Juruteknik tipu majikan ditahan

View previous topic View next topic Go down

Juruteknik tipu majikan ditahan

Post  Lee Bee Ying (L6A/2012) on Thu Aug 30, 2012 12:07 pm

Johor Bahru: Seorang juruteknik yang memalsukan set perhiasan emas majikannya bernilai sekitar RM40,000 selepas melesapkannya, ditahan polis.

Selain lelaki terbabit yang berusia 35 tahun, polis turut menahan dua lelaki lain masing-masing berusia 28 dan 30 tahun yang membeli set mangkuk, sudu dan penyepit makanan emas untuk dileburkan dalam serbuan pada 22 Ogos lalu. Selepas melesapkan set perhiasan itu yang diperbuat daripada emas tulen dibeli majikannya di Hong Kong 12 tahun lalu, lelaki berkenaan menggantikannya dengan set palsu tetapi disedari ahli perniagaan itu pada 17 Ogos lalu selepas mendapati set itu yang diletakkan di pejabatnya di Taman Desa Cemerlang di sini semakin pudar.
Suspek dipercayai mengambil kesempatan mencuri set perhiasan terbabit ketika melakukan penyelenggaraan kerana hanya pekerja tertentu saja dibenarkan memasuki pejabat terbabit.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan itu polis menemui semula mangkuk emas bernilai RM15,000 dan sudu emas berharga RM5,000, manakala sepasang penyepit makanan yang dianggarkan bernilai RM20,000 sudah dileburkan.

Pada pendapat saya , majikan tersebut haruslah mengganggap kes ini berlaku sebagai kemalangan dan seharusnya berhemat-hemat apabila dalam proses pemilihan pekerja pada masa yang akan datang.Selain itu , majikan juga seharusnya memastikan pekkerja yyangf dipilih adalah berkualiti dan mempunyai nilai kejujuran dan bersetia .

Lee Bee Ying (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-22
Age : 22

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum