PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia guna nuklear 2023

+4
wonderfoo_99
szejiengoo (U6F)
SenHan_U6F
WeiShi_L6F
8 posters

Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Malaysia guna nuklear 2023

Post  WeiShi_L6F Sat Sep 20, 2008 9:24 am

Malaysia guna nuklear 2023

Oleh Ainol Amriz Ismail



SHAZIMAN ABU MANSOR

--------------------------------------------------------------------------------



TAMPIN 19 Sept. - Malaysia dijangka menjadikan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga bagi penjanaan elektrik pada 2023.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, negara tiada pilihan ketika itu kerana bekalan gas asli dan arang batu akan kehabisan.

Sehubungan itu beliau akan membentangkan kepada Kabinet bulan depan tentang mengapa negara perlu bergantung kepada tenaga nuklear serta keistimewaannya.

''Kita perlu memulakannya sekarang kerana tidak munasabah untuk kita menyatakan akan beralih kepada tenaga nuklear dalam masa beberapa bulan sambil berharap segalanya akan terhidang pada ketika itu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Gemencheh dekat sini malam tadi.

Menurut beliau, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyediakan satu kertas kerja mengenainya sebelum ini disebabkan kenaikan mendadak harga minyak dan arang batu di pasaran.

Shaziman menjelaskan, Jawatankuasa Perancangan Nuklear juga akan ditubuhkan bagi memastikan rancangan menggunakan tenaga nuklear itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu juga berperanan mengubah tanggapan negatif orang ramai tentang penggunaan tenaga nuklear di samping memastikan negara tidak menghadapi masalah dengan masyarakat antarabangsa.

Katanya, ia juga bertanggungjawab menyediakan rangka kerja undang-undang tentang penggunaan tenaga nuklear selaras dengan undang-undang tenaga sedia ada.

Ditanya sama ada negara ini mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk mengendalikan tenaga nuklear, Shaziman menjelaskan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mula menghantar pegawainya ke Korea Selatan untuk menerima pendedahan.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  SenHan_U6F Sat Sep 20, 2008 7:35 pm

Saya tidak bersetuju bahawa nuklear tidak harus digunakan di Malaysia pada tahun 2023.Saya berasa tenaga alternative seperti air , minyak kelapa sawit dan lain-lain mungkian akan lebih berkesan berbanding dengan nuklear.Tambahan pula kos untuk membina nuklear adalah sangat tinggi.Pakar-pakar dalam bidang itu tidak mencukupi.Ia juga mempunyai banyak kesan negative.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Malaysia guna nuklear 2023

Post  WeiShi_L6F Sat Sep 27, 2008 10:16 am

Sen han..sen han... semoga kamu ada tengok reply ini. Mungkin kamu tidak tahu bahawa keistimewaan yang terdapat dalam tenaga nuklear.Tenaga penting kepada kita:
KESAN KEBAIKAN TENAGA NUKLEAR
Sebagai Sumber Tenaga Penting Untuk Perindustrian

Tenaga Nuklear adalah sumber tenaga yang penting untuk negara-negara perindustrian moden terutamanya negara-negara yang kekurangan sumber-sumber semula jadi seperti arang kayu dan minyak.
Penting Dalam Menjanakan Tenaga Elektrik
Hal ini demikian kerana tenaga nuklear membebaskan tenaga yang banyak.
Penting Kepada Operasi Kapal Selam
Hal ini demikian kerana kapal selam beroperasi di bawah laut untuk masa yang lama.
Penting Dalam Operasi Kapal Angkasa
Penting sebagai Unit Pemanasan Radioisotop dan berfungsi untuk memanaskan bahagian-bahagian tertentu dalam alat-alat kapal angkasa supaya ia dapat berfungsi pada suhu yang rendah walaupun berada di kapal angkasa yang bersuhu rendah.

Selain, saya akan terangkan proses penghasilan nuklear
Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.
Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik.

SAYA HARAP SEN HAN AKAN LEBIH MEMAHAMI NUKLEAR DAN TIADA ADA ANGGAPAN TERHADAPNYA LAGI SELAPAS INI.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  szejiengoo (U6F) Sun Sep 28, 2008 4:57 pm

Saya pula berpendapat bahawa Malaysia belum lagi bersedia untuk menggunakan tenaga nuklear. Sebabnya ialah Malaysia masih tidak mempunyai kemahiran penuh untuk mengendalikan sumber baru ini. Jika Malaysia hendak memulakan penggunaan tenaga nuklear pada masa ini, kemahiran perlu diimport dari negara asing. Pakar-pakar penyelidik perlu dijemput ke Malaysia untuk membuat kajian dan ini akan memakan bajet negara. Tenaga nuklear juga akan mendatangkan kesan yang amat buruk jika kemalangan berlaku ekoran kemahiran yang tidak mencukupi.
Namun, saya berharap Malaysia akan menggalakkan lebih banyak mahasiswa untuk mendalami bidang nuklear supaya Malaysia akan mencapai kejayaan dalam teknologi nuklear pada masa depan dengan usaha sendiri dan bukannya dengan bantuan negara asing.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  SenHan_U6F Sun Sep 28, 2008 5:13 pm

Abang Wei Shi yang dihormati, adakah kita pernah memikir tentang kesan negatif tentang pembinaan loji nuklear. Namanya untuk pembangunan negara.Tengoklah pembangunan dunia telah menyebabkan pemanasan global dunia kita dan barulah faham kesan- kesannya. Kita juga harus memandang lebih jauh dari sekarang ,mungkin cucu-cicit kamu dapat kesan radioaktif dan pemubahan genetik dalam sel-sel mereka akibat penggunaan nuklear untuk menjanakan" Tenaga Elektrik, Operasi Kapal Selam,Operasi Kapal Angkasa dan lain-lain."

Selain itu , betulkan kita tiada sumber alternative lain selain nuklear?Betulkah bahan radioaktif dibedil(tembak) selamat?Adakah Pelajar WEI SHI yang dihormati betul-betul ada membuat kajian tentang topik ini?

Adakah sikap negara terhadap adanya usaha pihak yang memiliki bahan nuklear yang cuba membuang sisa bahan nuklear itu dilaut antarabangsa
yang kesannya boleh mengancam makhluk bernyawa di sekitar kawasan
pembuangan itu?

Kamu tahu selepas loji atau kilang memproses di satu tempat ,di sana lah tanah tidak dapat diguna lagi dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat dilahir di sana setelah pembinaan nuklear.Kawasan yang besar diperlukan untuk loji nuklear dan banyak alam sekitar akan dimusnah.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  wonderfoo_99 Tue Sep 30, 2008 11:23 am

tenaga nuklear adalah sangant bahaya. Oleh itu, kerajaan harus merancang dengan baik sebelum melaksanakan. selain itu, kos merupakan satu masalah yang besar yang harus ditimbangkan. Akhirnya, tenaga suria, biomas boleh mengantikan petrol.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  szejiengoo (U6F) Fri Oct 03, 2008 6:56 pm

Saya bersetuju dengan wonderfoo.

Kerajaan boleh menumpukan lebih perhatian terhadap sumber alternatif yang boleh didapati di negara kita. Contohnya minyak kelapa sawit.
Jikalau kita bercita-cita, halangan pasti akan dapat dirintangi. Pihak penyelidik dan pembangunan (R&D) haruslah giat berusaha supaya minyak kelapa sawit yang banyak didapati di Malaysia dapat dijadikan sumber alternatif yang dapat menggantikan petroleum dan gas asli yang kian berkurangan.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Malaysia guna nuklear 2023

Post  WeiShi_L6F Sat Oct 04, 2008 9:20 am

Memang tidak boleh dinafikan bahawa pengguanaan nuklear juga ada banyak kesan sampingannya. Tetapi, seperti yang dikatakan oleh sze jie,"Jikalau kita bercita-cita, halangan pasti akan dapat dirintangi.", dengan penyelidikan yang teliti dan mendalam, saya yakin bahawa kesan negatif nuklear akan menjadi minimum.

Merujuk kepada soalan yang ditujui oleh sen han kepada saya, saya akan menjawabnya satu persatu.

1)betulkan kita tiada sumber alternative lain selain nuklear?
-bukan tiada tapi tak sebaik nuklear(kebaikan nuklear merujuk ke atas)

2)Betulkah bahan radioaktif dibedil(tembak) selamat?
-Jawapan itu ada kat maklumat di atas iaitu"Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku." Sila baca betul-betul sebelum reply!

3)Adakah Pelajar WEI SHI yang dihormati betul-betul ada membuat kajian tentang topik ini?
-FEI HUA!!And then GAN!!Of course LAH!Kamu fikir saya hanya copy and paste meh.

4)Adakah sikap negara terhadap adanya usaha pihak yang memiliki bahan nuklear yang cuba membuang sisa bahan nuklear itu dilaut antarabangsa yang kesannya boleh mengancam makhluk bernyawa di sekitar kawasan
pembuangan itu?
-Mengenai soalan ini , oleh sebab saya sebenarnya bukan "negara", saya hanya boleh bagi pendapat saya iaitu pengawasan yang ketat dan hukuman berat terhadap yang terlibat.

5)tanah tidak dapat diguna lagi dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat dilahir di sana setelah pembinaan nuklear
-Malaysia ada banyak tanah yang belum diterokai dan......Kalau benar-benar tak cukup ,kita pergi bulan tongue

Kesimpulannya, tiada sumber tenaga baik daripada nuklear dan nuklearlah masa depan kita.

Twisted Evil
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  weichian_89 Sun Oct 05, 2008 12:18 pm

nampaknya banyak rakan tidak beberapa setuju dengan penggunaan nuklear ini oleh malaysia.tidak dapat dinafikan penggunaan nuklear mendatangkan banyak faedah dan menunjukkan kemampuan dan kemajuan sesebuah negara.tetapi kesan negatif akibat penggunaan nuklear memang dahsyat...oleh itu,saya juga tidak beberapa setuju dengan penggunaan nuklear ini. Smile
saya tidak setuju tentang pandangan ini dari wei shi...
WeiShi_L6F wrote:
5)tanah tidak dapat diguna lagi dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat dilahir di sana setelah pembinaan nuklear
-Malaysia ada banyak tanah yang belum diterokai dan......Kalau benar-benar tak cukup ,kita pergi bulan
hutan merupakan khazanah yang paling penting di bumi ini,(rasanya rakan kalian pun tahu kepentingan hutan jadi tak payahlah saya huraikan di sini...haha...) jika kita sanggup menerokai hutan untuk pembinaan stesen nuklear memang bazir...adakah kalian setuju?

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  Nicky_L6F Sun Oct 05, 2008 3:32 pm

Saya berpendapat bahawa menggunakan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik mempunyai dua keburukan utama. Pertama, menjana elektrik dengan nuklear memang mengurangkan pencemaran udara kerana tiada pelepasan gas rumah hijau, tetapi cara ini menghasilkan sisa buangan nuklear yang sangat bertoksik. Sisa tersebut sangat susah untuk diuruskan dan proses pembuangannya sangat mahal. Jikalau berlakunya kesilapan dalam proses pembuangan, pencemaran alam sekitar yang teruk akan berlaku. Keburukan keduanya ialah bahan nuklear yang mahal. Malaysia tidak mempunyai sumber bahan nuklear sendirinya, jadi perlu mengimpotnya daripada negara lain dan ini memerlukan pembelanjaan yang tinggi.

Akan tetapi, saya tidak bersetuju sepenuhnya Malaysia tidak harus menggunakan tenaga nuklear, kerana sebelum tahun 2023, dalam 15 tahun dai antara, teknologi akan banyak berkembang. Mungkin pada tahun 2023, teknologi untuk menguruskan sisa nuklear dengan mudah dan murah sudah diwujudkan. Penggunaan tenaga nuklear mungkin sudah menjadi biasa dan umum di dunia, peningkatan kehendak pasaran akan menurunkan harga bahan nuklear.

Walau bagaimanapun, teknologi baru yang lain untuk menjana elektrik mungkin dicipta dan tenaga nuklear tidak praktikal untuk digunakan. Saya tidak bersetuju atau membantah terhadap teknologi nuklear, kerana kita tidak dapat menduga apa perubahan yang berlaku sebelum tahun 2023. Sehingga itu, saya bersikap neutral.

Nicky_L6F

Posts : 1
Join date : 2008-10-05
Age : 33
Location : Taman Setapak

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  kevin_L6F Thu Oct 09, 2008 2:19 pm

Hebatnya bahasa yang digunakan pelajar Wei Shi.Sungguh indah seni bahasanya, tersusun rapi penuh bererti..membuatkan saya amat sangat terkejut kuat(dan sedikit trauma) kali pertama saya login.

Pada masa ini, apakah Malaysia ada keperluan untuk beralih kepada penggunaan tenaga nuklear sebagai alternatif untuk menjana tenaga elektrik?

Saya rasa perlu atau tidak, tenaga nuklear akan digunakan juga oleh kerajaan Malaysia pada masa akan datang, disebabkan dua faktor utama iaitu harga minyak yang tidak menentu dan pelepasan gas rumah hijau untuk memulihara alam sekitar yang baik.

Berdasarkan kepada kedua-dua faktor itu, negara memerlukan sumber tenaga alternatif kerana simpanan minyak dan gas kita hampir habis mungkin kurang dari tempoh 15 tahun sahaja dan kita juga banyak menggunakan gas dan minyak untuk sektor pengangkutan. Jadi kita perlu cari sumber tenaga alternatif baru. Walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas, tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro, tetapi tenaga nuklear dilihat sebagai alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra alam. Ketika ini lebih 80 peratus tenaga elektrik negara dijana menggunakan gas dan selebihnya menggunakan arang batu, minyak dan hidro.

Adalah tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi menghasilkan produk-produk nilai ditambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar kepada negara. Malah, penggunaan sumber minyak secara intensif akan menyebabkan sumber itu akan cepat habis dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang.



Sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear pada masa depan, kita boleh juga menghasilkan tenaga hidrogen untuk kegunaan sektor pengangkutan dan tenaga ini dijangka menguasai pasaran menjelang tahun 2040.

Dari segi kos, kosnya lebih kurang sama dengan loji tenaga kuasa yang lain tetapi ia mungkin lebih tinggi pada awal fasa kira-kira RM1 bilion dan untuk jangka panjang pula kosnya berkurangan. Namun demikian, kita boleh jimat kos operasi sebanyak 25 peratus dengan menggunakan tenaga nuklear berbanding gas dan minyak. Selain itu, kos penyenggaraannya juga agak minimum.

Selain itu, jumlah bahan mentah yang diperlukan bagi sesebuah loji jana kuasa nuklear adalah sangat sedikit berbanding dengan loji jana kuasa lain seperti minyak. Menurut kajian sesebuah loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium. Bagi kapasiti yang sama untuk loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan, manakala bagi loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.

Ya, saya tahu kesan buruk memang tidak boleh dinafikan, sepert: pelupusan sisa nuklear, keselamatan reaktor nuklear dan isu perlumbaan senjata nuklear. Teknologi yang kian bertambah canggih akan membantu dalam hal menangani proses pelupusan sisa nuklear untuk memastikan ia tidak membahayakan alam sekitar dan mengancam keselamatan manusia. Begitu juga dengan isu keselamatan, saya yakin dengan teknologi kini tahap keselamatan reaktor nuklear akan terjamin. Contohnya: Bangunan konkrit yang diperteguhkan dengan keluli untuk mencegah debu-debu radioaktif bebas ke atmosfera.

Berkaitan dengan keupayaan dan kepakaran untuk membina loji, kita juga masih perlu import dari luar meskipun kita mempunyai keupayaan. Begitu juga dengan komponen-komponen termasuk juga bahan mentahnya yang mana kita tidak ada kapasiti untuk menghasilkannya sendiri dan kita perlu membelinya dari luar.

Semoga kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan semua aspek penggunaan tenaga nuklaer dengan teliti dan mengambil kira pandangan rakyat dalam perkara tersebut apabila membuat apa-apa keputusan dan diharapkan Malaysia dapat memanfaatkan kebaikan tenaga nuklear dengan maksimum pada masa akan datang.

kevin_L6F

Posts : 8
Join date : 2008-05-19
Location : Batu Caves

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  PnLeela Thu Oct 09, 2008 6:46 pm

Very Happy Hi kelas

Saya amat tertarik dengan perbincangan dalam bahagian ini tentang penggunaan nuklear. Inilah yang saya harapkan dari kamu semua syabas kerana memberi pendapat dan berkongsi maklumat. pelajar-pelajar enam atas juga seronok dengan topik ini.

teruskan paparan minda anda
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Malaysia guna nuklear 2023 Empty Re: Malaysia guna nuklear 2023

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum