PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

+3
wonderfoo_99
vinclam1314
PnLeela
7 posters

Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  PnLeela Tue Feb 19, 2008 3:06 pm

Hi Kelas Laughing

Pilihan raya merupakan satu ciri kerajaan demokrasi, "Rakyat memilih pemerintah yang akan memerintah mereka"

Satu aspek penting dari segi peperiksaan tentang pilihan raya ialah:

1. Kelayakan mengundi melalui pos : Siapakah yang boleh mengundi melalui pos?
Jawapan adalah dalam keratan akhbar.............Sila beri jawapan anda

2. Apa yang anda faham tentang prosedur penamaan calon untuk pilihan raya?
Beri huraian andadan sekiranya terdpat keratan akhbar yang menyokong huraian anda, si;a tampal
keratan tersebut di sini untuk rujukan rakan anda yang lain


Selamat melayari dan menimba ilmu Smile

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty Re: KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  vinclam1314 Wed Feb 20, 2008 8:53 am

1. Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing.

AKTA PILIHAN RAYA 1958
Proses PlihanRaya di Malaysia
Proses Pilihan Raya di Malaysia II
Sistem Pilihanraya Umum : Doktrin Negara Untuk Difahami Rakyat



2.Calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika die memenuhi syarat-syarat. Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi. Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding. Basketball

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty Re: KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  wonderfoo_99 Wed Feb 20, 2008 10:00 am

1.Tentera ,orang yang belajar dan bekerja di luar negara,pegawai konsul yang berkhimat di luar negara,dan polis.
2.Pertama,pengerusi sesebuah parti akan menamakan calon yang berkelayakan dari partinya untuk bertanding di sesuatu tempat.Senarai pernama calon hendak dihantar kepada (SPR) 14 hari sebelum pilihan raya.Calon hendak mebayar wang pertaruhan RM10000 bagi kawasan parlimen dan RM5000 bagi kawasan DUN.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty Re: KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  Ang3laWong Wed Feb 20, 2008 10:38 am

1. Pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing.

2. Pegawai pengurus hendaklah pada hari penamaan hadir di tempat penamaan dari pukul sepuluh pagi sehingga selesai urusan yang disebut dalam peraturan 10 atau subperaturan 11 (2), mengikut mana-mana yang berkenaan. Tiga salinan tiap-tiap kertas penamaan mestilah diserahkan kepada pegawai pengurus iaitu di tempat penamaan; dan antara pukul sembilan pagi dan pukul sepuluh pagi pada hari penamaan,
oleh calon dan pencadang dan penyokongnya atau oleh mana-mana dua atau mana-mana seorang daripada mereka.Pegawai pengurus tidak boleh menerima kertas penamaan mana-mana calon yang tidak diserahkan kepadanya oleh mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (2); yang tidak disertakan dengan salinan asal akuan berkanun sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan 4(7); atau yang tidak disertakan dengan deposit atau resit yang dikeluarkan berkenaan dengan deposit yang dibayar itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan 5(1).Selepas kertas penamaan diserahkan seperti dalam subperaturan (2), calon itu, pencadang atau penyokongnya boleh dibenarkan untuk membuat pembetulan pada kertas penamaan itu di hadapan pegawai pengurus sebelum pukul sepuluh pagi.Pegawai pengurus hendaklah dengan serta-merta selepas pukul sepuluh pagi menyebabkan suatu salinan tiap-tiap kertas penamaan yang diserahkan sedemikian ditampalkan di suatu tempat yang mudah dilihat di luar tempat penamaan itu.Pegawai pengurus hendaklah membenarkan calon dan pencadang serta penyokong mereka dan seorang lain, jika ada, yang dilantik oleh setiap calon secara bertulis hadir pada hari dan di tempat penamaan antara pukul sepuluh pagi dan pukul sebelas pagi dan di situ dan pada masa itu juga memeriksa kertas penamaan calon yang telah diterima bagi bahagian pilihan raya itu.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty RE: KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  NCH CHEAN Wed Feb 20, 2008 4:43 pm

1) Seorang pengundi tak hadir;seorang yang diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;seorang anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, selain seorang anggota Pasukan Polis Sukarela Simpanan;seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang pada hari mengundi diambil bekerja sepenuh masa dalam suatu jawatan di luar Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; atau seorang anggota mana-mana kategori orang yang ditetapkan sebagai pengundi pos oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta, adalah, apabila diterimanya suatu kertas undi pos, berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos pada sesuatu pilihan raya mengikut Peraturan-Peraturan ini.

2) Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  sim Fri Feb 22, 2008 2:49 pm

1)Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing.

2)Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka.Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan. Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi. lol!

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty Pilihan raya..

Post  Jennifer Ong Mon Feb 25, 2008 1:08 pm

1) Polis,tentera, pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara dengan biasiswa yang diberi oleh kerajaan, pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pegawai yang bertugas pada hari mengundi.


2)Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula sebaik sahaja writ pilihan raya dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Sejurus kemudian, satu notis akan diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

>HARI PENAMAAN CALON
-calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya.
-Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong.
-Kertas-kertas penamaan mesti dikemukakan antara jam 9pagi-10pagi pada hari penamaan.
-Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10pagi-11pagi untuk diteliti dan bantahan.
-Jika seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

>PERTARUHAN
-RM10,000 bagi kerusi Parlimen.
-RM5,000 bagi kerusi Negeri
-Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

>PENGGUNAAN SIMBOL
-Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
-Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

>KEMPEN
-Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
-Pegawai Penguat Kuasa atau Pasukan-pasukan Penguat Kuasa dilantik atau dibentuk di setiap bahagian pilihan raya Parlimen.
-Dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.
-tugas: memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.

>HARI MENGUNDI
-hari pemilih-pemilih membuang undi.
-Hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.
-Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8pagi-5petang di seluruh Malaysia.
-Waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.
-Notis akan dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-
1. tarikh mengundi;
2. lokasi tempat mengundi;
3. waktu mengundi di semua tempat mengundi;
4. lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.



Sad Mad Laughing Rolling Eyes Arrow clown tongue @ No No @ pale pale silent silent rabbit rabbit bounce bounce confused confused drunken drunken cheers cheers scratch scratch geek geek lol! afro afro affraid confused Question Question Exclamation Idea Idea Embarassed Embarassed Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad Mad PHEW!!! OMG!!

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS Empty Re: KELAYAKAN MENGUNDI MELALUI POS

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum