PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 termasuk remaja perempuan diberkas bersama dadah

Go down

3 termasuk remaja perempuan diberkas bersama dadah Empty 3 termasuk remaja perempuan diberkas bersama dadah

Post  NgSiokYing U6F/11 Thu Jun 24, 2010 11:05 am

3 termasuk remaja perempuan diberkas bersama dadah
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:SHAH ALAM 23 Jun - Perlakuan sumbang seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bersekedudukan dengan teman lelakinya yang merupakan penagih dadah terbongkar apabila mereka diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah teres di Seksyen 16, di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi itu, polis turut merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM15,000.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, sejurus menyedari kehadiran polis, remaja itu cuba melarikan diri sementara teman lelakinya sedang dalam keadaan khayal.

Beliau berkata, semasa pemeriksaan di dalam rumah tersebut, pihaknya menemui 48 peket heroin seberat 95 gram dan syabu 20 gram.

"Siasatan awal percaya, remaja yang tidak lagi bersekolah itu tinggal bersama teman lelakinya lebih empat bulan lalu. Lelaki itu pula mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

"Kami juga sedang menyiasat sama ada mereka menyimpan dadah itu untuk kegunaan sendiri atau akan diedarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam serbuan lain, kata Nor Azam, seorang pemandu lori diberkas selepas pihaknya menemui sejumlah dadah bernilai RM15,000 di dalam peti sejuk semasa pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang dijadikan asrama pekerja di Seksyen 26 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, dadah yang ditemui dalam pemeriksaan kira-kira pukul 1 petang adalah heroin (138 gram), ganja (4.5 gram) dan syabu (0.5 gram).

"Sebahagian daripada dadah itu disorokkan di dalam kotak minuman dan gula-gula getah serta disimpan di dalam peti ais untuk mengaburi mata polis," katanya.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1959 dan direman untuk siasatan lanjut sehingga 28 Jun ini.

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum