen Sat Mar 22, 2008 10:01 am

hak kaum wanita mesti sama dengan hak lelaki kerana kita adalah manusia tidak ada beza di kalangan manusia.sehingga hari ini saya masih tidak dapat maafkan tindakan orang dulu yang menghinakan wanita.tapi saya juga tidak menafikan kekuatan wanita dalam fizikal lemah daripada lelaki tetapi wanita tidak akan dikalahkan oleh lelaki dengan menggunakan mental.walaupun fizikal dalam kalangan wanita adalah lemah tapi kita boleh bekerja untuk menyiarai keluarga kita.wanita juga boleh hidup dengan selesa dan gembira walaupun tidak dibantu oleh lelaki!Oleh itu wanita jangan hanya berdiam saja jika dibuli oleh lelaki!kita ada hak yang melindungi kita!kita tidak lemah!kita mempunyai hak yang sama dengan lelaki!maruah kita juga sama dengan lelaki!perlu dilaindungi!tidak boleh dihina oleh orang lain dan diam saja!kita perlu bersuara!menyatakan kehendakan kita!

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  Ang3laWong Sat Mar 22, 2008 11:06 am

Saya amat bersetuju Siew Yuen yang berkata hak kaum wanita mesti sama dengan hak lelaki dari segi undang-undang kerana kita adalah manusia tidak ada beza di kalangan manusia.Golongan wanita haruslah dihargai dan diiktirafkan,kerana golongan wanita juga sama dengan golongan lelaki,iaitu ciptaan Tuhan.Saya juga amat tidak setuju masyarakat zaman dahulu yang mementingkan golongan lelaki dan mengabaikan golongan wanita.Permikiran masyarakat zaman dahulu sering beranggap golongan lelaki adalah lebih diutamakan daripada golongan wanita,kerana golongan lelaki mempunyai lebih banyak kuasa daripada golongan wanita untuk menguruskan keluarga .Memang tidak boleh dinafikan ,golongan wanita adalah lebih lemah daripada lelaki dalam fisikal,tetapi mental lelaki tidak semestinya lebih baik daripada golongan wanita.Ini dapat dibuktikan oleh Diah Permata Megawati Setiawati Sukarnoputri (lahir 23 Januari 1947) merupakan Presiden Republik Indonesia dari 23 Julai 2001 hingga 20 Oktober 2004. Puteri Sukarno ini merupakan wanita pertama menjadi presiden negara itu, dan pemimpin pertama yang lahir selepas kemerdekaan.Beliau adalah wanita yang banyak berkuasa dan memberi sumbangan dalam politik.Oleh itu,golongan wanita tidak boleh diabaikan!

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  pohblg Sun Mar 23, 2008 12:24 pm

Ang3laWong wrote:Saya juga amat tidak setuju masyarakat zaman dahulu yang mementingkan golongan lelaki dan mengabaikan golongan wanita.

Zaman dahulu? Bagi pengetahuan anda, perempuan adalah paling berkuasa sebelum industri berkembang di dunia.
Seperti pemerintah di Mesir, Firaun sebagai ketua negara dan ketua pemerintah adalah terdiri daripada perempuan. Ciptaan tuhan, perempuan yang mempunyai ketelitian dan bijak; lelaki yang mempunyai kekuatan tubuh badan dan berani. Zaman dahulu dipemerintah oleh perempuan adalah kerana perempuan mempunyai kebijaksanaan yang boleh memajukan negara dan kemudiannya industri berkembang,keadaan berubah kepada lelaki lebih penting,kerana perkapalan dan industri seperti industri berat yang memerlukan kekuatan lelaki sebelum abad-19. Sekarang, industri terus berkembang dan semakin berteknologi tinggi,oleh itu, tenaga lelaki semakin kurang perlu digunakan. Oleh itu,kepentingan golongan wanita kerap tidak akan diabaikan.

Maklumat tambahan,tamadun negara China yang mementingkan lelaki, memang kurang wanita yang menjadi ketua negara. Mungkin faktor inilah yang menyinggung perasaan perempuan.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  lim Sun Mar 23, 2008 12:36 pm

Pada pendapat saya,saya merasa perempuan harus memberi hak yang sama dengan lelaki kerana pada masyarakat terkini kadang-kala perempuan adalah lebih pandai daripada lelaki seperti kebanyakan pelajar dalam sekolah yang mandapatkan keputusan yang baik adalah lelaki.Selain itu,sesetengan perempuan ada sifat kepimpinan yang lebih kuat daripada lelaki.Oleh itu,kita harus memberikan hak yang sama kepada perempuan seperti lelaki.

lim

Posts : 21
Join date : 2008-02-17

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  lim siew yuen Sun Mar 23, 2008 1:47 pm

saya tidak setuju dengan mr.poh kerana bukan sahaja negara china yang mementingkan lelaki,sebenarnya banyak negara yang hanya mementingkan lelaki sehingga zaman ini!fenomena ini hanya berbeza di negara tertentu sahaja.

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  pohblg Sun Mar 23, 2008 3:50 pm

lim siew yuen wrote:saya tidak setuju dengan mr.poh kerana bukan sahaja negara china yang mementingkan lelaki,sebenarnya banyak negara yang hanya mementingkan lelaki sehingga zaman ini!fenomena ini hanya berbeza di negara tertentu sahaja.

Bolehkah saudari siew yuen memberi contoh negara yang hanya mementingkan anak perempuan?Terima kasih kerana memberi maklumat kepada kita.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  weichian_89 Sun Mar 23, 2008 4:12 pm

pohblg wrote:Bolehkah saudari siew yuen memberi contoh negara yang hanya mementingkan anak perempuan?Terima kasih kerana memberi maklumat kepada kita.

memanglah negara China adalah salah sebuah negara yang memandang rendah kepada kaum wanita turut menyebabkan kelebihan penduduk di negara China dan menjadikan negaranya mempunyai penduduk yang paling ramai di seluruh dunia.keadaan yang sama juga berlaku di negara India,ini disebabkan sikap masyarakat yang lebih mementingkan kaum lelaki telah menjadikan negaranya mempunyai penduduk yang kedua ramai selepas negara China.masyarakat negara Jepun juga lebih mementingkan lelaki dan menyebabkan sikap ego telah wujud dikalangan kaum lelaki.tambahan pula,kebanyakan negara yang lebih ketinggalan zaman juga mempunyai sikap sebegitu.Twisted Evil

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  vinclam1314 Mon Mar 24, 2008 11:11 am

lim siew yuen wrote:..Oleh itu wanita jangan hanya berdiam saja jika dibuli oleh lelaki!kita ada hak yang melindungi kita!kita tidak lemah!kita mempunyai hak yang sama dengan lelaki!maruah kita juga sama dengan lelaki!perlu dilaindungi!tidak boleh dihina oleh orang lain dan diam saja!kita perlu bersuara!menyatakan kehendakan kita!

Saya ingin membuat bantahan tegas kepada kakak Siew Mei.. Kerana bukan sahaja perempuan dihina oleh lelaki, kini, terdapat banyak juga perempuan yang menghina lelaki. Kebanyakan lelaki berdiam diri kerana mereka berasa maruah diri mereka akan dijatuhkan apabila mereka melaporkan kepada polis atau orang ramai.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  vinclam1314 Mon Mar 24, 2008 11:18 am

pohblg wrote:
Maklumat tambahan,tamadun negara China yang mementingkan lelaki, memang kurang wanita yang menjadi ketua negara. Mungkin faktor inilah yang menyinggung perasaan perempuan.

saya sangat setuju dengan abang Poh. memang kurang wanita yang menjadi ketua negara tetapi masih ada banyak wanita yang menjadi ketua negara (maharaja) pada zaman dahulu. Selain itu, semua permaisuri merupakan ibu semua orang Cina pada zaman dahulu. Mereka juga mempunyai kuasa yang sangat tinggi yang banyak lelaki tidak dapat setanding dengannya. Banyak bangsawan wanita juga memainkan kuasa mereka untuk mendapatkan kuasa pemerintah, sebagai contohnya, mereka menggunakan kuasa mereka untuk mengawal banyak orang berbuat kerja kepada mereka. Anda boleh mencari dan membaca sejarah China di internet ( anda mungkin sukar untuk mencari banyak maklumat tentang kejayaan dan kekuasaan wanita kerana kebanyakan sejarah cina adalah menulis tentang kejayaan lelaki )

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  vinclam1314 Mon Mar 24, 2008 11:24 am

weichian_89 wrote:
pohblg wrote:Bolehkah saudari siew yuen memberi contoh negara yang hanya mementingkan anak perempuan?Terima kasih kerana memberi maklumat kepada kita.

memanglah negara China adalah salah sebuah negara yang memandang rendah kepada kaum wanita turut menyebabkan kelebihan penduduk di negara China dan menjadikan negaranya mempunyai penduduk yang paling ramai di seluruh dunia.keadaan yang sama juga berlaku di negara India,ini disebabkan sikap masyarakat yang lebih mementingkan kaum lelaki telah menjadikan negaranya mempunyai penduduk yang kedua ramai selepas negara China.masyarakat negara Jepun juga lebih mementingkan lelaki dan menyebabkan sikap ego telah wujud dikalangan kaum lelaki.tambahan pula,kebanyakan negara yang lebih ketinggalan zaman juga mempunyai sikap sebegitu.Twisted Evil

Sekali lagi saya membuat bantahan.. wanita bukan dan tidak dipandang rendah!! Jika mereka dipandang rendah, bagaimanakah banyak wanita mendapatkan jawatan yang agak tinggi dalam pemerintahan dan dalam syarikat? jangan lupa, 'wu yi' adalah seorang wanita yang sangat berpengaruh dalam pemerintahan China sekarang. Orang Cina dan Orang India lebih mementingkan lelaki kerana mereka menganggap lelaki membolehkan mereka meneruskan generasi keluarga mereka. Seperti apa yang anda tahu, dalam tradisional Cina, perempuan akan mengikuti surname suaminya, wanita juga dijadikan sebagai ahli keluarga dalam keluarga suaminya. Oleh itu, kebanyakan orang cina lebih suka anak lelaki kerana mereka tidak ingin keluarga mereka putus akar.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama

Post  Ice Mon Mar 24, 2008 11:31 am

Pada pandangan saya,kaum wanita boleh mempunyai hak yang sama seperti kaum lelaki.Pada zaman dahulu,datuk dan nenek lebih mementingkan lelaki daripada perempuan,mereka lebih sayang cucu lelaki daripada cucu perempuan.Mereka anggap lelaki lebih bijak daripada perempuan.Tetapi pada era ini,kebolehan dan pencapaian wanita adalah ternyata.Mereka boleh menyarakan diri tanpa bantuan daripada lelaki.Di sekolah,terdapat banyak pelajar perempuan yang mendapat tempat pertama hingga tempat ketiga berbandingan pelajar lelaki.Ia juga membuktikan bahawa perempuan juga boleh mencapaikan kebolehan seperti lelaki.Kaum wanita dan Kaum lelaki juga ialah satu ciptaan yang sama oleh tuhan.Pada era ini,terdapat kaum wanita menyertai politik dan memegang jawatan yang penting.Oleh itu,kita tidak boleh mengabaikan hak-hak wanita. Smile

Ice

Posts : 10
Join date : 2008-02-03
Age : 34

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  vinclam1314 Mon Mar 24, 2008 11:56 am

Ice wrote:Pada pandangan saya,kaum wanita boleh mempunyai hak yang sama seperti kaum lelaki.Pada zaman dahulu,datuk dan nenek lebih mementingkan lelaki daripada perempuan,mereka lebih sayang cucu lelaki daripada cucu perempuan.Mereka anggap lelaki lebih bijak daripada perempuan.Tetapi pada era ini,kebolehan dan pencapaian wanita adalah ternyata.Mereka boleh menyarakan diri tanpa bantuan daripada lelaki.Di sekolah,terdapat banyak pelajar perempuan yang mendapat tempat pertama hingga tempat ketiga berbandingan pelajar lelaki.Ia juga membuktikan bahawa perempuan juga boleh mencapaikan kebolehan seperti lelaki.Kaum wanita dan Kaum lelaki juga ialah satu ciptaan yang sama oleh tuhan.Pada era ini,terdapat kaum wanita menyertai politik dan memegang jawatan yang penting.Oleh itu,kita tidak boleh mengabaikan hak-hak wanita. Smile

Saya pernah membaca petikan yang menyatakan bahawa kebanyakan lelaki adalah lebih suka berfikir secara logik manakala kebanyakan perempuan lebih baik dalam penghafalan. Ini dapat jelas dilihat bahawa kebanyakan lelaki lebih suka subjek fizik(lebih daripada fikir secara logik) daripada biologi (lebih daripada penghafalan). Selain itu, kebanyakan lelaki lebih suka bermain daripada belajar.. ini menyebabkan mereka mengurangkan masa dalam pembelajaran dan menyebabkan keputusan mereka jauh kurang baik daripada perempuan.. Selain itu, banyak lelaki berpendapat adalah lebih baik jika mereka keluar bekerja lebih awal untuk mengumpul pengalaman dan mengumpul 'harta'.. Mereka lebih suka teknik daripada meneruskan pelajaran mereka dalam Universiti. Ini telah menyebabkan nisbah perempuan kepada lelaki semakin meningkat di dalam institusi pengajian tinggi..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  weichian_89 Mon Mar 24, 2008 4:25 pm

vinclam1314 wrote:Sekali lagi saya membuat bantahan.. wanita bukan dan tidak dipandang rendah!! Jika mereka dipandang rendah, bagaimanakah banyak wanita mendapatkan jawatan yang agak tinggi dalam pemerintahan dan dalam syarikat? jangan lupa, 'wu yi' adalah seorang wanita yang sangat berpengaruh dalam pemerintahan China sekarang. Orang Cina dan Orang India lebih mementingkan lelaki kerana mereka menganggap lelaki membolehkan mereka meneruskan generasi keluarga mereka. Seperti apa yang anda tahu, dalam tradisional Cina, perempuan akan mengikuti surname suaminya, wanita juga dijadikan sebagai ahli keluarga dalam keluarga suaminya. Oleh itu, kebanyakan orang cina lebih suka anak lelaki kerana mereka tidak ingin keluarga mereka putus akar.

nampaknya terdapat banyak komen bantahan dari saudara toh wai... Laughing
saya sangat setuju dengan contoh 'wu yi' yang diberi oleh saudara memanglah telah membuktikan kebolehan kaum wanita dalam sumbangan pentadbiran negara,tetapi beliau merupakan orang zaman moden kini dan masyarakat kini juga telah mengubah pandangan kolot yang diperturunkan.
pada zaman dahulu,jantina lelaki dan perempuan boleh dibahagikan kepada unsur 'yin' dan 'yang','yin' merupakan kaum perempuan manakala 'yang' merupakan kaum lelaki.'yin' boleh ditafsirkan unsur gelap,dan 'yang' merupakan unsur cahaya,ini telah membuktikan kedudukan perempuan di masyarakat semasa tidak beberapa disanjungi dan hanya lelaki yang dtitikberat.selain itu,sistem peperiksaan yang diamalkan pada zaman lalu juga menunjukkan pemandang rendah kepada wanita.melalui sistem peperiksaan ini,pelajar yang dapat keputusan cermerlang akan diberi peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan.tetapi,sistem ini telah melarangkan wanita mengambil bahagian dalam peperiksaan dan tidak mempunyai wanita yang dipertugaskan jawatan pembesar.dari segi perkahwinan,lelaki diiktiraf boleh mempeisterikan beberapa orang wanita sesuka hatinya,dan isteri pertamanya tidak layak untuk menentang suaminya.tambahan pula,apabila satu keluarga itu berlakunya perkara yang malang,dan isterilah yang akan dianggap sebagai pembawa sial.ini telah menjadikan kaum wanita semakin dihina dan ia merupakan nasib wanita pada zaman kolot di negara china. pale

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama

Post  HsuJia Tue Mar 25, 2008 1:16 pm

Pada pandangan saya,pada masa sekarang memang kita boleh dapat dilihat dengan jelas bahawa lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama kerana wanita sekarang adalah lebih berkebolehan berbanding dengan lelaki sekarang.Ini adalah kerana kebanyakan wanita sekarang tidak mahu bergantung dengan lelaki lagi sebab mereka hendak menunjukkan wanita adalah tidak lemah seperti dulu.Bukan ini sahaja,jika dalam keluarga tunggal yang hendak membesarkan anak mereka adalah memang susah.Bagi wanita dalam keluarga tunggal hendak menanggung banyak bebanan yang berat adalah amat susah.Ini hendaklah memerlukan masa untuk menyesuaikan persekitaran ini.Walaubagaimanapun,wanita sekarang tidak akan takut jika kekurangan dengan lelaki kerana pada masa sekarang kadang-kala lelaki juga hendak bergantung dengan wanita.Kita sebagai wanita haruslah berusaha sikit supaya tidak dipandang rendah oleh lelaki sekarang.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama? Empty Re: Adakah kaum wanita dan lelaki boleh mempunyai hak yang sama?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum