PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

+3
PnLeela
WeiShi_L6F
szejiengoo (U6F)
7 posters

Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  szejiengoo (U6F) Fri Oct 17, 2008 7:10 pm

PUTRAJAYA: Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani, di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan sabitan dan hukuman itu.

Bagaimanapun, hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi kesalahan merogol budak perempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah, dikekalkan. Namun, dia terlepas hukuman sebatan kerana berumur 52 tahun.

Mohd Abbas kelihatan tergamam selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan keputusan itu kepadanya.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 27 Ogos, 2004, mendapati dia bersalah membunuh Nurul Huda di pondok pengawal keselamatan pencawang utama Tenaga Nasional Berhad di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Johor Bahru antara 9.20 pagi dan 1 tengah hari pada 17 Jan, 2004.

Mayat Nurul Huda dalam keadaan bogel, ditemui dalam tandas pondok pengawal itu. Mangsa sebelum itu pergi ke kedai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk membeli barangan.

Mohd Abbas memohon mendapatkan penghakiman daripada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu pada 3 Julai, 2006.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis serta abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan dia menyembunyikan sesuatu.

Berita penuh dari Berita Harian Online

Persoalan sekarang ialah...adakah anda bersetuju akan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Mohd Abbas?

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  WeiShi_L6F Sat Oct 18, 2008 3:40 am

Saya berasa bahawa hukuman yang dikenakan kepada perogol setimpal dengan apa yang telah dibuatnya.Mungkin apa yang akan dikenakan atas dia membawa kesakitan dan kehampaan yang lebih besar daripada kematian.Biar dialah menyesal di dalam penjara dan mungkin "bertukar!!!" menjadi orang yang baik selepas itu.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  szejiengoo (U6F) Sun Oct 19, 2008 3:32 pm

terima kasih kerana membalas topik ini!

Jadi, pelajar wei shi, anda tidak bersetuju tentang hukuman mati untuk kesemua jenis kes ataupun kes ini sahaja?
Cara wei shi mentafsirkan pembatalan hukuman mati ini ada baiknya kerana ini memberikan peluang kepada perogol berkenaan untuk insaf.
Akan tetapi adakah saudara memikirkan kecederaan mental yang dialami kanak-kanak yang berusia cuma 10 tahun?
Bagaimankah pihak berkenaan dapat menebus dan membaik pulih keadaan kanak-kanak tersebut?

*anda juga boleh memberi pendapat sejauh manakah anda meyokong atau tidak menyokong hukuman mati ke atas pesalah.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  PnLeela Sun Oct 19, 2008 4:56 pm

Memang hukuman mandatori gantung sampai mati harus dikenakan kepada semua perogol. Ini akan menjadi satu langkah membendung jenayah rogol yang memberi trauma sepanjang hidup mangsa. Namun demikian, kita juga tidak dapat nafikan bahawa, tertuduh yang tidak berperikemanusiaan itu dan bersikap seperti binatang itu harus mati dalam 2 minit/ 3 minit tanpa berasa sakit. Hukuman penjara seumur hidup adalah lebih menyeksakan, keran setiap hari dia akan menderita dan insat dengan tindakanya yang terkutuk. Ini pandangan saya sahaja.

Sila teruskan perbincangan anda dan dalam memberi pandangan, taida yang salah atau betul...cuma disokong dengan hujah-hujah yang logik.

Selamat berforum Very Happy

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  KeeSengU6F Fri Oct 24, 2008 6:48 pm

Saya tidak setuju dengan pendapat wei shi yang begitu naif itu. Adakah kamu juga terlibat dalam kes itu? Kenapa pendapat kamu macam sedang memihakkan perogol itu sahaja? Adakah kamu perogol yang terlepas itu? Kalau perogol yang telah mengaku bersalah itu terlepas hukuman mati, jadi yang terlepas tangkapan itu harus DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI atau DITEMBAK MATI. Pelajar wei shi yang saya sayangi, sebagai rakan sekelas anda, saya berikhlas menasihati kamu sila menyerah diri secepat mungkin. Kalau tidak, keselamatan ketua tingkatan kita akan diancamkan....

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  SenHan_U6F Fri Oct 24, 2008 7:11 pm

Pelajar CHEW WEI SHI yang disanjungi, saya berasa amat hampa apabila kamu berasa bahawa hukuman yang dikenakan kepada perogol setimpal dengan apa yang telah dibuatnya.Adakah kamu pernah fikir tentang perasaan keluarga mangsa dan adakah kamu pernah fikir tentang jika ahli keluarga adalah mangsa tersebut apakah perasaan kamu?

Kanak-kanak yang berusia cuma 10 tahun belum dapat merasai segalanya di bumi dan dia dibunuh kejam dan sekarang perogolnya HANYA PENJARA 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan ?Keadaan ini mungkin akan menjadi lebih teruk kerana hukumannya dianggap ringan dan mungkin akan ada lebih banyak lagi kes sebegini akan berlaku masa kelak.

Saya tidak berharap mangsa yang seterusnya adalah CHEW WEi SHI atau keluarga kamu...Binatang macam ini harus digantung sampai mati...Saya juga harap Pelajar CHEW WEI SHI yang disanjungi tidak akan menjadi perogol yang seterusnya jika ia berlaku,saya akan pasti kamu digantung sampai mati.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  szejiengoo (U6F) Fri Oct 24, 2008 8:07 pm

SenHan_L6F wrote:Keadaan ini mungkin akan menjadi lebih teruk kerana hukumannya dianggap ringan dan mungkin akan ada lebih banyak lagi kes sebegini akan berlaku masa kelak.

Saya setuju dengan pernyataan ini. Kes perogol terlepas hukuman mati mungkin akan menyebabkan orang lain memandang ringan terhadap kesalahan merogol dan membunuh.
Jika hukuman penjara seumur hidup dikira hukuman yang lebih berat dan 'kejam' daripada hukuman mati, adakah pesalah akan merasai sebegitu?
Dengan hukuman penjara, pesalah akan layak memohon ampun kan?
Mungkin perspektif setiap orang berbeza. Jadi, bagaimanakah kita akan tahu bahawa pesalah berkenaan akan insaf?

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  leechoonyuan(L6f) Sun Oct 26, 2008 7:24 pm

Saya berpendapat bahawa hukuman gantung sampai mati tidak harus dikenakan kepada perogol.Kita harus memberikan hukuman yang setimpal seperti sebatan kepada mereka yang tidak dapat mengawal diri dan merogol.Kita tidak berhak mengambil nyawa seseorang dengan begitu mudah sahaja malah kita harus memberi mereka peluang untuk insaf kerana mereka juga boleh menjadi orang yang berguna pada masa depan.Kita tidak patut mengenakan hukuman sebegitu kepada perogol tanpa memberi peluang kepada mereka untuk insaf.Para pelajar dan guru sila berfikir dengan teliti,mereka mungkin hanya tidak dapat mengawal nafsu mereka pada masa itu barulah mereka melakukan kesalahan tersebut.Kesimpulannya.hukuman gantung sampai mati tidak harus dikenakan sewenang-wenangnya dan harus dikenakan dengan wajar.

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  KeeSengU6F Mon Oct 27, 2008 6:37 pm

Saya tidak setuju dengan pernyataan pelajar choon yuen, kalau peluang diberikan kepada para perogol yang telah melakukan kesalahan sebegitu, jadi siapa yang harus memberi peluang kepada mangsa-mangsa yang terlibat? Hukuman mati bukan sahaja untuk menghukum perogol yang bersalah, ia juga berperanan sebagai satu amaran kepada masyarakat dan mengawal tindak laku kita supaya alasan seperti kegagalan mengawal nafsu kita tidak dapat diterima lagi. Kita perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan, kalau kita melakukan sesuatu kesalahan, hukuman harus dikenakan berdasarkan kesalahan kita. Tiada kemaafan diberikan, inilah dikatakan Undang-undang Malaysia.

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  WeiShi_L6F Tue Oct 28, 2008 1:08 pm

Mula-mulanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang
begitu tertarik dengan pendapat saya dan telah bersusah payah untuk berfikir keluar
"sesuatu " untuk mengkritik saya.
SAYA HANYA BOLEH BERCAKAP :
"ITU FITNAH!"

Kepada sze jie:
Perogol tidak patut dihukum mati untuk apa-apa jua kes.Budak
berumur 10 tahun itu patut diberi kepada SEN HAN.Dia hanya boleh menyalahkan nasib
tidak baik dia.Keadaan mental dia hanya boleh dipulihkan dengan usaha sendiri.
Secara umumnya, saya tidak setuju hukuman mati.

Kepada pn leela:
Saya sokong hukuman yang menyeksa badan perogol.

Kepada keeseng:
Saya tak akan menyerahkan diri kepada polis sebelum melakukan beberapa kes
lagi dan membxnuh kamu yang membongkar rahsia saya.

Kepada sen hang yang paling saya sanjungi:
Adakah kamu akan memilih untuk merogol dan membunuh hanya kerana hukuman mati
tidak akan dikenakan kepada kamu?
Pembunuh atau perogol itu sendiri tidak akan menimbang akibat kelakuan dia semasa
dia melakukan jenayah.Hanya dengan mengenakan hukuman yang menyeksakan
boleh memastikan perogol itu berasa menyesal dengan kelakuannya.Pada masa yang
sama,ia juga mungkin boleh merawati hati orang keluarganya.
Saya juga harap bahawa sen hang dan keluarga kamu "bukan" mangsa rogol yang
seterusnya, tapi kalau betul-betul berlaku saya akan pasti perogol itu dilayan dengan
"baik".

Kepada choon yuen,
Jangan asyik menolak semua tanggungjawab kepada nafsu kerana hanya mereka
yang bukan manusia tidak dapat mengawal nafsu mereka,saya tidak bercakap
bahawa mereka tidak patut disalahkan ,sebaliknya mereka patut
dipinggirkan dan tidak diberi peluang langsung , kekejaman hukuman mandatori
tidak mencukupi untuk raksaksa seperti mereka.


Akhir kata, saya menanti pembalasan yang menarik daripada kamu semua.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  SenHan_U6F Tue Oct 28, 2008 6:31 pm

Haiz, sekali dah sekali saya nasihati kepada CHEW WEI SHI yang bijaksana,tolonglah jangan tulis nama saya dengan salah nama saya SEN HAN.

Pertama sekali untuk Choon Yuan ,adakah kamu setelah keluar dari penjara boleh ada masa depan yang cerah?Kamu cubalah dan tengok apa yang akan jadi.Jika nafsu seseorang susah dikawal macam ini orang lain juga akan jadi perogol.Nyawa perogol perlu disimpati tetapi macam mana dengan magsa yang bunuh?Mangsa hanya berumur 10 sahaja,adakah dia ada pilihan lain?

Kemudian giliran Pelajar WEI SHI YAng Bijaksana,menyeksa dan menyeksa mengapakah pesalah lain akan mengulang kesalah dan seksa 20 tahun cukup untuk perogol itu? Seksa atau apa?Ini tidak mencukupi untuk memberi amaran kepada orang lain untuk membuat kesalahan tersebut.Gantung sampai mati adalah paling baik.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Hukuman Perogol

Post  Ultima Lucifer Thu Oct 30, 2008 6:32 am

Wow wow wow~~ slow down you guys... what's the point of criticizing each other? we're just debating right? hehe~~ Ignore if you find me nosy...

Pertama sekali.... hukuman ke atas perogol Nurul Huda... 20 tahun penjara, 24 sebatan... hampir setimpal.... kalau boleh... saya berharap sebatan boleh diperbanyakkan lagi... mungkin 50? harus difahamkan bahawa sebatan 24 kali bahagi dengan 20 tahun... jadi sebatan untuk setahun.... sekali sahaja...... murah ya...

tetapi menurut perlembagaan persekutuan... penjenayah umur 50 ke atas... tidak boleh disebat.. Saya rasa ini memang tidak wajar diperuntukkan dan dipatuhi. sebatan harus diselaraskan dengan tahap "sejauh manakah keberatan sesuatu kes tersebut"
mungkin peruntukan tersebut memang perlu dipinda?

Kalau saya salah dalam sebarang ucapan dan hantaran... minta maaf, cikgu, tolong betulkan salah naif saya ini... dan kawan-kawan sekalian sila beri tunjuk ajar...
tetapi dalam kes Nurul ini... saya berasa kalau penjenayah tersebut hanya dipenjarakan 20 tahun tanpa sebarang sebatan..... adalah lebih baik jika "BELIAU" dijatuhkan hukuman mati...... (tidak melalui kerusi elektrik tentunya)

ps....: Kalau saya bagi saya.... saya jatuhkan hukuman sula... haha (joking)
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  szejiengoo (U6F) Sat Nov 01, 2008 5:31 pm

saudara ultima lucifer dari tingkatan enam bawah juga?
terima kasih kerana memberikan balasan untuk topik ini!

Negara ini negara demokrasi.. Tetapi, kadang kala, kebebasan bersuara pun ada hadnya..jadi, apabila membalas topik ini, sila menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan tidak terlampau. kerjasama saudara di sini amatlah dihargai.
Yang penting, apabila kita menerusi proses pembelajaran, kita perlu mempunyai sikap saling menghormati pendapat masing-masing.
Justeru, bolehlah proses pembelajaran melalui forum akan lebih produktif! albino

Sambungan pembalasan topik...
Dengan terbatalnya hukuman mati ini, adakah ini akan menyebabkan penjenayah lain memandang ringan terhadap keputusan mahkamah negara?

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  Ultima Lucifer Sun Nov 02, 2008 6:25 am

Terima kasih saudara szejiengoo atas komen anda tentang kesilapan abang. Memang menjadi kebiasaan abang untuk bermain-main dengan perkataan.. abang minta maaf ya.
Tapi bolehkah adik kemukakan perenggan yang abang terlanjur kata?

Sebagai balasan topik... saya juga berpendapat bahawa keputusan mahkamah akan dipandang ringan dan seperti yang anda katakan... walaupun negara ini demokrasi, rakyat akan menyalahgunakan hak kebebasan mereka untuk melakukan apa sahaja..
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  KeeSengU6F Sun Nov 02, 2008 9:01 am

Betul cakap sze jie yang begitu rasional, sesama kawan dan rakan sekelas, kita perlu bersikap toleransi dan tidak harus minyinggungkan perasaan rakan kita. Perbuatan dan kelakuan pelajar WEI SHI yang berketidakmanusiaan ini telah merosakkan suasana aman pada perbincangan ini. Jadi, saya ingin menasihati pelajar WEI SHI memperhentikan segala kritikan yang tidak diperlukan. bluek~~~ tongue

Kalau kita lihat dari segi kemanusiaan, hukuman gantung sampai mati juah lebih berkemanusiaan berbanding dengan hukuman seksa seperti merotan. Perogol terlibat itu telah berusia dan tua, kemungkinan besar dia tidak dapat menerima seksaan yang kejam begitu dan akan menyebabkan kematian padanya. Penambahan kalian merotan pada perogol itu tidak harus dikenakan. HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI dengan HUKUMAN SEKSA SAMPAI MATI, saya akan menyokong hukuman gantung sampai mati. Inilah maksudnya kemanusiaan. Faham? Budak WEI SHI. Laughing

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  WeiShi_L6F Sun Nov 02, 2008 9:32 am

Nah tengoklah sendiri abang zhe ming.
Adakah pandangan yang luar biasa bersalah?
Saya hanya mempunyai pendapat yang tersendiri dan telah diserang oleh banyak orang(kawan sedarjah pula).
By the way, abang zhe ming kamu memang ada style sendiri, percakapan kamu cool sangat.
But sze jie kita don't know how to nikmati it.
Forum ini bukan untuk belajar , i post kerana saya want debat nonsense
Walau bagaimanapun, saya harap abang zhe ming continue your beatifully decorated words.
Moreover, be creative and productive.

Ki seng kiseng bila kamu akan sedar bahawa hukuman terhadap jenayah tak perlu kemanusiaan.Perogol tak akan
bercakap moral dengan mangsa dia.

Dengan terbatalnya hukuman mati ini, adakah ini akan menyebabkan penjenayah lain memandang ringan terhadap keputusan mahkamah negara?

Of course tak akanlah.Kamu fikir penjenayah akan merujuk kepada hukuman yang pernah dikenakan ke atas orang lain sebelum buat jahat meh?
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  PnLeela Mon Nov 03, 2008 10:20 am

Hi kelas,

Saya tertarik dengan pertukaran idea anda semua disini. Ingat selain berkongsi maklumat dan memberi kritikan MEMBINA Cool , pastikan kemesraaan terjalina dalam kalangan kamu. Pembelajaran memang menjadi seronok sekiranya ada kebebasan "bersuara" ( menaip pendapat dan papar untuk tatapan umum). Tetapi weishi....no "debat nonsesne".....ini tidak dibenarkan.

Harap maklum Smile

Teruskan usaha anda secara konstruktif...peer group teaching( bimbingan rakan sebaya)

Very Happy Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  Ultima Lucifer Mon Nov 03, 2008 2:14 pm

haha ^^..... this is so cute~~~

Sebagai pambalasan topik.. saya beranggapan bahawa semua saudara dan saudari sekalian di sini mempunyai pendapat, logik, serta huraian yang tersendiri... tetapi saya tetap beranggapan bahawa hukuman harus diberatkan lagi untuk mengekalkan status mahkamah serta menyelaraskan keberatan kes dengan hukuman...

Jika tidak, (atau bimbang akan penyeksaan tubuh badan seorang yang telah berumur dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan/"barbarian"...) lebih baik hukuman gantung dijalankan tanpa memberi peluang(mangsa rogol pun tidak diberi peluang semasa dirogol, kan?) Mad
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati Empty Re: Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum