PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin

Go down

Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin Empty Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin

Post  ong poh lee U6B Sat Apr 24, 2010 10:07 am

HULU SELANGOR 24 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meningkatkan lagi usaha untuk membantu masyarakat luar bandar khususnya yang miskin dan daif walaupun kerajaan telah berjaya membantu memperbaiki taraf hidup mereka sejak merdeka lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan negara mencapai Wawasan 2020, tidak akan sekali-kali mengabaikan masyarakat luar bandar yang miskin dan daif.

"Kita akan teruskan dan tingkat usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Komitmen kita untuk membela rakyat miskin tidak akan terhenti. Kita tidak mahu lagi melihat rakyat terikat dengan putaran kemiskinan.

"Salah satu sasaran pimpinan negara ialah mengatasi masalah kemiskinan. Kita telah berjaya setakat ini. Ketika kita (negara) merdeka 53 tahun lalu, paras kemiskinan negara pada tahap 60 peratus daripada penduduk tapi kini ianya hanya 3.5 peratus.

"Ini kemungkinan besar satu rekod dunia...iaitu mengurangkan kadar kemiskinan begitu banyak dalam masa yang singkat. Tetapi ada juga orang di luar bandar yang tidak bersyukur...pembelaan yang sekian lama tidak diingat,” kata ketika berucap di majlis mesra bersama rakyat dan peserta Felcra Bhd. di Ampang Pecah di sini, hari ini. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum