PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tingkat pengawalan nuklear - Najib

Go down

Tingkat pengawalan nuklear - Najib Empty Tingkat pengawalan nuklear - Najib

Post  ong poh lee U6B Thu Apr 15, 2010 11:47 am

WASHINGTON 14 April - Malaysia mencadangkan satu konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai keselamatan nuklear bagi meningkatkan mandat penguatkuasaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung keselamatan nuklear sejagat.

Sambil menggesa Setiausaha Agung PBB mengkaji perkara tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan langkah itu selaras dengan wawasan menjadikan dunia bebas senjata nuklear ketika ancaman keganasan nuklear telah menjadi sesuatu yang nyata.

''Bidang tugas dan peranan IAEA perlu lebih menyeluruh dari segi keselamatan nuklear dan ia memerlukan asas perundangan, dana dan bantuan teknikal," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini. Malaysia adalah pengerusi Lembaga Pentadbir IAEA.

Najib memberitahu gesaan itu dinyatakannya semasa mengambil bahagian pada hari kedua Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang berakhir di sini semalam.

Langkah tersebut akan membolehkan badan multilateral tersebut memiliki mandat sah dari segi perundangan dalam memupuk dan memastikan keselamatan nuklear secara universal kerana terma rujukan bidang tugas IAEA sekarang hanya mengenai 'keselamatan nuklear', bukannya 'jaminan kawal selia keselamatan nuklear'.

Negara-negara peserta sidang, katanya, telah menyatakan persetujuan untuk menambah dana IAEA supaya ia dapat memainkan peranan lebih berkesan dari segi bantuan teknikal dan perakuan pengesahan.

Di hadapan 46 pemimpin dunia pada sidang itu termasuk Presiden Barack Obama, Perdana Menteri menegaskan: ''Malaysia menyokong penuh apa juga inisiatif ke arah menjayakan wawasan dunia bebas senjata nuklear walaupun menyedari cabaran-cabaran besar perlu dihadapi."

''Ancaman keganasan nuklear pula adalah sesuatu yang nyata," kata beliau sambil mengulangi peringatan bahawa dalam menangani ancaman keganasan nuklear, tumpuan perlu diberikan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca yang mendasari dan menyebabkan wujud keganasan tersebut.

"Sehubungan itu, kami juga percaya bahawa menggerakkan proses perdamaian di Timur Tengah dan menguruskan negara-negara yang gagal adalah mustahak," katanya.

Perdana Menteri turut menghuraikan di hadapan para peserta sidang itu bahawa Malaysia sekalipun tidak mempunyai bahan nuklear berbahaya, ia amat menghayati isu yang diperdebatkan.

Beliau menjelaskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 yang baru diluluskan olah Dewan Rakyat menjurus kepada soal penguatkuasaan kawalan terhadap pengeksportan, pemindahan, transit dan pembrokeran semua barangan strategik termasuk bahan yang mungkin digunakan bagi membangunkan dan mengeluarkan senjata nuklear serta menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa masyarakat antarabangsa bersama-sama meningkatkan keupayaan negara masing-masing bagi memastikan kawalan berkesan dalam konteks keselamatan nuklear.

Mengenai hasil sidang kemuncak tersebut, Najib berkata, ia membuat beberapa ketetapan dan tumpuan adalah bagi semua negara melaksanakan amalan-amalan terbaik dalam kawalan le bih ketat ke atas bahan nuklear dan maklumat tentang pemprosesannya.

Ia untuk memastikan bahan-bahan terbabit tidak jatuh ke tangan pengganas atau pihak-pihak yang tidak wajar memiliki.

Dalam memastikan aktiviti tenaga nuklear hanya untuk kegunaan keamanan sahaja, semua negara juga perlu mematuhi peruntukan di bawah Persetujuan Ketakcambahan Nuklear (NPT). - Utusan

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum