Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
+4
zo-ophyte(L6A)
vinclam1314
hawjiun
weichian_89
8 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
sebagai pelajar tingkatan enam,apakah pandangan kalian tentang berita ini???KUALA LUMPUR: Kelas Tingkatan Enam di seluruh negara mungkin diasingkan atau dipindahkan dari sekolah menengah biasa ke sekolah khas sejajar penjenamaan semula yang akan dilaksanakan terhadap sistem pelajaran pada peringkat itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, berkata kementerian sedang mengkaji alternatif itu dan kini menunggu keputusan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Langkah mengasingkan atau memindahkan Tingkatan Enam ke sekolah khas itu juga selaras dengan penjenamaan semula pelajar terbabit yang akan digelar mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mereka seperti diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, kelmarin.
"Model sama berjaya dipraktikkan di Brunei, dengan setengah Tingkatan Enam mereka ditawarkan sama ada di sekolah khas atau pusat matrikulasi khas yang dikhususkan untuk Tingkatan Enam saja.
"Kementerian sedang berusaha ke arah merealisasikan langkah itu dan kekangan hanya dari segi peruntukan kewangan. Kami percaya langkah penjimatan RM100 juta setahun yang sedang diambil kementerian akan membantu kita mewujudkan sekolah khas bagi pelajar itu," katanya selepas merasmikan Pameran Sains Kanak-Kanak Kebangsaan 2008, di sini, semalam.
Semalam akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan melakukan penjenamaan semula terhadap pendidikan di Tingkatan Enam supaya lebih bercirikan sistem di universiti, termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial.
Ia berikutan peningkatan gred bagi 23,471 pegawai dalam sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Alimuddin ketika mengumumkannya berkata, berikutan peningkatan gred itu, pelajar Tingkatan Enam akan dijenamakan sebagai mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mengajar mereka, selewat-lewatnya mulai tahun depan.
Tahun lalu, ada 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak memasuki Tingkatan Enam dengan kira-kira 127,879 memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 belajar dalam aliran sains.
Zulkurnain berkata, langkah menaik taraf Tingkatan Enam selaras dengan statusnya sebagai pendidikan pra-universiti yang berperanan memperlengkapkan pelajar untuk menuntut ilmu dalam persekitaran institusi pengajian tinggi.
"Tingkatan Enam adalah kelas peralihan pelajar dari peringkat menengah ke peringkat tinggi jadi ia memerlukan persekitaran serta kemudahan khusus yang berbeza dengan sekolah menengah biasa," katanya.
adakah anda bersetuju dengan asingan ini???
bagi saya,saya rasa dasar ini agak bagus,ini kerana kebanyakan yang kita belajar dalam sukatan tingkatan enam adalah berbeza dengan sukatan tingkatan empat dan lima.selain itu,bagi kita yang merupakan bakal mahasiswa,kita dapat menyesuaikan diri terlebih dahulu dalam cara pembelajaran di universiti.ini memang berita yang baik bagi pelajar tingkatan enam,malangnya kita tiada peluang menikmati cara pembelajaran itu.
weichian_89- Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
weichian_89 wrote:sebagai pelajar tingkatan enam,apakah pandangan kalian tentang berita ini???KUALA LUMPUR: Kelas Tingkatan Enam di seluruh negara mungkin diasingkan atau dipindahkan dari sekolah menengah biasa ke sekolah khas sejajar penjenamaan semula yang akan dilaksanakan terhadap sistem pelajaran pada peringkat itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, berkata kementerian sedang mengkaji alternatif itu dan kini menunggu keputusan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Langkah mengasingkan atau memindahkan Tingkatan Enam ke sekolah khas itu juga selaras dengan penjenamaan semula pelajar terbabit yang akan digelar mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mereka seperti diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, kelmarin.
"Model sama berjaya dipraktikkan di Brunei, dengan setengah Tingkatan Enam mereka ditawarkan sama ada di sekolah khas atau pusat matrikulasi khas yang dikhususkan untuk Tingkatan Enam saja.
"Kementerian sedang berusaha ke arah merealisasikan langkah itu dan kekangan hanya dari segi peruntukan kewangan. Kami percaya langkah penjimatan RM100 juta setahun yang sedang diambil kementerian akan membantu kita mewujudkan sekolah khas bagi pelajar itu," katanya selepas merasmikan Pameran Sains Kanak-Kanak Kebangsaan 2008, di sini, semalam.
Semalam akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan melakukan penjenamaan semula terhadap pendidikan di Tingkatan Enam supaya lebih bercirikan sistem di universiti, termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial.
Ia berikutan peningkatan gred bagi 23,471 pegawai dalam sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Alimuddin ketika mengumumkannya berkata, berikutan peningkatan gred itu, pelajar Tingkatan Enam akan dijenamakan sebagai mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mengajar mereka, selewat-lewatnya mulai tahun depan.
Tahun lalu, ada 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak memasuki Tingkatan Enam dengan kira-kira 127,879 memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 belajar dalam aliran sains.
Zulkurnain berkata, langkah menaik taraf Tingkatan Enam selaras dengan statusnya sebagai pendidikan pra-universiti yang berperanan memperlengkapkan pelajar untuk menuntut ilmu dalam persekitaran institusi pengajian tinggi.
"Tingkatan Enam adalah kelas peralihan pelajar dari peringkat menengah ke peringkat tinggi jadi ia memerlukan persekitaran serta kemudahan khusus yang berbeza dengan sekolah menengah biasa," katanya.
adakah anda bersetuju dengan asingan ini???
bagi saya,saya rasa dasar ini agak bagus,ini kerana kebanyakan yang kita belajar dalam sukatan tingkatan enam adalah berbeza dengan sukatan tingkatan empat dan lima.selain itu,bagi kita yang merupakan bakal mahasiswa,kita dapat menyesuaikan diri terlebih dahulu dalam cara pembelajaran di universiti.ini memang berita yang baik bagi pelajar tingkatan enam,malangnya kita tiada peluang menikmati cara pembelajaran itu.
Saya amat bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh weichian Melalui dasar ini, pelajar tingkatan enam boleh memdapat banyak manfaat. Pelajar tingkatan enam mempunyai suasana pembelajaran seperti di universiti. Selain itu, guru-guru juga hanya akan memberi tumpuan lebih kepada pelajar tingkatan enam memandangkan mereka akan menghadapi peperiksaan STPM. Malahan, pelajar juga dapat berkenalan dengan pelajar dari negeri-negeri lain. Kemudahan-kemudahan di sekolah juga boleh digunakan oleh setiap pelajar tingkatan enam. Masalah-masalah seperti kekurangan tempat untuk berjamu selera dan bergilir-gilir untuk menggunakan tandas terutamanya tandas lelaki tidak akan berlaku lagi. Kenapa dasar ini tidak dilaksanakan dengan lebih awal
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Mengenali perkara ini, saya amat setuju dengan kata-kata adikku dan kakak chian hui, akan tetapi, kita tidak boleh hanya memerhati tentang perihal yang baik daripada perkara ini, tetapi kita juga haruslah melihat daripada pandangan lain.. Walaupun guru-guru yang berkualiti kemungkinan besar akan dikumpul ke dalam sekolah khas ini, akan tetapi, bagaimanakah dengan pelajar tingkatan 4 dan 5? mereka juga memerlukan guru yang pakar dalam subject-subject. Selain itu, pelajar-pelajar terpaksa tinggal di luar terlebih dahulu pelajar di luar negeri. Mereka terpaksa pergi ke sekolah khas tertentu terlebih dahulu. Ya, seperti apa yang kakak cakap di atas ini, kita boleh menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan kehidupan Universiti. Akan tetapi, daripada apa yang saya tahu, kebanyakan daripada mahasiswa di Universiti tidak suka tinggal jauh daripada keluarga sendiri. mereka lebih suka tinggal bersama dengan keluarga atau tinggal dengan dekat dengan keluarga mereka. adakah kalian lebih suka tinggal jauh daripada keluarga anda?
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
memang ada kebaikannya jika pindahkan pelajar 6 ke sekolah khas,tetapi juga wujud kekurangannya
kelengkapan sekolah khas memang tidak sama dengan sekolah biasa jadi pelajar tingkatan 6 perlu biasa diri dalam tingkatan 6 dari segi cara belajar,tekanan dan lain lain.selain itu,tidak bermakna pelajar tingkatan 6 boleh lebih bertumpuan diri dalam pelajarannya.begitu juga dengan guru guru dari sekolah tingkatan 6.

zo-ophyte(L6A)- Posts : 2
Join date : 2008-06-11
Age : 34
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
abang lam,saya wei chian bukan chian hui la...beza tau??? atau awak telah anggap saya chean hui kelas kamu???
tentang masalah guru yang dinyatakan oleh abang,pihak berkenaan telah mengumumkan akan meningkatkan gred guru-guru.oleh itu,kebanyakan guru akan dapat peluang kenaikan pangkat dan gaji dalam dasar ini bagi menggantikan guru yang mengajar tingkatan enam.selain itu dasar ini menpunyai juga menjamin guru supaya tidak menjejaskan pengajaran guru tersebut seperti guru terdapat kebebasan membuat keputusan bahawa ingin mengajar di sekolah khas atau tidak.
bagi masalah tempat tinggal mahasiswa pula,saya rasa sebagai seorang bakal mahasiswa,kita haruslah mempunyai kebolehan berdikari,kita akan meniggalkan rumah pada suatu hari.sekarang,kita bukan lagi budak-budak yang seperti dahulu dan inilah peluang emas yang kita mempelajari.
tentang masalah guru yang dinyatakan oleh abang,pihak berkenaan telah mengumumkan akan meningkatkan gred guru-guru.oleh itu,kebanyakan guru akan dapat peluang kenaikan pangkat dan gaji dalam dasar ini bagi menggantikan guru yang mengajar tingkatan enam.selain itu dasar ini menpunyai juga menjamin guru supaya tidak menjejaskan pengajaran guru tersebut seperti guru terdapat kebebasan membuat keputusan bahawa ingin mengajar di sekolah khas atau tidak.
bagi masalah tempat tinggal mahasiswa pula,saya rasa sebagai seorang bakal mahasiswa,kita haruslah mempunyai kebolehan berdikari,kita akan meniggalkan rumah pada suatu hari.sekarang,kita bukan lagi budak-budak yang seperti dahulu dan inilah peluang emas yang kita mempelajari.
weichian_89- Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
haha.. minta maaf kerana taip nama yang salah... kakak wei chian seorang yang baik hati, tentu akan memaafkan adik, kan? kemaafan anda amatlah dihargai.. haha...
Ya,kita adalah bakal mahasiswa, kita akan meninggalkan rumah kita pada suatu hari, akan tetapi, kenapa kita tidak boleh tinggal bersama keluarga dengan lebih banyak masa? Pada tahun lepas, saya telah menyertai satu ceramah yang dianjurkan oleh mahasiswa di UKM, kebanyakan daripada mereka yang bukan berasal dari KL sangat rindu akan keluarga mereka. Jika kita boleh mempunyai masa yang lebih panjang dengan keluarga kita, kenapa tidak kita menghargainya? (anda juga boleh balik ke rumah setiap minggu -- akan tetapi, harga petrol telah meningkatlah... jika guna perkhidmatan perjalanan awam, perlu menggunakan masa yang lebih.. sekarang boleh setiap hari makan makanan yang dimasak ibu.. kita haruslah sangat menghargainya la.. )
selain itu, seperti apa yang zo-ophyte kata, pelajar di dalam sekolah khas tidak mesti akan bertumpu dalam pelajaran.. jika semua rakan sekelas anda adalah sangat handal atau terlalu rajin, kemungkinan besarnya anda akan tertekan..
Ya,kita adalah bakal mahasiswa, kita akan meninggalkan rumah kita pada suatu hari, akan tetapi, kenapa kita tidak boleh tinggal bersama keluarga dengan lebih banyak masa? Pada tahun lepas, saya telah menyertai satu ceramah yang dianjurkan oleh mahasiswa di UKM, kebanyakan daripada mereka yang bukan berasal dari KL sangat rindu akan keluarga mereka. Jika kita boleh mempunyai masa yang lebih panjang dengan keluarga kita, kenapa tidak kita menghargainya? (anda juga boleh balik ke rumah setiap minggu -- akan tetapi, harga petrol telah meningkatlah... jika guna perkhidmatan perjalanan awam, perlu menggunakan masa yang lebih.. sekarang boleh setiap hari makan makanan yang dimasak ibu.. kita haruslah sangat menghargainya la.. )
selain itu, seperti apa yang zo-ophyte kata, pelajar di dalam sekolah khas tidak mesti akan bertumpu dalam pelajaran.. jika semua rakan sekelas anda adalah sangat handal atau terlalu rajin, kemungkinan besarnya anda akan tertekan..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
walaupun dasar ini mempunyai keburukannya dari segi lain seperti ia mungkin menjejaskan sumber guru di tingkatan empat dan lima. Namun,saya sokong dasar ini dilaksanakan kerana dasar ini dapat menyediakan pelajar pra-u dengan lebih menyeluruh,pelajar tingkatan enam dapat menikmati kemudahan lab yang lebih canggih dan bukannya masih mengguna lab yang standadnya sama seperti tingkatan lima. contohnya,jika kita bandingkan lab bagi tingkatan enam sekolah kita dengan lab di matri ataupun kolej di luar,lab sekolah kita bolah dikatakan jauh di belakang.. walaupun tingkatan enam mempunyai lab kita sendiri namun saya rasa lab sekolah kita masih lagi perlu dibaiki tidak kkira dari segi kemudahan ataupun suasana dalam lab. Oleh itu,jika sekolah khas ditubuhkan,pelajar tingkatan enam akan mempunyai suasana yang lebih baik dan kemudahan yang lengkap,dengan itu pelajar dapat menyediakan diri mereka sebelum memasuki universiti..
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Ya. Saya juga amat bersetuju dengan dasar ini. Seperti kata saudari Siew Mei, kemudahan untuk pelajar Tingkatan 6 di sekolah kita masih kekurangan. Suasana di sekolah untuk pelajar pra-u ataupun untuk bakal mahasiswa seperti kita juga tidak begitu memuaskan. Kita harus mematuhi peraturan sekolah-sekolah menengah untuk dijadikan sebagai jejak langkah untuuk pelajar-pelajar menengah lain. Kita juga selalu di suruh untuk membuat/berkhidmat untuk guru. Alasan guru, kita pelajar Tingkatan 6 dan boleh dipercayai, tetapi apabila sampai giliran kita untuk meminta kelonggaran untuk sesuatu perkara, kita masih lagi dilayan sebagai pelajar lain. Maafkan saya jika kata saya telah melukai hati mana-mana pihak. Saya bukanlah tidak mahu menolong, tetapi, pada masa tertentu, saya rasa cikgu-cikgu tertentu terlalu berharap pada pelajar untuk menyiapkan/menyediakan sesuatu. Ada kalanya, kami sebagai pelajar juga rasa tidak puas hati.
Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Dengan perlaksanaan dasar ini, pelajar-pelajar Tingkatan 6 akan dilayan dan diajar seperti bakal mahasiswa-mahasiswi. Pelajar boleh mengambil kesempatan untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran universiti.
Berada jauh daripada keluarga juga sepatutnya boleh melatih pelajar Tingkatan 6 untuk berdikari. Ini adalah penting lambat laun, pelajar juga terpaksa berada jauh daripada keluarga. Saya pernah terbaca tentang kata-kata ini yang bermaksud jika kita berjauhan dengan keluarga sekali-kala, ia sebanyak-sedikit dapat menolong untuk mempereratkan hubungan kekeluargaan. Ia berkemungkinan kerana pelajar akan lebih kurang berjumpa dengan saudara mara dan kerana itulah pelajar akan kurang bergaduh dengan mereka dan mula rindu akan mereka.
Berada jauh daripada keluarga juga sepatutnya boleh melatih pelajar Tingkatan 6 untuk berdikari. Ini adalah penting lambat laun, pelajar juga terpaksa berada jauh daripada keluarga. Saya pernah terbaca tentang kata-kata ini yang bermaksud jika kita berjauhan dengan keluarga sekali-kala, ia sebanyak-sedikit dapat menolong untuk mempereratkan hubungan kekeluargaan. Ia berkemungkinan kerana pelajar akan lebih kurang berjumpa dengan saudara mara dan kerana itulah pelajar akan kurang bergaduh dengan mereka dan mula rindu akan mereka.
Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
ya,kadang-kala pelajar tingkatan enam akan dimarah dahulu atas kesalahan dari segi disiplin atas sebab kita merupakan pelajar yang tertua dalam sekolah oleh itu kita kena memberi teladan yang baik..contohnya,kita dilarang daripada membaca buku semasa perhimpunan,saya tahu ini merupakan satu tingkah laku yang menunjukkan kita tidak hormat terhadap pengucap di pentas namun sekurang-kurangnya kita tidak membuat bising seperti pelajar yang lain.. secara jujurnya,memang sangat bosan kena berkumpul di pusat kegiatan setiap pagi demi membolehkan guru tingkatan mengambil kehadiran,ini juga telah menggunakan masa pembelajaran kita..kadang-kala terasa tertekan dengan layanan sebegini..
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Ya, saya juga berasa tertekan. Jika mereka benar-benar mempercayai peajar Tingkatan 6, mengapa tidak mereka mengambil kedatangan di kelas atau biarkan sahaja ketua tingkatan memambil kedatangan? Kita tidak dibenarkan bercakap dan membaca, tetapi saya lihat banyak guru juga berborak dan membaca buku. Mengapa mereka boleh berbuat demikian? Perbuatan mereka juga boleh dikatakan tidak menghormati pihak yang bercakap di atas pentas. Mereka yang berasa bosan umpamanya hari ini boleh balik ke bilik guru, tetapi kita tidak boleh, tentulah kita akan berasa bosan dan merungut. tambahan pula, pertunjukkan hari ini adalah untuk tantapan guru-guru yang banyak berkorban untuk pelajar supaya mereka boleh berehat dan bergembira. Akan tetapi, saya dapat perhatikan bahawa tidak banyak guru yang tinggal di pusat kegiatan pelajar untuk menyaksikan pertunjukkan tersebut.
Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Ya, saya sangat setuju dengan alasan yang berikan oleh saudari Siew Mei dan Saudari Jennifer. Selain daripad perhimpunan, Pelajar tingkatan enam juga dihendaki untuk menyertai banyak aktiviti yang dijalankan oleh sekolah.. Ini juga telah memakan banyak masa pembelajaran kita sedangkan masa pembelajaran kita sudah sangat sedikit jika berbanding dengan sekolah lain ( Pelajar tingkatan enam TAR belajar dari 8am hingga 4pm / kebanyakan masa setiap waktu di sekolah lain adalah lebih kurang 40 minit dan belajar dari 7.00 am - 1.30pm ) sedangkan masa pembelajaran kita sudah sangat pendek, janganlah sering ambil masa pembelajaran kita...
Selain itu, persekitaran sekolah menengah juga agak tidak baik. Terdapat banyak kes disiplin. Ini kadang-kala akan menjejas pembelajaran tingkatan enam.. Sebagai contohnya, pemboman tahi / masalah pencurian/ masa spot check dan sebagai-bagainya.. Ini agak memakan masa pembelajaran kita dan sentiasa menjejas pembelajaran kita... haiz.. susahnya... harap pihak sekolah akan menangani masalah disiplin sekolah secepat mungkin lah.. harap saya dapat melihat pembaikan disiplin sekolah semasa saya masih belajar di dalam sekolah chong hwa..
Selain itu, persekitaran sekolah menengah juga agak tidak baik. Terdapat banyak kes disiplin. Ini kadang-kala akan menjejas pembelajaran tingkatan enam.. Sebagai contohnya, pemboman tahi / masalah pencurian/ masa spot check dan sebagai-bagainya.. Ini agak memakan masa pembelajaran kita dan sentiasa menjejas pembelajaran kita... haiz.. susahnya... harap pihak sekolah akan menangani masalah disiplin sekolah secepat mungkin lah.. harap saya dapat melihat pembaikan disiplin sekolah semasa saya masih belajar di dalam sekolah chong hwa..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Cara abang tohwai menceritakan sesuatu amat kelakarlah Apakah maksud Pemboman Tahi? Adakah abang maksud segelintir pelajar yang meletakkan mercun di mangkuk tandas lelaki? Saya bersetuju pendapat ketiga-tiga abang dan kakak. Tingkatan enam sepatutnya dipisahkan dengan tingkatan-tingkatan yang lain supaya kejadian seperti yang dinyatakan oleh abang dan kakak tidak akan berlaku. Saya bersetuju dengan pandangan kakak jennifer bahawa pertunjukan hari ini hanyalah untuk guru. Namun, hampir setengah guru tidak menyaksikan pertunjukan hari ini. Saya ternampak guru-guru hanya berada di bilik guru dan berborak dengan guru-guru lain kerana saya berada di bilik kaunseling semasa pertunjukan dijalankan abang tohwai boleh jadi saksi. Saya berasa jangan melibatkan pelajar tingkatan enam sekiranya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan itu tidak berkaitan dengan kita. Apakah pandangan anda?
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Ya. Saya bersetuju bahawa jika aktiviti itu tidak terlibat dengan pelajar tingkatan enam, biarkanlah kita belajar kerana kebanyakan sillabus pembelajaran kita tidak dapat dihabiskan walaupun masih terdapat 142 hari. jika hari peperiksaan ditolakkan, lebih kuranglah masa kita untuk belajar.. Oleh itu, jika aktiviti tidaklah semestinya ada kehadiran tingkatan enam, biarkanlah kita membaca buku semasa perhimpunan, selain itu, saya berasa pelajar tingkatan enam boleh tidak hadir pada perhimpunan.. kerana ia asyik memakan masa pembelajaran kita.. haiz..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
betul tu,sebelum sekolah khas dilaksanakan,saya rasa cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh semua abang dan kakak boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah. Walaupun kita masih dianggap ialah pelajar Chong Hwa,akan tetapi semua aktiviti ini telah mengganggu masa pembelajaran kita dan ini telah menyebabkan sesetengah daripada kita perlu mengambil kelas tuisyen ataupun mengadakan kelas tambahan sendiri tanpa bantuan guru.
yaya,masa pembelajaran kita kurang berbanding di kolej TAR,malahan pelajar STPM di kolej TAR tidak perlu menghadiri aktiviti kokurikulum,mereka langsung tidak risau tentang sistem markahan bagi kegiatan koko kita.kenapa ya? Bukankah mereka juga pelajar STPM seperti kita? saya rasa ini sangat menguntungkan kerana mereka dapat belajar lebih masa dan tidak perlu risau tentang aktiviti-aktiviti..cemburunya saya...
yaya,masa pembelajaran kita kurang berbanding di kolej TAR,malahan pelajar STPM di kolej TAR tidak perlu menghadiri aktiviti kokurikulum,mereka langsung tidak risau tentang sistem markahan bagi kegiatan koko kita.kenapa ya? Bukankah mereka juga pelajar STPM seperti kita? saya rasa ini sangat menguntungkan kerana mereka dapat belajar lebih masa dan tidak perlu risau tentang aktiviti-aktiviti..cemburunya saya...
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Pada pengetahuan saya, pelajar di TARC boleh tidak sangat risau tentang aktiviti-aktiviti mereka kerana mereka boleh mendapat markah kurikulum dengan mudah.. (kami perlu menyertai aktiviti melalui peringkat-peringkat, akan tetapi, mereka boleh mendapat markah pencapaian dengan sangat mudah dengan hanya menghadiri aktiviti di peringkat tinggi sahaja) aktiviti di koleh juga tidak akan menjejas pembelajaran mereka ( daripada kata kawan saya, pelajar boleh membuat bantahan kepada sekolah jika pembelajaran mereka terjejas -- sekolah kemungkinan besar akan mengizinkan mereka kerana pelajar ialah bos mereka ) perbezaan yang sangat jelas ialah kita adalah pelajar yang belajar di sekolah kebangsaan manakala mereka ialah pelajar swasta..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
seperti yang dikatakan oleh abang lam,memang senang untuk memperolehi markah koko bagi pelajar tarc,tetapi merekalah golongan yang biasanya tidak dapat tawaran dari universiti tempatan.oleh itu,mereka terpaksalah menuntut di utar supaya boleh dapat sijil ijazahnya...memanglah bahaya tentang pembelajaran mereka,kawan saya yang sedang belajar di sana amat kesal dengan keputusan yang belajar stpm di tarc.menurut dia,lebih baik belajar stpm seperti kita kerana tidak perlu bayar yuran dan tidak perlu risau tentang hal-hal kemasukan universiti
weichian_89- Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
weichian_89 wrote:seperti yang dikatakan oleh abang lam,memang senang untuk memperolehi markah koko bagi pelajar tarc,tetapi merekalah golongan yang biasanya tidak dapat tawaran dari universiti tempatan.oleh itu,mereka terpaksalah menuntut di utar supaya boleh dapat sijil ijazahnya...memanglah bahaya tentang pembelajaran mereka,kawan saya yang sedang belajar di sana amat kesal dengan keputusan yang belajar stpm di tarc.menurut dia,lebih baik belajar stpm seperti kita kerana tidak perlu bayar yuran dan tidak perlu risau tentang hal-hal kemasukan universiti
Rupa-rupanya terdapat banyak hal yang kita perlu diuruskan sekiranya kita belajar STPM di TARC. Tahap STPM adalah setara walaupun kita belajar di mana-mana institusi. Tetapi saya tidak pernah terdengar bahawa pelajar TARC boleh mendapat tempat di universiti tempatan. Jadi kenapa mereka masih ingin mendapat ko-ko markah ? Bolehkah sesiapa menjelaskannya
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
huh? Kenapa mereka tidak dapat tawaran daripada Universiti tempatan? Bukankah mereka juga mempelajari STPM seperti apa yang kita pelajari? Saya berasa markah CGPA mereka mungkin adalah sama dengan permarkahan kami.. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan markah Coco untuk menepati markah 0.4 dalam CGPA ..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
vinclam1314 wrote:huh? Kenapa mereka tidak dapat tawaran daripada Universiti tempatan? Bukankah mereka juga mempelajari STPM seperti apa yang kita pelajari? Saya berasa markah CGPA mereka mungkin adalah sama dengan permarkahan kami.. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan markah Coco untuk menepati markah 0.4 dalam CGPA ..
Ya. betul kata abang tohwai. Mereka mempelajari sama seperti kita yang sedang belajar. Tetapi adakah mereka akan diberi prioriti terlebih dahulu? Bukankah mengikut urutan ini [Matrikulasi-STPM-Kolej] Apakah pandangan kalian
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
urutan ini betul ke ni?
kenapa saya tidak pernah dengar tentang ni?
urutan ini tak adil la...
pada pandangan saya, saya rasa dasar ini amat baik, tetapi saya tidak mahu pergi....
ini kerana saya masih mahu tinggal dalam rumah...
abang saya ingin saya belajar di UM sahaja...
dia tak mau saya tinggal di luar rumah.
jika saya tak dapat masuk UM, mampuslah saya ni ....
pelajar tahun yang mana akan mula belajar di sana?
dan mana sekolah itu?
adakah kita perlu tinggal dalam asrama sekolah?
jika tahun saya yang akan pergi, macam mana dengan markah co-co kami?
persaingan sana mestilah amat sengit...

Ngo Yong Hui (L6A/2008)- Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 34
Location : KUALA LUMPUR
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Wa.. yongsui memang handal.. kamu mesti belajar bersungguh-sungguh untuk STPM kerana persaingan ke dalam UM adalah sangat tinggi... terdapat banyak pelajar handal juga tidak dapat memasukinya..
Adakah yongsui hanya belajar kerana abang mu dan bukannya kerana kamu sendiri? saya berasa bahawa kami haruslah belajar dengan bersemangat dahulu barulah kami berfikir tentang apa course atau Universiti yang kami mahu masuk..
Adakah yongsui hanya belajar kerana abang mu dan bukannya kerana kamu sendiri? saya berasa bahawa kami haruslah belajar dengan bersemangat dahulu barulah kami berfikir tentang apa course atau Universiti yang kami mahu masuk..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
Abang tohwai janganlah salah taip nama orang lain. Namanya yang baik telah diubahsuaikan oleh anda menjadi pelik atau abang sengaja melakukannya Yongsui bermaksud Hodoh. Abang bukan berkata yong hui hodoh. junior jangan salah faham abang. Saya berpendapat bahawa kakak yong hui seharusnya mempunyai pendirian yang baik. Janganlah dipengaruhi oleh abang anda. Anda mempunyai cita-cita sendiri dan cuba merealisasikannya sebelum anda tua. Yang paling penting sekali, jangan berputus-asa sekiranya anda gagal. Saya merupakan contoh yang baik. Selalu gagal sahaja.
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
urm.. sengaja taip punya... sudah lama saya biasa dengan nama ini kepada beliau... kerana seseorang memberitahu saya tentang namanya macam ini dahulu... agak sukar untuk menukar kebiasaan ini la.. beliau tidak mudah salah faham kerana beliau seorang yang bijaksana dan bertimbang rasa.. beliau juga mempunyai pendirian yang baik.. ini saya dapat buktikan.. saya berasa beliau sememangnya mempunyai cita-cita sendiri tetapi mungkin belum muncur sekarang kerana saya juga begitu.. sentiasa tukar-menukar cita-cita saya.. Oleh itu, guide yang diberikan oleh abangnya mungkin dapat menginspirasikan beliau..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Kelas Tingkatan Enam ke sekolah khas
hey!!! kenapa vinclam sentiasa buat macam tu???
janganlah guna perkataan "beliau" pada saya lah...
saya hanya seorang gadis yang tiada cita-cita...
abang vinclam terlalu pandang tinggi pada saya...
saya tak tau lagi cita-cita saya....
itulah sebabnya saya belajar form 6 sekarang...
sebenarnya saya tak berasa saya dapat masuk ke UM kerana keputusan saya tak berapa baik...
lagipun, saya tak de tuition. jadi mungkin keputusan saya tidak sebaik seperti vinclam & hawjiun ~
tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
wah....
abang haw jiun janganlah panggil saya kakak...
panggil saya adik sajalah...
sebenarnya saya memang tiada pendirian ....
saya tak tau apa nak buat...
jadi abang saya sentiasa memberi cadangan kepada saya, dan kebanyakannya saya akan terima dan ikut arahannya ...
kenapa semua orang ada cita-cita ??? sedangkan saya belum ada lagi???
janganlah guna perkataan "beliau" pada saya lah...
saya hanya seorang gadis yang tiada cita-cita...
abang vinclam terlalu pandang tinggi pada saya...
saya tak tau lagi cita-cita saya....
itulah sebabnya saya belajar form 6 sekarang...
sebenarnya saya tak berasa saya dapat masuk ke UM kerana keputusan saya tak berapa baik...
lagipun, saya tak de tuition. jadi mungkin keputusan saya tidak sebaik seperti vinclam & hawjiun ~
tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
wah....
abang haw jiun janganlah panggil saya kakak...
panggil saya adik sajalah...
sebenarnya saya memang tiada pendirian ....
saya tak tau apa nak buat...
jadi abang saya sentiasa memberi cadangan kepada saya, dan kebanyakannya saya akan terima dan ikut arahannya ...
kenapa semua orang ada cita-cita ??? sedangkan saya belum ada lagi???
Ngo Yong Hui (L6A/2008)- Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 34
Location : KUALA LUMPUR
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Transformasi Pendidikan Tingkatan Enam
» Kolokium Tingkatan 6
» Bayi berusia enam bulan menghidap diabetes
» Enam produk kosmetik disahkan mengandungi racun
» Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki
» Kolokium Tingkatan 6
» Bayi berusia enam bulan menghidap diabetes
» Enam produk kosmetik disahkan mengandungi racun
» Lima Pesakit Sebuah Klinik Disamun Enam Lelaki
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum