PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bahagian Tatabahasa

3 posters

Go down

Bahagian Tatabahasa Empty Bahagian Tatabahasa

Post  Khang Wei (U6B/2010) Thu May 20, 2010 11:48 am

Saya mendapati saya mempunyai pelbagai masalah dalam penggunaan tatabahasa. Oleh itu, saya ingin berkongsi pembelajaran tatabahasa yang dipetik daripada blog seorang cikgu.

MAKNA PERKATAAN BERAPITAN MEN...KAN
1.Jika kata dasarnya kata nama, maka maknakan pada kata yang berapitan men...kan ialah:

(a) menjadikan objek sebagai yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
mencalonkan (seseorang) = menjadikan seseorang sebagai calon

(b) memasukkan objek ke dalam sesuatu yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
mengandangkan (lembu) = memasukkan lembu ke dalam kandang

(c) membawa objek ke tempat yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
mendaratkan = membawa ke darat

2.Jika kata dasarnya kata bilangan, maka makna akhiran -kan pada kata yang berapitan men...kan ialah menjadikan sebanyak bilangan yang tersebut pada kata dasar itu.
Contohnya:
menyatukan = menjadikan satu

3.Jika kata dasarnya kata nama atau kata kerja dasar, makna -kan pada kata yang berapitan men...kan ialahmenyebabkan objek berlaku seperti yang tersebut pada kata dasar yang disertai awalan ber-.
Contohnya:
mendirikan = menyebabkan berdiri

4.Jika kata dasarnya kata kerja dasar , maka makna akhiran -kan pada kata yang berapitan men...kan ialah:

(a) melakukan perbuatan untuk seseorang yang menjadi objek.
Contohnya:
mengambilkan (ibu) = mengambilkan untuk ibu

(b) menjadikan objek berlaku seperti yang tersebut pada kata dasar yang disertai awalan ber-, atau men-, atau ter-.
Contohnya:
menghubungkan =menjadikan berhubung.

(c) menggunakan objek sebagai alat untuk melakukan perbuatan seperti yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya;
memukulkan (tongkat) =menggunakan tongkat untuk memukul

5. Jika kata dasarnya kata kerja tak transitif maka makna -kan pada kata yang berapitan men...kan ialah:

(a) menyebabkan objek berlaku seperti yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
menghilangkan =menyebabkan hilang

(b) membawa objek bersama-sama dengan perbuatan seperti yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
melarikan =membawa lari

6. Jika kata dasarnya kata adjektif, maka makna akhiran -kan pada kata yang berapitan men...kan ialah:

(a) menyebabkan objek jadi seperti yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
membanggakan =menyebabkan jadi bangga

(b) menganggap objek seperti yang tersebut pada kata dasar.
contohnya:
membenarkan =menganggap besar

7. Jika kata dasarnya frasa sendi, maka makna -kan pada kata yang berapitan men...kan ialah membawa objek ke tempat yang tersebut pada kata dasar.
Contohnya:
mengeluarkan =membawa keluar

Mulai hari ini saya akan berkongsi pengetahuan tatabahasa dengan rakan sekalian. Setiap hari saya akan post di sini tentang tatabahasa yang sering kita keliru. Very Happy

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Bahagian Tatabahasa Empty Re: Bahagian Tatabahasa

Post  PnLeela Fri May 21, 2010 5:43 am

satu usaha yang amat baik khang wei. teruskan usaha anda untuk berkongsi maklumat dengan rakan sekalian.

Pelajar-pelajar lain harus mencontohi usaha khang wei

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Bahagian Tatabahasa Empty Re: Bahagian Tatabahasa

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue Jun 01, 2010 11:16 am

KATA SENDI
1. Kata sendi atau sendi saja bertugas sebagai sendi (penghubung) yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.


2. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.


3. Kata sendi yang paling banyak digunakan adalah seperti berikut;


a) dari = digunakan untuk masa dan tempat.


b) di = digunakan untuk tempat


c) ke = digunakan untuk tempat, masa, benda konkrit tidak bernyawa.


d) akan/kepada/ terhadap = digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.


e) bagi/untuk = digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.


f) daripada = digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan menunjukkan keanggotaan.


g) tentang = digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan


h) sejak = untuk menyatakan makna bermula dari sesuatu masa tertentu


i) oleh = digunakan selepas kata kerja pasif yang berawal di- dan ter-.


4. Kata sendi yang lain ialah dengan , hingga/sampai, kepada, pada, sebagai, dan seperti.


BERI PERHATIAN :
Pastikan anda tahu penggunaan setiap kata sendi. Topik ini boleh ditanya dalam bentuk mencari kesalahan dalam ayat.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Bahagian Tatabahasa Empty Re: Bahagian Tatabahasa

Post  You Lee Shuen Tue Jun 08, 2010 3:58 pm

Untuk saudara dan saudari yang tidak memahami perkataan "Predikat".

Predikat:
~kata atau kata-kata dlm bentuk frasa yg menerangkan sesuatu yg menjadi subjek sesuatu ayat; cerita.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Bahagian Tatabahasa Empty Re: Bahagian Tatabahasa

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum