Wanita asing cuba jual bayi perempuan RM10,000 diberkas

View previous topic View next topic Go down

Wanita asing cuba jual bayi perempuan RM10,000 diberkas

Post  ong poh lee U6B on Tue Jul 13, 2010 3:44 pm

KUCHING 13 Julai Polis menyelamatkan seorang bayi perempuan yang berusia tiga minggu setelah memberkas seorang wanita asing yang dikatakan cuba memperdagangkan bayi tersebut di MJC New Township, Batu Kawah di sini semalam.

Difahamkan bayi tersebut mahu dijual oleh wanita berkenaan dengan harga RM10,000.

Wanita berkenaan yang berusia lingkungan 30-an didapati memasuki Sarawak sebulan lalu tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Dia kini ditahan reman selama 14 hari untuk disiasat lanjut.

Kes ini terbongkar hasil maklumat orang awam kepada pihak polis di mana berikutan itu seorang anggota polis wanita telah dihantar untuk menyamar bagi membeli bayi itu daripada wanita berkenaan.

Wanita tersebut bersetuju untuk menunjukkan bayi tersebut kepada anggota polis yang menyamar itu di tempat kejadian kira-kira 9 malam.

Setelah menunjukkan bayi itu, wanita berkenaan terus ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC II Huzir Mohamed berkata, polis sedang menyiasat sama ada bayi berkenaan adalah anak kandung wanita asing tersebut atau sebaliknya. Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum