PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Permintaan tinggi bukan punca pelarasan harga gula

2 posters

Go down

Permintaan tinggi bukan punca pelarasan harga gula Empty Permintaan tinggi bukan punca pelarasan harga gula

Post  Tan Ke Rou U6B Sat May 21, 2011 7:56 am

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam menafikan pelarasan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram pada 10 Mei lalu, dibuat kerana permintaan yang semakin tinggi berikutan Ramadan.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata keputusan terbabit dibuat berdasarkan kajian yang dibuat pihaknya pada setiap enam bulan sekali dan ia langsung tidak membabitkan dengan sebarang musim perayaan.
“Sebenarnya, kenaikan harga gula ini langsung tidak dipengaruhi musim perayaan. Lagipun kenaikan harga gula masih pada tahap yang rendah iaitu sebanyak 20 sen saja, malah ia juga hanya akan memberi kesan yang kecil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen ‘Go Green - Smiley’, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Dagangan Carrefour Malaysia, Karan Khurana dan Pengarah Penjagaan Rumah dan Diri, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Ainul Yakin.

Tan berkata, kementeriannya juga akan turut memantau kegiatan segelintir pihaktidak bertanggungjawab yang dilaporkan sudah menaikkan harga makanan dan minuman pada harga yang tidak munasabah dengan menggunakan alasan kenaikan gula ini.

“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan menaikkan harga barangan mereka. Kementerian akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi menghukum mana-mana pihak yang ingkar terhadap arahan kementerian untuk tidak menaikkan harga barang.

“Kementerian juga menggesa semua pengguna supaya melaporkan terus kepada kementerian sekiranya ada peniaga menaikkan harga barang dengan terlalu tinggi. Aduan mereka itu mestilah lengkap iaitu mempunyai alamat peniaga, resit belian dan bukti lain yang relevan supaya KPDNKK akan dapat mengambil tindakan kelak,” katanya.


Pada pendapat saya, jika kita pandang isu ini dari segi positif, kenaikan harga gula mungkin dapat mendorong rakyat mengurangkan pengambilan gula supaya dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan pelbagai penyakit-penyakit yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan.

Tan Ke Rou U6B

Posts : 6
Join date : 2011-05-21

Back to top Go down

Permintaan tinggi bukan punca pelarasan harga gula Empty Re: Permintaan tinggi bukan punca pelarasan harga gula

Post  Ying Ying (L6B) Fri Jul 01, 2011 5:06 pm

Saya tidak setuju dengan pendapat Ke Rou. Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g. Keadaan ini telah mengakibatkan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga gula hanya dapat mengurangkan sebahagian daripada rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan kerana ingin mengurangkan perbelanjaan seharian. Walaubagaimanapun, penjaja di luar semestinya menggunakan kuantiti gula yang sama dan mencajkan bayaran yang lebih di atas diri pelanggan. Tambahan pula, tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang suka makanan manis sememangnya tidak akan diubah dengan begitu sahaja, kita tetap akan mengambil gula walaupun kenaikan harga gula.

Ying Ying (L6B)

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum