Mayat lekat pada saluran air ke rumah
Page 1 of 1
Mayat lekat pada saluran air ke rumah
Mangsa dipercayai terbabit nahas
BATU PAHAT: Seorang wanita terkejut apabila menjumpai mayat berulat ketika memeriksa saluran air yang disambung daripada parit pancuran air semula jadi di seberang jalan berhadapan rumahnya di Kampung Mohd Noor, Kilometer 8 Jalan Parit Sulong-Yong Peng, di sini. Pekerja kilang elektronik, Yatimah Isnin, 52, yang baru pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam, mendapati rumahnya tiada bekalan air menyebabkan beliau memeriksa saluran air yang disambung dengan getah paip ke parit pancuran air di seberang jalan. “Saya sekeluarga memang menggunakan air daripada pancuran air itu dan bukan perkara pelik jika bekalan air tidak keluar kerana mungkin tersekat dengan lumpur atau rumput, jadi saya turun seorang diri ke kolong simen bawah tanah di depan rumah untuk memeriksa saluran getah.
“Ketika menyusuri getah paip di kolong bawah tanah menuju ke seberang, saya tiba-tiba ternampak bungkusan plastik di pancuran air itu sebelum memanggil jiran dan anak lelaki supaya memeriksa bungkusan itu, yang saya sangkakan mungkin ada orang buang bayi.
“Namun, saya terkejut apabila anak jiran saya memberitahu bungkusan plastik itu sebenarnya mayat seorang lelaki yang lengkap memakai baju hujan dalam keadaan tertiarap. Malah, motosikalnya yang berada dalam kedudukan menegak seolah-olah berada atas jalan raya, turut berada di sisi mayat, ” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Sepasukan anggota polis dan bomba kemudian bertungkus-lumus sebelum berjaya mengeluarkan mayat berkenaan serta motosikalnya yang terbenam di dalam lumpur pancuran air berkenaan. Turut ditemui di sisi mayat adalah beg sandang kulit berjenama Converse.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan yang dikenal pasti sebagai Rahmat Mohd Elah, 46, dan berasal daripada Ulu Tiram, Johor Bahru.
“Siasatan awal menunjukkan mangsa seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Seri Sulong, di sini dan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sengkuang, Sri Gading.
“Mangsa seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya dan dipercayai sudah berada dalam parit berkenaan beberapa hari sebelum ditemui berikutan keadaan mayat yang sudah berulat dan membengkak.
“Mangsa turut dipercayai terbabit dalam kemalangan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam parit berkenaan. Bagaimanapun, punca kejadian sebenar sedang disiasat,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Sabrai Sahran, 65, berkata, beliau ada terdengar bunyi dentuman kuat sebelum suara meminta tolong di kawasan rumahnya, pagi Sabtu lalu ketika sedang menajak rumput di halaman rumahnya.
“Makcik terperanjat dan memanggil jiran untuk memeriksa jalan di depan rumah kerana menganggap ada kemalangan berlaku di jalan hadapan tetapi apabila diperiksa tidak kelihatan pula sebarang kenderaan di jalan raya ketika itu. Sebaik melihat tiada apa-apa berlaku di jalan, makcik dan jiran pulang semula ke rumah selepas menyangka ia hanya khayalan saja.
“Makcik tidak sangka pula rupanya bunyi dentuman kuat dan suara meminta tolong itu benar-benar terjadi dan mangsa jatuh dalam parit pancuran air di sebarang jalan, tidak terlintas pula makcik ke sana sebelum ini, " katanya.

yeow_U6A/2010- Posts : 87
Join date : 2009-06-27
Similar topics
» Mayat remaja disorok dalam but
» Mayat mangsa bunuh rentung
» Mayat bayi ditemui berhampiran surau
» Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya
» Pasangan remaja mengaku salah kebumikan mayat bayi

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum