PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Latihan 1: Graf Bar Gabungan

2 posters

Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty Latihan 1: Graf Bar Gabungan

Post  PnLeela Sun Oct 19, 2008 3:53 pm

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Memandangkan petroleum mentah yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, adalah lebih menguntungkan jika petroleum mentah Malaysia dikeluarkan bagi tujuan eksport. Kedudukan harga bagi satu tong minyak mentah mengikut Ringgit Malaysia (RM) naik turun sepanjang tempoh 2001-2006.

Pengeluaran petroleum mentah Malaysia ialah 250 ribu tong sehari pada tahun 2002 berbanding dengan 260 ribu tong sehari pada tahun 2001. Pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 20 ribu tong pada tahun 2003 berbanding tahun sebelumnya, dan meningkat semula kepada 299 ribu tong sehari pada tahun 2004. Pengeluaran petroleum mentah meningkat dengan kadar yang paling pesat dalam tempoh 2004-2005, iaitu mencatat 48.6% atau 450 ribu tong sehari. Pada tahun 2006, pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 30 ribu tong berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang tempoh 2001-2006, jumlah eksport petroleum mentah sentiasa jauh lebih besar berbanding dengan jumlah import. Eksport petroleum mentah pada tahun 2001 ialah 250 ribu tong sehari.Pada masa yang sama, import petroleum mentah ialah 150 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga RM66 satu tong.

Sungguhpun nilai eksport dan import petroleum mentah berkurang pada tahun 2002, dengan kadar 200 ribu tong sehari dan 90 ribu tong sehari masing-masing, harga petroleum mentah pada tahun itu telah meningkat kepada RM76 satu tong. Malaysia memperoleh keuntungan yang besar apabila jumlah eksport jauh lebih besar daripada jumlah import, dengan keadaan harga petroleum mentah di pasaran dunia adalah tinggi.

Hal ini berlaku pada tahun 2003 apabila jumlah eksport petroleum mentah ialah 210 ribu tong sehari berbanding dengan import sebanyak 70 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga yang paling tinggi, iaitu RM89 satu tong. Begitu juga, pada tahun 2004, jumlah eksport petroleum mentah Malaysia telah bertambah kepada 240 ribu tong sehari dan jumlah importnya lebih rendah, iaitu 50 ribu tong sehari. Namun demikian, harga petroleum mentah di pasaran dunia pada tahun itu menurun sedikit, iaitu pada paras RM76 satu tong.

Walaupun kadar import petroleum mentah Malaysia sejak tahun 2004 adalah pada kadar yang sama, iaitu 50 ribu tong sehari dalam tempoh 2004-2006, jumlah eksport dan harga pasaran masih tidak konsisten. Jumlah eksport pada tahun 2005 telah meningkat kepada 390 ribu tong sehari dengan kedudukan harga di pasaran RM70 satu tong. Pada tahun 2006, jumlah eksport menurun sebanyak 38 tong sejajar dengan penurunan harga petroleum mentah di pasaran dunia pada masa itu kepada RM68 satu tong.

(Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)
________________________________________________________________________________________

[quote] Panduan jawapan, mengapa ini adalah graf gabungan dan bahagian mana akan jadi graf bar dan yang mana akan menjadi graf garis.

1. Soalan merujuk kepada kuantiti pengeluaran eksport dan import pertroleum mentah: KUANTITI ditunjukkan melalui GRAF KOMPAUN
2.Harga petroleum- angkubah yang ada kesinambungan( ia bukan bilangan/kuantiti)--- Oleh itu kita harus lukis GRAF GARIS.

__________________________________________________________________________________________

Sila buat latihan ini, dan bawa ke kelas untuk penyemakan. Pelajar yang rajin boleh tunjukkan jadual untuk soalan ini dalam forum...langkah membantu rakan anda serta ini adalah proses pembelajaran uyang baik untuk anda.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty graf gabungan

Post  mecharlestwins Mon Nov 23, 2009 7:20 am

cikgu, graf gabungan ada dua paksi Y. Perlukah nilai ditulis dalam setiap paksi Y atau satu sahaja.

jika tulis pada satu paksi sahaja, berapa markah akan ditolak?

mecharlestwins

Posts : 2
Join date : 2009-11-23

Back to top Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty Re: Latihan 1: Graf Bar Gabungan

Post  PnLeela Wed Nov 25, 2009 2:12 pm

hi charles,

Ya, perlu tulis di kedua-dua paksi kerana dua perkara berlainan yang hendak dipaparkan. Jika satu paksi, mungkin maksimum 7 markah, harus rujuk skema pemarkahan

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty Re: Latihan 1: Graf Bar Gabungan

Post  mecharlestwins Sat Nov 28, 2009 8:30 am

cikgu tapi kalau graf gabungan tersebut tanya tentang jumlah eksport dan jumlah import serta aliran perdagangan. perlukh nilai ditulis dalam kedua-dua paksi Y?

mecharlestwins

Posts : 2
Join date : 2009-11-23

Back to top Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty Re: Latihan 1: Graf Bar Gabungan

Post  PnLeela Sun Nov 29, 2009 6:03 am

Ya, kemungkinan jumlah eksport dan import adalah graf bar- satu skala pakysi y1
aliran perdagangan- satu skala- paksi y2

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty Re: Latihan 1: Graf Bar Gabungan

Post  PnLeela Sun Dec 06, 2009 11:38 am

Charles,

Kalau kamu gunakan satu skala untuk ketiga-tiga perkara...import, eksport dan imbangan, dan HANYA lukis satu paksi Y, maka boleh dapat markah penuh 15.. Smile

Tapi kalau lukis 2 paksi them mesti tulis nilai di kedua-dua, walaupun sama.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Latihan 1: Graf Bar Gabungan Empty Re: Latihan 1: Graf Bar Gabungan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum