PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin

2 posters

Go down

Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin Empty Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin

Post  yeeleng(L6A) Tue Jun 22, 2010 1:41 pm

PUTRAJAYA: Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan. Katanya, beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu. "Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Muhyiddin berkata, setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik.

"Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja.
"Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya.

Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak yang berkepentingan

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin Empty Pandangan berbeza mansuh UPSR, PMR

Post  yeeleng(L6A) Tue Jun 22, 2010 1:57 pm

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat reaksi yang pelbagai dari kalangan pelajar sekolah dan ibu bapa.

Malah, ada di kalangan pelajar yang ditemui menyifatkan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu mungkin mengakibatkan motivasi untuk belajar sedikit terganggu kerana penilaian pencapaian hanya dinilai berpandukan peperiksaan berasaskan sekolah semata-mata. Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Hartamas, Lim Sai Tuck, 16, cadangan itu tidak wajar kerana tanpa satu peperiksaan khusus yang akan menentukan pencapaian pelajar sukar untuk pelajar fokus terhadap peperiksaan kerana ia tidak dijadikan penanda aras bagi menentukan kecemerlangan mereka. “Saya mengambil peperiksaan PMR sebelum ini dan ia menjadi kayu ukur pencapaian saya untuk memilih aliran sains atau sastera apabila berada di Tingkatan Empat.

“Cadangan itu kurang sesuai kerana pelajar tiada sasaran khusus atau tiada ‘target’ kerana tiada peperiksaan khusus yang akan menilai pencapaian mereka sepanjang berada di menengah rendah,” katanya.

Putri Syazreen Norazman, 14, pelajar Tingkatan Dua di sekolah sama, berkata cadangan itu adalah sesuatu yang baik kerana pelajar tidak terlalu tertekan dengan suasana berorientasikan peperiksaan.

“Memanglah sebagai pelajar, tiada peperiksaan khusus adalah sesuatu yang menyeronokkan, tetapi sekurang-kurangnya pelajar akan ada lebih masa untuk membuat persediaan kerana hanya satu peperiksaan utama yang akan menentukan masa depan mereka iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Baik buruknya perlu diteliti, kerana pelajar mungkin beranggapan mereka `bebas’ terlalu lama. Jika peperiksaan dikekalkan pelajar dapat menumpukan lebih perhatian kepada peperiksaan, tetapi jika tiada peperiksaan mereka akan berasa kurang bebanan dan kurang memberikan tumpuan dalam pelajaran,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa pelajar yang ditemui, Marizan Abdul, 36, berkata langkah memansuhkan UPSR dan PMR perlu disambut baik kerana ia kini tidak lagi relevan dalam menentukan pelajar layak memasuki pengajian peringkat menengah rendah dan Tingkatan Empat kerana semua pelajar yang lulus minimum secara automatik boleh menyambung pengajian mereka.

“Jika dulu ia jadi ukuran untuk pelajar layak masuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, tapi kini semua layak masuk secara automatik jika mencapai tahap penguasaan minimum, jadi apa bezanya diadakan peperiksaan atau tidak?

“Pada saya, lebih baik pelajar menumpukan kepada satu peperiksaan utama iaitu SPM yang akan menentukan tempat mereka ke institusi pengajian tinggi,” katanya.

Aminuddin Musauddin, 41, berkata peperiksaan PMR mungkin boleh dimansuhkan tetapi tidak bagi UPSR kerana ia menjadi peperiksaan standard yang perlu dilalui setiap pelajar sekolah rendah.

“Kalau UPSR dimansuhkan, ibu bapa mungkin berdepan kesukaran untuk memilih sekolah terbaik untuk anak mereka kerana sebelum ini UPSR adalah bentuk penilaian yang membolehkan pelajar sekolah rendah dinilai tahap pencapaian pelajaran mereka sepanjang berada di sekolah,” katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin Empty Re: Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin

Post  S.Teng(U6A/2010) Sat Jun 26, 2010 9:40 am

Pada pendapat saya, UPSR dan PMR tidak patut dimansuhkan kerana ia boleh berfungsi untuk menilai pemikiran pelajar selepas tempoh tertentu. Jika pemansuhan peperiksaan itu akan menimbulkan beberapa implikasi negatif seperti murid-murid tidak akan mempunyai inisiatif untuk belajar dan akan menjadi seperti mesin, tidak akan mempunyai sebarang objektif atau mengambil inisiatif untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan.
Akhir kata, walaupun salah satu manfaat jika memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR ialah dapat meringankan tekanan pelajar tetapi saya tidak begitu setuju untuk memansuhkan peperikasaan UPSR dan PMR, kerana saya percaya bahawa kebanyakan pelajar akan mendapat manfaat dan dapat mempertingkatkan standard mereka melalui sistem peperiksaan ini. Smile

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin Empty Re: Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum