Astro sasar langganan pakej sukan meningkat
2 posters
Page 1 of 1
Astro sasar langganan pakej sukan meningkat
2010/06/07
Temasya Piala Dunia 2010 dijangka pacu pertambahan pelanggan
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd mensasar langganan pakej sukan ASTRO meningkat sekurang-kurangnya lima peratus tahun ini disumbangkan oleh temasya Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai ini, kata Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan.
“Kira-kira 55 peratus daripada asas pelanggan Astro sebanyak tiga juta ketika ini terdiri daripada pelanggan pakej sukan.
“Kami mensasarkan pelanggan segmen itu meningkat sekurang-kurangnya lima peratus tahun ini, dipacu terutama temasya Piala Dunia 2010,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, Astro akan menawarkan pakej menarik sempena Piala Dunia 2010 yang mana buat pertama kalinya 64 perlawanan akan dibawa kepada penonton secara langsung.
Astro, katanya, memperuntukkan lima saluran bagi pelanggan pakej standard manakala lima saluran bagi pelanggan definisi tinggi Astro B.yond.
“Kami turut menawarkan Astro 360 yang mana pelanggan mempunyai pilihan menonton menerusi kaca TV, secara dalam talian menerusi internet dan secara mudah alih,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tan berkata laporan kaji selidik media Nelson menunjukkan jumlah penonton Melayu meningkat sebanyak 16 peratus tahun lalu. Katanya, lebih menarik lagi ialah kesemua peningkatan itu disumbangkan rangkaian berbahasa Melayu di Astro.
Astro menawarkan tujuh saluran TV berbahasa Melayu iaitu Citra, Awani, Ceria, Ria, Prima, Oasis dan Warna.
Beliau berkata, syarikat telah menambah peruntukan untuk tahun ini khusus bagi membangun kandungan siaran berbahasa Melayu.
“Kami mensasar peningkatan penonton Melayu di Astro akan bertambah dua angka tahun ini,” katanya.

LEE WEI SHAN L6F 2010- Posts : 23
Join date : 2010-05-26
Re: Astro sasar langganan pakej sukan meningkat
leo@leel6f2010 wrote:2010/06/07
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd mensasar langganan pakej sukan ASTRO meningkat sekurang-kurangnya lima peratus tahun ini disumbangkan oleh temasya Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai ini, kata Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan.
Memang tidak dinafikan bahawa, pakej Astro sempena Piala Dunia 2010 yang dibawa kepada penonton secara langsung akan meningkatkan bilangan penonton. Bagi peminat bola, Piala Dunia yang HANYA diadakan empat tahun sekali ini mana boleh tidak dikejar? Pada pendapat saya, package ini tentu dapat membantu Astro untuk memecah bilangan penonton.. Peruntukan lima saluran bagi pelanggan pakej standard dan lima saluran lain akan membolehkan pelanggan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Mereka boleh memilih sama ada menonton menerusi kaca TV, menonton secara dalam talian menerusi internet ataupun melalui mudah alih.
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» Jangan terpedaya pakej bercuti
» Perbincangan isu ekonomi
» Sasar 30 sekolah lagi berstatus SBT
» Malaysia Sasar Peningkatan 150 Peratus Pelancong Kazakhstan
» Berhenti merokok sebelum terlambat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum