PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kereta guna air

2 posters

Go down

Kereta guna air Empty Kereta guna air

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 13, 2010 6:02 pm

PENGENALAN teknologi nano sejak 1956 memudahkan kehidupan seharian manusia dari pelbagai aspek seperti pembinaan alat penapisan air, robotik, mengesan penyelewengan subsidi dan penghasilan produk kecantikan.

Kini, ‘teknologi halus’ itu digunakan dalam mengurangkan beban kewangan dalam menempuh kehidupan seharian seperti diusahakan penyelidik, Richard P Feymen yang mengutarakan idea mengurangkan penggunaan minyak petrol sebagai bahan bakar pada kenderaan sehingga 40 peratus.

Produk yang dinamakan Fuelwater diperkenalkan sebuah syarikat Bumiputera, ZFAS Technologies yang sebelum ini mengeluarkan produk seumpamanya iaitu Neomagnet hasil teknologi Eropah dan Jepun.


Jika sekali pandang, sistem itu tidak ubah seperti kenderaan menggunakan gas asli cecair (NGV) yang digunakan teksi di negara kita tetapi Fuelwater jauh lebuh ringkas dan mudah digunakan.

Saiznya cukup kecil yang mana komponen yang besar ialah tangki airnya yang boleh menampung lapan liter air dan sumber yang membantu menggerakkannya cukup murah serta mudah didapati.

Secara umumnya, sistem ini akan menggunakan air (H2O) sebagai sebagai bahan api kedua dan petrol sebagai bahan api utama tetapi pada kadar yang kurang berbanding kereta tanpa FuelWater.

Produk ini mempunyai empat komponen utama iaitu tangki, sistem penapis air, paip dan pengubah yang dipasang pada enjin kereta yang mana setiap daripadanya mempunyai fungsi tersendiri.

Ia berfungsi dengan mudah iaitu pengguna hanya perlu mengisi tangki air berkenaan dengan air (air bertapis atau air paip) yang akan disalurkan ke enjin dan bercampur dengan petrol di pengubah yang berfungsi mempercepatkan tindak balas kimia antara air dan petrol.

Secara saintifiknya, apabila molekul petrol yang terdiri daripada hidrokarbon diaktifkan akan berlaku tindak balas kimia dengan atom hidrogen dan oksigen (yang diekstrak daripada molekul air - H2O ) selepas saja enjin dihidupkan.

Hasil daripada gabungan ini, gumpalan petrol yang kompleks tadi akan dipecahkan kepada kumpulan molekul lebih kecil. Ini membantu memudahkan dan pemangkin pembakaran lebih baik.

Info: Teknologi Nano

Tangki standard dapat menampung perjalanan 150 hingga 200 kilometer (km) dan pada masa depan tangki bersaiz lebih besar akan dikeluarkan yang boleh menampung perjalanan sejauh 450 hingga 500 km.

Nisbah ‘Fuelwater’ 70 peratus (petrol) : 30 (air) untuk kereta jenis suntikan, manakala kereta karburetor 60:40.

Kos kajian dan pembangunannya mencecah sebanyak RM2.5 juta yang mengambil masa empat tahun.

Harga jualan dijangkakan sekitar RM600 seunit untuk sebuah kenderaan (termasuk kos pemasangan )

FAKTA: Kelebihan

Mengurangkan penggunaan petrol

Menjimatkan kos petrol

Membersihkan enjin

Menambah tenaga dan pecutan enjin

Kurang asap/gas toksik dari ekzos

Mesra alam

Hanya gunakan air sebagai bahan api kedua

Lebih kos efektif, praktikal, murah dan mudah berbanding sistem NGV dan elektrolisis

Dipetik daripada : http://www.bharian.com.my/
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Kereta guna air Empty Re: Kereta guna air

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu May 13, 2010 6:12 pm

Keburukan :-

1.) Kurang pecutan..
2.) Kenderaan akan lebih berat untuk menampung air..
3.) Komponen enjin berkebarangkalian untuk berkarat..
4.) Kos pemasangan peralatan yang agak tinggi

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Kereta guna air Empty Re: Kereta guna air

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 13, 2010 6:52 pm

Keburukan :-

1.) Kurang pecutan..
2.) Kenderaan akan lebih berat untuk menampung air..
3.) Komponen enjin berkebarangkalian untuk berkarat..
4.) Kos pemasangan peralatan yang agak tinggi

Walaupun kereta mempunyai keburukan, apa yang paling penting ialah kereta sebegini mesra alam dan tidak mencemarkan udara. Pada hari ini, pelbagai motokar menggunakan petrol atau diesel untuk menggerakkan enjin dan ini menghasilkan banyak gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida dan karbon monosikda. Gas-gas ini boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan mengakibatkan peningkatan suhu dunia secara mendadak. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kereta sebegini memang memanfaatkan kita dan alam sekitar.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Kereta guna air Empty Re: Kereta guna air

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum