PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ilmu kepenggunaan perlu supaya tidak ditindas

2 posters

Go down

Ilmu kepenggunaan perlu supaya tidak ditindas Empty Ilmu kepenggunaan perlu supaya tidak ditindas

Post  keat sin (U6A) Sat May 15, 2010 9:22 am

PUTRAJAYA: Rakyat negara ini harus melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kefahaman sebagai pengguna amat penting kerana melaluinya rakyat dapat mengetahui hak mereka sebagai pembeli dan boleh mendapatkan pembelaan sekiranya tertindas.
"Masyarakat harus sedar menegnai hak mereka sebagai pengguna supaya orang lain tidak boleh mengambil kesempatan terhadap kita.
"Jika masyarakat didedahkan dengan ilmu kepenggunaan, pihak yang tidak beretika ini akan berhati-hati. Mereka akan takut kerana kuasa membeli yang ada pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pendidikan Pengguna Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Muhyiddin berkata, masyarakat termasuk golongan belia perlu memahami peranan mereka sebagai pengguna supaya kehidupan mereka tidak "dinodai".
Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha dalam melindungi kepentingan pengguna, yang sebahagian besarnya merupakan generasi muda di negara ini.

Bagi tujuan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dipinda untuk memperkukuhkan perlindungan kepada pengguna.

Beliau juga berkata, pendedahan tentang kefahaman kepenggunaan adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap masyarakat berpendapatan tinggi di bawah Model Baru Ekonomi.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Ilmu kepenggunaan perlu supaya tidak ditindas Empty Re: Ilmu kepenggunaan perlu supaya tidak ditindas

Post  HsianMin (U6B/2010) Sat May 15, 2010 1:36 pm

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.
Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya


Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.


Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.


Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.


Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.


Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.


Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.


Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum