PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga petrol, gula munasabah

Go down

Harga petrol, gula munasabah Empty Harga petrol, gula munasabah

Post  ypeng(U6A/10) Sat Jul 17, 2010 2:18 pm

SETIU 16 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan harian termasuk gula dan petrol yang diumumkan kerajaan semalam sebagai tidak terlalu membebankan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga barangan berkenaan masih tidak tinggi dan berada pada tahap sederhana berbanding negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

Katanya, keputusan pelarasan tersebut tidak membebankan dan menjejaskan kehidupan rakyat kerana masih banyak lagi barangan dan perkhidmatan yang diberi subsidi oleh kerajaan.

"Kadar kenaikan yang berlaku agak kecil dan sebahagian besar kos barangan berkenaan masih ditanggung oleh kerajaan.

"Sebagai contoh, kenaikan harga 25 sen untuk satu kilogram gula tetapi kerajaan masih menanggung lebih 70 sen subsidi untuk bahan tersebut," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Kampung Saujana di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan menanggung subsidi yang amat besar setiap tahun iaitu sebanyak RM32 bilion dalam pelbagai sektor, sedangkan ada negara pengeluar minyak sendiri tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyatnya seperti di negara ini.

Beliau menegaskan, rakyat juga akan terus menikmati subsidi dalam dua bidang yang begitu penting iaitu pendidikan dan kesihatan kerana ia tidak terlibat dalam pelarasan subsidi kerajaan.

"Sebagai Menteri Pelajaran, saya seronok kerana bidang pendidikan tidak terjejas dan kekal seperti biasa. Pendidikan boleh dikatakan percuma kerana kita tidak perlu bayar kos persekolahan dan hanya bayar sedikit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan termasuk makanan dan buku teks yang sudah tentu akan ditanggung oleh rakyat jika kerajaan tidak menyediakan subsidi," ujarnya.

Bagi bidang kesihatan pula, katanya, kadar bayaran di hospital kerajaan masih kekal seperti biasa iaitu RM1.

"Jika hendak bayar kos ubat dan doktor di klinik swasta atau pakar, kosnya lima hingga enam kali ganda lebih tinggi tapi bila pergi hospital kerajaan, bukan tidak ada bayaran tapi bayaran nominal," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, subsidi yang diberikan oleh kerajaan masih tinggi berbanding cadangan yang dikemukakan selepas menerima maklum balas pelbagai pihak.

"Mungkin ada pihak tidak faham dan akan kata ia (pelarasan subsidi ini) membebankan rakyat. Kenyataan ini saya tidak tolak, kerana apa yang kita tidak bayar sebelum ini dan kemudiannya dikenakan bayaran, memang membebankan," katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum