PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kemenangan Besar Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang

Go down

Kemenangan Besar Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Empty Kemenangan Besar Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang

Post  Choy Wei Quan (L6A/2012) Sun Jul 01, 2012 4:44 pm

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sokongan kaum Cina bagi membolehkan kerajaan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang adalah sama penting dengan sokongan dari kaum lain.

Beliau berkata, melalui pendekatan dan usaha kerajaan untuk kebajikan rakyat dan negara, sokongan semua rakyat pastinya akan diperoleh terutamanya dari kaum Cina. "Kaum Cina akan sokong kerajaan selepas melihat semua kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan selama ini dan MCA akan berusaha memastikan sokongan kaum Cina kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival buah-buahan 'Jom Bentong' di sini hari ini.

Pada pendapat saya, semua kaum adalah penting untuk mencapai kesejahteraan politik dan sosial. Dalam pilihan raya umum yang akan datang, semua rakyat menanggung tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin negara masa depan. Pada masa kini, status politik di negara kita tidak stabil kerana terdapat percanggahan dan penempuran antara parti-parti. Rakyat juga telah dipaparkan dengan skandal-skandal pemimpin dan politikus.

Rakyat juga berasa teragak-agak dengan prestasi parti-parti dan masih ragu dengan pilihan mereka pada pilihan raya umum yang akan datang. Pemimpin rakyat haruslah mengorak langkah untuk menjaga kebajikan rakyat dan memelihara imej mereka sebagai pemimpin rakyat yang amanah supaya rakyat dapat menentukan masa depan negara dengan rasional.

Akhirnya, kemenangan besar bukan didapat oleh parti-parti politik, malah rakyat yang menguntungkan.

Choy Wei Quan (L6A/2012)

Posts : 6
Join date : 2012-06-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum