PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pendidikan seks formal di sekolah diperlukan

Go down

Pendidikan seks formal di sekolah diperlukan Empty Pendidikan seks formal di sekolah diperlukan

Post  yeeleng(L6A) Tue Jun 22, 2010 1:53 pm

KUALA LUMPUR: Tiada cara lain untuk membendung masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas melainkan kerajaan mewujudkan modul khas berkaitan pendidikan seks di sekolah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar.

Pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah, berkata hanya melalui pendidikan seks formal di sekolah dapat membantu pelajar memahami isu itu memandangkan ada di kalangan ibu bapa segan untuk membincangkan isu seks secara terbuka dengan anak masing-masing. Beliau berkata, modul khas perlu digubal dengan memastikan ia mempunyai tiga elemen penting iaitu pendidikan, kesihatan dan sosial (agama) bagi memastikan remaja ditanam dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan kehidupan sosial mereka secara positif sejak peringkat awal lagi. “Pendidikan agama di sekolah sangat berorientasikan teori. Hal ini menyebabkan remaja tidak mampu menjadikannya sebagai sebahagian daripada ilmu untuk membangunkan hidup dari segi jiwa dan emosi.

“Sebenarnya, ilmu agama yang diperoleh jika hanya singgah sebagai fakta tidak mampu mengekang manusia daripada melakukan perkara bertentangan nilai moral. Oleh itu, sangat wajar pendidikan sosial diterapkan di sekolah terutama membabitkan seks, alkohol dan dadah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam akhbar melaporkan kekurangan penerapan latihan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja, rentetan daripada 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar terdedah seks bebas sehingga ada yang menggugurkan janin melalui kajian enam bulan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’.

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang juga pakar perunding Obstetrik & Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata setiap ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar dan berbincang dengan anak-anak mengenai pendidikan seks bagi memberi pemahaman mengenai sebab dan akibat perbuatan itu

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum