PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berita tentang pilihan raya 2008

Go down

Berita tentang pilihan raya 2008 Empty Berita tentang pilihan raya 2008

Post  vinclam1314 Wed Feb 13, 2008 7:40 pm

PM dah bubarkan Parlimen!! Pilihan Raya 2008 akan dimulakan pada .. . .. masa depan.. Laughing
sila share kan berita yang kak dan bang dapat collect kan ni..
sacrifices anda akan di-appreciate oleh semua murid yang ada masuk forum ini tengok..
(sebab cikgu kata kami mahu buat satu tak tau apa tu punya barang tentang pilihan raya ni, kan? )

PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.
Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:
``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”
Dipetik daripada Utusan Online
PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini
Oleh Nazrullah Rosli dan Saifulizam Mohamad
BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.
‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.
Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’
Abdullah sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Dipetik daripada Utusan Malaysia

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Berita tentang pilihan raya 2008 Empty Re: Berita tentang pilihan raya 2008

Post  vinclam1314 Thu Feb 14, 2008 2:01 pm

SPR akan menetapkan tarikh pencalonan hari ini(Khamis)..
SPR tetapkan tarikh pencalonan, pengundian pilihan raya umum esok
13/02/2008 2:18pm

PUTRAJAYA 13 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata, SPR akan membincangkan pelbagai perkara dalam menentukan kedua-dua tarikh itu, termasuk keadaan negara dan keselamatan masyarakat.

“SPR akan memberikan ruang yang sesuai untuk tempoh pencalonan dan seterusnya tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan,” katanya dalam wawancara secara langsung dengan RTM di sini.

Wawancara itu disiarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen, berkuatkuasa hari ini bagi mengadakan pilihan raya umum.
Dipetik daripada Utusan Online

tarikh pencalonan adalah pada 24 / 02 / 2008
dan
tarikh pengundian adalah pada 08 / 03 / 2008

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum