Pelajar USM ditahan

View previous topic View next topic Go down

Pelajar USM ditahan

Post  SiawYing Yeow on Mon Jan 16, 2012 4:56 pm

Pelajar USM ditahan
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar dan Rudy Syareme Sheriffudin

2012/01/16
Gara-gara ugut bom helikopter PM di Facebook

GEORGETOWN: Seorang pelajar kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Nibong Tebal, ditahan polis kerana didakwa membuat ugutan berunsur jenayah ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di dalam laman sosial, Facebook, semalam.

Pelajar lelaki berusia 24 tahun berasal dari sini, ditahan di kampusnya kira-kira jam 1 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, untuk diambil keterangan. Pelajar itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.30 petang. Tulisan pelajar itu dalam Facebook berbunyi : “Najib is coming to our campus....lets bomb his helicopter.”

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelajar terbabit selepas polis menerima laporan berhubung ugutan suspek di laman sosialnya yang disiarkan di dalam satu blog.

Beliau berkata, laporan dibuat di Balai Polis Jelutong di sini, pada jam 10.06 pagi, semalam, selepas ulasan oleh blog berkenaan terhadap perbuatan pelajar terbabit disedari beberapa pihak kira-kira jam 9.30 pagi.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan cuba menakutkan secara jenayah yang boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor USM, Mohamad Abdullah, berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada pihak polis berhubung penahanan pelajar berkenaan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Manusia haruslah bertanggungjawab atas perkataan diri sendiri. Daripada berita yang disiarkan di NTV 7, pemuda ini menyatakan perkara ini hanyalah satu gurauan. Manakala, ada satu pengawai membangkang :"Kamu sudah bukan kanak-kanak, mana boleh ambil perkara macam ini untuk bergurau." Saya bersetujui kepada pengawai tersebut, kita juga perlu berhati-hati atas penggunaan perkataan semasa bercakap di Facebook, atau laman web yang terbuka.

SiawYing Yeow

Posts : 5
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum