PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

5 posters

Go down

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon Empty Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

Post  ypeng(U6A/10) Mon May 03, 2010 2:03 pm

KUANTAN 3 Mei - Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa, Rosmawati Abd. Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak di bahagian perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain.

"Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

"Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat,” katanya.

Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya. Evil or Very Mad

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon Empty Re: Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

Post  PnLeela Mon May 03, 2010 3:37 pm

Perbuatan sebegini kian menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kini yang mungkin terlalu tertekan dengan gaya hidup yang bercorak materialistik.
Hilang kesabaran, kemarahan di luar kawalan, bertindak secara meliar sebelum membuat siasatan banyak membawa pengorbanan nyawa.

Bagaimanakah perkara-perkara sebegini boleh di atasi?

Hantar jawapan sebelum 5 Mei 2010

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon Empty Re: Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

Post  leeyoong_U6B Mon May 03, 2010 3:52 pm

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF dan bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal. Menurut kajian yang saya buat melalui Internet, perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda atau berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.

Pada pendapat saya, cara yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya peristiwa sebegini adalah sentiasa menenangkan diri. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengingatkan 3M "Meluahkannya, Menahannya, Menenangkan diri". Kita harus mengenal pasti sebab perasaan marah dan meluahkan kalau boleh. kita boleh cuba meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal). Ini juga merupakan satu cara yang paling terbaik dan berkesan. Kita juga boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan
pemerhatian anda terhadap hal lain. Dengan ini, kita boleh memastikan kita sentiasa waras dan mengelakkan diri melakukan sesuatu perkara yang berada di luar jangkaan... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon Empty Re: Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue May 04, 2010 12:11 pm

Sebelum melepasksn kemarahan,cuba anda berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.
Selain itu, anda boleh fikirkan sejenak kesan buruk jika hendak melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda? Jika benar lebih baik untuk anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan sahaja.
Seterusnya, anda juga boleh meluahkan perasaan pada ibu bapa, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri. Dengan ini, kita dapat memastikan kita berada dalam keadaan yang tenang pada bila-bila masa dan kita juga dapat mengurangkan pencetusan kemarahan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon Empty Re: Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 04, 2010 2:03 pm

Pertama sekali, kita harus cuba memaafkan orang lain. Tidak kira betapa banyak kemarahan atau dendaman yang anda ada pada seseorang itu, memberi maaf merupakan cara yang terbaik untuk melepaskan bebanan ini demi kesejahteraan hidup. Jangan biarkan kemarahan ini mengganggu keharmonian hidup anda.

Selain itu, kita harus bertoleransi dengan orang lain. Sikap toleransi ini penting bagi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham berlaku. Kita perlu bersedia menerima pandangan atau pendapat seseorang dan berubah sikap-sikap negatif demi ketenteraman hidup.

Tambahan pula, sering tertawa juga merupakan salah satu cara untuk menahan emosi kita sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan. Menurut kajian, orang yang sering tertawa mempunyai jangka umur yang lebih panjang daripada orang yang selalu marah atau berdendam.

Di samping itu, kita harus mencari penyebab kita marah dan berusaha menyelesaikannya. Ketika fikiran anda mulai tenang, cubalah mencatat atau memikir sumber permasalahan dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon Empty Re: Isteri dibelasah hingga mati kerana berbual di telefon

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum