PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar

Go down

Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar Empty Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar

Post  Shuefern(L6A/12) Fri Sep 14, 2012 7:27 pm

Mangsa diserang ala samseng selepas tegur pelajar buat bising


Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku. Tidak bermaya


Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.

Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.

Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat," kata sumber berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.



Komen:
Pada pendapat saya, peranan ibu bapa adalah penting kerana kuasa guru untuk mengawal disiplin pelajar semakin hari semakin kecil. Kuasa guru berkurang kerana kebanyakan ibu bapa masa kini terdiri daripada golongan berpendapat dan mereka tidak puas hati jika anak-anak mereka didenda atau dimarah oleh guru di sekolah. Dengan sokongan ibu bapa, pelajar tidak akan menghormati guru-guru dan mungkin melakukan sesuatu untuk balas dendam jika dimarahi oleh guru.

Shuefern(L6A/12)

Posts : 10
Join date : 2012-09-14

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum