PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Latihan 2

3 posters

Go down

Latihan 2 Empty Latihan 2

Post  PnLeela Sat Nov 01, 2008 6:06 pm

Hi kelas,
[quote]. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga dan buruh Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Jumlah guna tenaga dan buruh sesebuah negara bergantung kepada perkembangan ekonomi negara berkenaan. Pada tahun 1995, jumlah guna tenaga dan buruh Malaysia ialah 6,621,000 orang, iaitu peningkatan sebanyak 996.4 ribu orang berbanding dengan lima tahun sebelumnya.

Pada tahun 1990, sejumlah 1,759,600 orang bekerja dalam sektor pertanian dan bilangan ini meningkat sebanyak 78 ribu orang lima tahun kemudiannya. Sebaliknya, dalam sektor perlombongan dan kuari, jumlah guna tenaga dan buruh yang terlibat merosot sebanyak 5.3 ribu orang pada tahun 1995 berbanding dengan bilangan tahun 1990 yang mencatatkan 44.4 ribu orang.

Jumlah guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari berkurangan kerana banyak lombong telah ditutup. Hal ini disebabkan oleh kelemahan harga yang berlarutan di samping kos operasi yang semakin tinggi. Simpanan yang merosot serta berkurangnya bijih yang bermutu tinggi di lombong-lombong yang sedia ada adalah faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan pengeluaran dan penutupan lombong. Kesannya, tenaga kerja terpaksa dikurangkan.

Sektor perkilangan dijangka mencatat jumlah guna tenaga dan buruh yang terbanyak menjelang tahun 1995. Pelaburan modal yang diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia menunjukkan nisbah modal bagi pekerjaan dalam sektor perkilangan telah meningkat daripada 7 peluang pekerjaan untuk setiap juta ringgit pelaburan yang diluluskan pada tahun 1994 kepada 14 peluang pekerjaan pada tahun 1995. Berikutan dengan peralihan itu ialah bertambahnya permintaan untuk pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir.

Sektor perkilangan menunjukkan peningkatan sebanyak 434.8 ribu orang pada tahun 1995 yang mencatatkan jumlah guna tenaga 1,290,200 orang berbanding dengan bilangan pada tahun 1990. Sementara itu, jumlah guna tenaga sektor pembinaan pula merosot dari tahun 1995 yang berjumlah 429.4 ribu orang kepada 426.9 ribu orang.

Jumlah guna tenaga dan buruh dalam bidang kewangan dan insurans berjumlah 198.9 ribu orang pada tahun 1990. Pada tahun 1995 pula, jumlah ini bertambah sebanyak 32.4 ribu orang berbanding dengan tahun 1990. Sektor pengangkutan dan perhubungan juga turut menampakkan peningkatan guna tenaga dan buruh sebanyak 41.1 ribu orang pada tahun 1995 berbanding dengan tahun 1990 yang mencatatkan 244.3 ribu orang.

Pada tahun 1990, sektor perkhidmatan kerajaan menggunakan sejumlah 819.5 ribu orang guna tenaga dan buruh berbanding 850.2 ribu guna tenaga dan buruh pada tahun 1995. Baki 22.63% guna tenaga dan buruh pada tahun 1990 dan 25.08% guna tenaga dan buruh pada tahun 1995 terdapat dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain.


(Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 1996,
Kementerian Kewangan Malaysia)


_____________________________________________________________________________________

SILA NYATAKAN MEDIA APA YANG SESUAI UNTUK SOALAN INI.
SAYA AKAN MEMBERI JAWAPAN SETELAH MELIHAT RESPONS ANDA SEMUA Cool


JUMPA LAGI
PnLeela Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  Ultima Lucifer Sun Nov 02, 2008 3:37 pm

Saya rasa ini ialah Graf bar Piramid?
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  vinclam1314 Sun Nov 02, 2008 4:04 pm

adakah ini grap kompaun? yang itu tambah tambah tambah punya? dua banguan sahaja??

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  PnLeela Sun Nov 02, 2008 4:52 pm

Lucifer dan Lam, jawapan kamu kurang tepat. Baca soalan dengan baik, kalau boleh buat jadual, baru kamu boleh kenali carta yang sesuai

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  Ultima Lucifer Sun Nov 02, 2008 5:00 pm

errr.... kalau Graf gabungan.... dua objek yang ada kesinambungan.....

Wink
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  vinclam1314 Mon Nov 03, 2008 9:12 am

graf komponen... Very Happy
ada dua kelompok... dengan banyak palang dalam kelompok itu.. ^^

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  PnLeela Mon Nov 03, 2008 10:40 am

jawapan masih tidak tepat, ini bukan keluarga graf bar.......media apa yang boleh guna untuk buat perbandingan dua tahun??? Shocked

Harap kamu berdua lam dan zhe ming memberi jawapan tepat dalam post seterusnya

Jumpa lagi Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  Ultima Lucifer Mon Nov 03, 2008 2:26 pm

affraid affraid affraid ARRRRGH......... carta pai perbandingan!!!!!
kalau keluar tahun ini...... saya mesti skor........ haiz... harap harap~~~
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  PnLeela Fri Nov 07, 2008 1:38 pm

Ya zheming, jawapannya memang carta pai perbandingan dan tahun ini memang banyak guru PA meramalkan carta ini akan keluar.
Harap keluar an kamu boleh skor Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 2 Empty Re: Latihan 2

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum