PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

5 posters

Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  wonderfoo_99 Wed Jul 23, 2008 10:44 am

Kereta elektrik: Pakar ekonomi sokong



KUALA LUMPUR 22 Julai - Pengeluaran kereta elektrik oleh Proton di Malaysia dilihat sebagai satu kejayaan besar yang bakal dicapai oleh negara khususnya dalam usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol.

Beberapa orang pakar ekonomi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini melihat langkah yang bakal diambil Proton itu sebagai satu tindakan yang amat baik dan bakal memberi impak positif kepada rakyat serta industri pemotoran negara.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, pada ketika rakyat dibelenggu dengan kenaikan harga petrol yang cukup membebankan, kerajaan telah tampil dengan idea yang cukup baik dan sihat apabila mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik.

Katanya, seiring dengan matlamat kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat, Proton juga perlu memastikan pengeluaran kereta elektrik itu kelak mampu memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat khususnya golongan sederhana dan bawah.

"Sehubungan itu, Proton perlu mengkaji secara mendalam mengenai hal ini khususnya kumpulan sasaran penjualan kereta tersebut agar hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tidak tersasar,'' katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam. Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

Menurut Haim, Proton juga disarankan agar meluaskan pasaran penjualan kereta bukan sahaja di negara ini malah di peringkat antarabangsa sebagai usaha meningkatkan pengeluaran yang akan dapat membantu mengurangkan kos pembuatan kereta elektrik itu.

Jelasnya lagi, faktor-faktor tersebut diyakini akan dapat mempengaruhi harga kereta tersebut di pasaran dan sekali gus Proton mampu menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian dengan kemampuan rakyat Malaysia.

"Proton perlu ada strategi yang baik dan perancangan yang rapi jika mahu melihat idea ini dapat direalisasikan pada tahun depan,'' ujarnya.

Tambah beliau, penghasilan kereta elektrik itu juga dapat memberi kesan yang baik kepada industri hiliran dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat.

Pengerusi Pusat Dasar Kajian Umum, Tan Sri Ramon Navaratnam pula menyifatkan langkah yang diambil oleh kerajaan sebagai satu kejayaan yang besar dan penghasilan kereta elektrik itu merupakan satu pengenalan baru yang bakal memberi kesan positif kepada rakyat.

"Saya amat mengalu-alukan langkah yang diambil oleh kerajaan ini kerana ia diyakini akan dapat membantu rakyat berjimat cermat,'' katanya.

Beliau memberitahu, kereta elektrik tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi berbanding kereta yang menggunakan petrol.

Katanya lagi, idea tersebut sangat praktikal dalam situasi negara dibelenggu dengan kenaikan harga petrol yang tinggi.

Malah menurut Ramon, usaha itu juga bakal memberi 'nyawa' yang lebih panjang kepada Proton untuk bersaing di dalam industri pemotoran.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah ketika dihubungi berkata, pengeluaran kereta elektrik oleh Proton akan dapat membantu rakyat mengurangkan kos hidup yang semakin meningkat.

"Kereta elektrik tidak memerlukan pembiayaan penyelengaraan yang tinggi berbanding kereta petrol yang enjinnya lebih kompleks untuk dijaga.

"Malah pengguna juga tidak perlu mengisi minyak pada setiap hari kerana kita hanya perlu mengecas baterinya di rumah,'' katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada syarikat pengeluar kereta tempatan itu agar mengenakan harga kenderaan tersebut pada paras yang berpatutan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat mampu memilikinya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Re: Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:16 am

Pada pendapat saya, penggunaan kereta elektrik adalah satu cara yang baik untuk mengurangkan penggunaan petrol. Cara ini dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Justeru, penggunaan kereta elektrik tidak akan mengalami kehabisan sumber, kerana elektrik yang diguna boleh dicas semula. Pada hal ini, pengguna tenaga solar untuk kegunaan kereta elektrik adalah lebih ekonomi berbanding penggunaan petrol. Dalam hal ini, kedudukan Malaysia adalah berada di kawasan khatulistiwa, oleh itu pancaran matahari adalah sepanjang tahun. Hal ini, negara kita tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber.Akhirnya, saya 100% sokong cara ini.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Re: Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  siewMei Sun Aug 10, 2008 2:04 pm

memang penggunaan kereta elektrik dapat mengurangkan beban rakyat memandangkan harga petrol semakin meningkat. namun,adakah kereta elektrik ini akan menghadapi masalah seperti "short-circuit"?sebab kereta ini menggunakan elektrik,iaitu tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kinetik untuk menggerakkan rodanya,dan bukannya pembakaran petrol yang menghasilkan tenaga haba dan ditukar kepada tenaga kinetik. maaf ya sebab saya tidak tahu perkataan "short-circuit" dalam BM.. Embarassed

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Re: Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 15, 2008 3:39 pm

Masalah-masalah yang dihadapi pengguna kereta elektrik adalah perkara yang biasa. Oleh kerana teknik ini hanya dalam peringkat kajian, justeru masalah yang ada, mesti memerlukan masa untuk dikaji. sebenarnya penggunaan kereta elektrik adalah tidak popular, kerana hanya beberapa negara yang mengguna teknik ini. Contoh Jepun yang guna teknik ini. Saya percaya masalah yang dihadapi boleh diatasi. Dalam hal ini, Malaysia telah bekerjasama dgn Jepun dan menpelajari teknik yang canggih dari Jepun. Kita perlu yakin teknik baru yang diperkenakan, benda baru mesti ada sedikit masalah teknikal, biar masa membukti segala-segalanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Re: Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  hawjiun Tue Aug 19, 2008 4:24 pm

siewMei wrote:memang penggunaan kereta elektrik dapat mengurangkan beban rakyat memandangkan harga petrol semakin meningkat. namun,adakah kereta elektrik ini akan menghadapi masalah seperti "short-circuit"?sebab kereta ini menggunakan elektrik,iaitu tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kinetik untuk menggerakkan rodanya,dan bukannya pembakaran petrol yang menghasilkan tenaga haba dan ditukar kepada tenaga kinetik. maaf ya sebab saya tidak tahu perkataan "short-circuit" dalam BM.. Embarassed

Saya tahu perkataan Short-Circuit dalam bahasa melayu. Adakah litar pintas yang kakak ingin disampaikan? Saya berasa kereta sebegini tidak akan berlaku litar pintas dengan begitu sahaja. Ia boleh membawa maut sekiranya litar pintas senang berlaku.Kereta-kereta seperti Honda Civic Hybrid dan Toyota Prius Hybrid juga dapat menjimatkan petrol dan dapat juga menggunakan sumber alternative untuk mengerakkan kereta. Very Happy

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty penggunaan kereta elektrik

Post  leechoonyuan(L6f) Wed Sep 17, 2008 2:07 pm

Saya amat bersetuju pada penggunaan kereta elektrik kerana kereta ini tidak akan menyebabkan pencemaran dan kereta ini tidak menggunakan petrol sedangkan harga petrol menaik dengan mendadak.Saya berharap bahawa pada masa depan kereta elektrik ini akan digunakan oleh semua penduduk di negara kita supaya alam sekitar kita dapat dipelihara.

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Re: Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  SenHan_U6F Wed Sep 17, 2008 5:51 pm

Pada pendapat saya , walaupun penggunaan kereta elektrik dapat mengelakkan kepupusan petrol minyak , tetapi kita masih tidak dapat mengenal pasti kesan sampingan kereta elektrik ,ia mungkin mengandungi cas-cas elektrik dalam kereta dan menyebabkan kesihatan kita terganggu dan juga masalah seperti "short-circuit" belum dikenalpasti oleh itu kajian lebih mendalam perlu dibuat sebelum kereta elektrik diperkenalkan.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik???? Empty Re: Apa pandangan tentang penggunaan kereta elektrik????

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum