Kerajaan akan putuskan laksana gaji min. selepas kajian siap
Page 1 of 1

IPOH: Kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim gaji minimum terutama di sektor industri yang masih terlalu rendah sebaik saja kajian terhadap kesannya selesai.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pada masa sekarang pihaknya masih membuat pertimbangan pelbagai pandangan terhadap kesan yang timbul apabila ia dilaksanakan. "Kita masih membuat kajian dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai segi untuk menetapkan bagaimana kita akan menghadapi isu itu serta mendapatkan penyelesaian," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan cermin mata oleh MIC Bahagian Ipoh Barat kepada 200 murid miskin di sini hari ini. Ketika ditanya mengapa kajian terhadap pelaksanaan skim gaji minimum mengambil masa lama, beliau berkata skim gaji minimum adalah satu isu besar dan ia mesti dikaji secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan.
"Tindakan ini penting kerana kita mesti mengambil kira kesan akibat pelaksanaannya. Untuk memberitahu satu masa yang tepat (bila ia dilaksanakan) itu susah sedikit, tetapi memang kita akan melaksanakannya seberapa cepat yang boleh," katanya.
Bagaimanapun, Subramaniam berkata kerajaan menyedari bahawa gaji terutama membabitkan sektor swasta ketika ini agak rendah dan ia memerlukan satu perubahan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Kalau dibandingkan dengan gaji di sektor awam yang memang naik beberapa kali ganda dalam beberapa tahun lalu manakala sebaliknya di sektor swasta pula dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lalu gaji mereka sudah tepu, itu yang jadi isu," katanya.
Mengulas rungutan pengusaha ladang sayur-sayuran di Cameron Highlands yang kekurangan pekerja akibat tindakan kerajaan menghentikan pengambilan pekerja asing, beliau berkata masalah itu tidak seharusnya timbul.
"Ini kerana pengambilan pekerja asing masih dibenarkan dalam bidang-tertentu seperti pertanian, perladangan, pembuatan serta dalam perkhidmatan tertentu," katanya.
Beliau berkata, tindakan kerajaan menghentikan pengambilan pekerja dari Bangladesh adalah berdasarkan isu sosial dan keselamatan.

HuInI(U6A)- Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32
Similar topics
» Kerajaan akan tangani isu gaji rendah
» Kerajaan Akan Kaji Semula Jambatan Ganti Tambak Johor
» Laporan kajian beban guru siap seminggu lagi
» Kerajaan akan lancar transformasi pendidikan pribumi Sabah,
» Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum