PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ulasan Teks-Latihan 3

+14
Kar Yung (U6A/2010)
You Lee Shuen
LiewJoey(LSB)
xiaowen_U6B
Seow Ping U6B'10
leeyoong_U6B
HanXin (U6A/10)
ypeng(U6A/10)
yeow_U6A/2010
LowYuePeng(U6B)
Ong SQ (U6B/2010)
S.Teng(U6A/2010)
ZiAmUn(U6A/'10)
PnLeela
18 posters

Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Ulasan Teks-Latihan 3

Post  PnLeela Sun Oct 03, 2010 6:20 am

Oseanografi dapat didefinisikan sebagai kajian dan penjelajahan (eksplorasi) ilmiah tentang laut dan segala fenomena dalam air. Laut merupakan sebahagian daripada hidrosfera. Dalam bidang ini, kajian dibuat tentang pertumbuhan dan haiwan serta interaksi kedua-duanya. Alam lautan mengandungi pelbagai misteri yang boleh diterokai.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripad Laupa Junus,
Sains Marin", estidotomy, Utusan Malaysia, 18 Oktober 2006)


i) Apakah yang dimaksudkan dengan bidang oseanografi?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan faedah mempelajari bidang ini?

Tarikh tutup: 12 Oktober 2010

Selamat menjawab Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Oct 04, 2010 8:31 am

i.) Bidang Oseanografi bermaksud kajian dan penjelajahan (eksplorasi) pengetahuan yang berkaitan dengan laut dan semua fenomena di dalam air.

ii.) Faedah mempelajari Oseanografi ialah dapat memelihara dan memulihara khazanah laut. Pencemaran dan kepupusan akuatik dapat dielakkan. Generasi muda juga dapat menikmati kekayaan ini. Selain itu, pelbagai bidang industri dapat diperkembangkan. contohnya,industri gas dan minyak, bidang pelancongan dan bidang perikanan. Secara langsungnya dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. (49 patah perkataan)

ATAU

Oseanografi diperlukan untuk menangani bencana alam.Kita dapat mengetahui ribut, taufan, banjir dan tsunami yang melanda. Kehilangan nyawa dan harta benda dapat diminimumkan. Sumber semula jadi dapat dibekalkan dengan secukupnya.Ini kerana peningkatan dan pemintaan penduduk yang ramai. Oseanografi amat diperlukan kerana melibatkan proses-proses di dalam laut. (47 patah perkataan)

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Oct 04, 2010 11:45 am

(I) Bidang Oseanografi bermaksud kajian dan penjelajahan pengetahuan yang berkaitan dengan laut dan semua fenomena di dalam air.

(II) Faedah mempelajari Oseanografi ialah untuk kepentingan kehidupan akuatik. Melalui aktiviti eksplorasi ini, dapat memastikan dan mengawal kehidupan akuatik dan semua fenomena di dalam air tidak terancam. Selain itu, pengamatan oseanografi seperti arus, pasang surut, tinggi gelombang dapat dijalankan untuk mengawal dan mengelakkan bencana alam berlaku secara tiba-tiba. (47 patah perkataan)


S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Oct 04, 2010 12:10 pm

(i) Bidang Oseanografi bermaksud penyelidikan dan penjelajahan ilmu tentang laut dan kejadian di dalam air.

(ii) Kebaikan pertama ialah dapat mengetahui kepentingan alam lautan terdapat ekosistem. Dengan ini, kita akan berusaha memelihara dan memulihara hidupan akuatik. Maka, keseimbangan alam dapat dikekalkan. Seterusnya, bidang oseanografi membantu kita meramal bencana alam. Jangkaan lebih awal boleh dibuat untuk amaran orang ramai. Maka, peristiwa yang tidak diingini boleh dielakkan. (50 patah perkataan)
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  LowYuePeng(U6B) Mon Oct 04, 2010 1:27 pm

(i) Oseanografi bermaksud kajian dan exploitasi pengetahuan tentang laut dan segala keadaan dalam air.

(ii) Pertamanya ialah memelihara dan memulihara kehidupan akuatik. Pelbagai kajian dan analisasi dijalankan demi mengekalkan keseimbangan laut. Dengan ini, ancaman hidupan akuatik boleh dikurangkan.Tambahan pula, kebanyakan bencana alam boleh dikesankan lebih awal. Dengan mengajikan keadaan hidupan akuatik, malapetaka yang tidak diingini boleh dielakkan. (43)
LowYuePeng(U6B)
LowYuePeng(U6B)

Posts : 23
Join date : 2009-05-13
Age : 32

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  yeow_U6A/2010 Mon Oct 04, 2010 1:28 pm

1)Bidang oseanografi bermaksud kajian dan penerokaan ilmiah tentang laut dan semua fenomena dalam air.

2)Faedah mempelajari bidang ini ialah dapat mengetahui ilmu pengetahuan tentang hidupan aquatik yang penuh dengan misteri. Ekosistem dalam aquatik dapat diketahui dan dipelajari oleh manusia. Selain itu, manfaat kepada manusia daripada hidupan aquatik dapat dinikmati. Flora di dalam dunia aquatik mungkin dapat dijadikan herba atau ubat-ubatan untuk mengubati penyakit barah.(50 patah perkataan)

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  ypeng(U6A/10) Mon Oct 04, 2010 2:32 pm

1.Maksud bidang oseanografi adalah cabang dari ilmu bumi yang mempelajari segala aspek lautan.

2.Faedah mempelajari bidang oseanografi
Salah satu faedah adalah memperkembangkan pengetahuan laut.Perkembangan bidang oseanografi peralatan yang lengkap dan kemudahan penyelidikan yang sedia ada membenarkan penyelidikan aktif dijalankan di merata dunia.
Seterusnya adalah populasi akuakultur dapat dikekalkan.Melalui penyelidikan segala masalah misalnya pencemaran dapat diselesakan dengan mengelakkan kepupusan spesis akuakultur.
(45pp)


ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  HanXin (U6A/10) Mon Oct 04, 2010 6:42 pm

1) Oseanografi merupakan kajian dan eksplorasi pengetahuan tentang laut dan segala fenomena dalam air.

2) Faedah pertama ialah kepupusan sesuatu populasi akuakultur dapat dielakkan. Melalui penyelidikan segala punca masalah akuakultur dapat dikenalpastikan dan mengambil tindakan yang mampu mengatasinya. Faedah kedua ialah membantu pembangunan negara, misalnya perkembangan sektor perikanan dapat menyokong pembangunan industri sokonganya seperti sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. (46pp.)

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  leeyoong_U6B Tue Oct 05, 2010 10:28 am

1) Bidang oseanografi merupakan selidik dan penjelajahan (eksplorasi) ilmiah yang berkaitan dengan laut dan segala fenomena dalam air.

2) Faedah mempelajari bidang adalah dapat memelihara habitat hidupan aquatik. Kita dapat memastikan habitat aquatik tidak diceroboh agar kepupusan hidupan aquatik dapat dielakkan. Seterusnya, menjana kerjasama strategik kebangsaan dan antarabangsa. Pusat data maklumat dapat berfungsi sebagai platform koordinasi untuk meningkatkan R&D sains marin dan mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pusat kecemerlangan marin.

(50 patah perkataan)


Last edited by leeyoong_U6B on Tue Oct 05, 2010 10:35 am; edited 2 times in total

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Ulasan Teks-Latihan 3

Post  Seow Ping U6B'10 Tue Oct 05, 2010 10:31 am

a) Bidang oseanografi merupakan bidang yang mengkaji dan menjelajahi pengetahuan tentang segala fenomena serta ekosistem di lautan.

b) Faedah mempelajari oseanografi ialah menggunakan sumber-sumber lautan secara optimum. Pelbagai jenis flora dan fauna lautan yang mempunyai kegunaannya kepada manusia.Misalnya,hidupan flora dapat dihasilkan sebagai ubat-ubatan. Belajar oseanografi membantu kita menyedari kepentingan hidupan akuatik. Kita akan lebih mengenali rantaian ekosistem lautan. Usaha memelihara sumber-sumber lautan dapat dilaksanakan.

(48 pp)

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  xiaowen_U6B Fri Oct 08, 2010 7:33 pm

(i) Bidang oseanografi bermaksud bidang yang menkaji dan menjelajah ilmiah tentang ekosistem laut dan segala fenomena dalam air.

(ii) Faedahnya ialah dapat memahami setiap elemen yang berkaitan dengan lautan serta persekitarannya. Spesis hidupan yang baru juga bakal dicari yang mungkin mempunyai kegunaannya melalui R&D. Selain itu, ilmu terhadap ekosistem laut juga dapat diperkembangkan. Seterusnya, kepupusan hidupan laut dapat dielakkan dengan memahami rantaian dan ekosistem laut .
(47 patah perkataan)

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  LiewJoey(LSB) Fri Oct 08, 2010 8:36 pm

(I) Oseanografi merupakan penerokaan ilmu tentang fenomena air dan laut serta menerokai interaksi antara pertumbuhan dan haiwan.

(ii) Faedah mempelajari oseanografi ialah kita dapat mengetahui dengan lebih dalamnya tentang kehidupan aquatik di dalam laut berhubung dengan masalah yang mungkin menyebabkan kepupusan atau kematian hidupan aquatik tersebut.Selain itu, oseanografi juga telah memberi deskripsi secara keseluruhannya tentang dasar laut dan gelombong air yang mungkin membantu mengesan tsunami dan lain-lain.
(50 patah perkataan)

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  You Lee Shuen Sat Oct 09, 2010 12:41 pm

i)Bidang Oseanografi adalah bidang yang mengaji dan menjelajahi ilmu tentang laut dan segala fenomena dalam air.

ii)Salah satu faedah adalah oseanografi dapat membantu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem aquatik untuk kepentingan sejagat. Dengan ini, kita dapat mengelak kepupusan hidupan akuatik dan memelihara khazanah laut. Selain itu, ia juga memanfaatkan kita dari segi peramalan awal bencana alam. Maka, langkah pencegahan boleh dilaksanakan dan mengelak pengorbanan.
(49 patah perkataan)
rabbit
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Ulasan Teks-Latihan 3

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun Oct 10, 2010 10:11 am

1)Oseanografi bermaksud kajian serta penjelajahan ilmiah tentang laut atau segala keadaan dalam air.

2)Faedah pertama adalah dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan tentang hidupan aquatik. Melalui penyelidikan segala tenteng akuakultur dapat dikenalpastikan dan dipelajari oleh manusia. Faedah kedua ialah dapat meningkatkan bidang perubatan. Keadaan ini disebabkan flora dan fauna lautan mempunyai pelbagai kegunaannya kepada manusia. Iaitu, hidupan flora dapat dihasilkan untuk menjadi ubat-ubatan.
(48 patah perkataan)
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 33
Location : KL

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  yeeleng(L6A) Sun Oct 10, 2010 5:19 pm

  1. Oseanografi dapat didefinisikan sebagai kajian dan penjelajahan (eksplorasi) saintifik tentang laut dan segala fenomena dalam air.

Faedah mempelajari bidang Oseanografi ialah hidupan aquatik dilindungi. Dengan perlindungan ini, kepupusan hidupan aquatik dapat dielakkan dan keindahan laut dapat dikekalkan. Faedah mempelajari bidang Oseanografi ialah boleh mengembangkan bidang perubatan. Sesetengah flora dan fauna boleh dijadikan sebagai herba seperti karang. Oleh itu, hidupan aquatik mendatangkan kebaikan kepada manusia terutamanya perubatan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  ong yee wee L6B Mon Oct 11, 2010 6:52 pm

i) Bidang oseanografi bermaksud bidang yang membuat kajian dan eksplorasi tentang laut dan segala senario dalam air.

ii) Feadah-faedah mempelajari bidang oseanografi pemeliharaan dan pemuliharaan kehidupan laut. Kajian dan penyelidikan dibuat untuk mengelak kepupusan kehidupan akuatik serta memelihara ekosistem laut. Bidang ini juga membantu pengesanan dan peramalan bencana alam dengan mengkaji gelombang dan arus air. Malapetaka yang bakal menimpa dapat dikesan awal dan mengelakkan pengorbanan nyawa dan harta.

(50 patah perkataan)

ong yee wee L6B

Posts : 10
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  HsianMin (U6B/2010) Tue Oct 12, 2010 4:51 pm

(i) Bidang Oseanografi bermaksud kajian dan penjelajahan ilmu tentang laut dan semua keadaan di dalam air.

(ii) Faedah mempelajari oseanografi ialah wujudkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan aquatik. Maka, kajian dan langkah akan dilakukan bagi mengelakkan kepupusan hidupan aquatik dan ketidakseimbangan ekosistem. Bidang oseanografi juga menyumbang dari segi peramalan bancana alam. Amaran awal diberi kepada manusia bagi melakukan langkah pencegahan dan mengurangkan kerugian harta serta nyawa.
(49 patah perkataan)


HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Tue Oct 12, 2010 5:58 pm

(i)Bidang oseanografi bermaksud kajian dan eksplorasi sains tentang laut dan segala fenomena dalam air.

(ii) Faedah mempelajari bidang oseanografi ialah dapat mengelakkan kepupusan dan pencemaran laut. Dengan menjalani kajiaan dan menjelajah pengetahuan tentang laut,pemeliharaan dan pemuliharaan akan dijalankan untuk melindungi hidupan akuatik. Seterusnya,bidang tersebut juga penting dalam meramal dan menangani masalah bencana alam. Dengan ramalan masa berlakunya bencana alam,kehilangan harta benda serta nyawa dapat dikurangkan.
(50 patah perkataan)
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Ulasan Teks-Latihan 3 Empty Re: Ulasan Teks-Latihan 3

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum