Update : Model Ekonomi Baru
4 posters
Page 1 of 1
Update : Model Ekonomi Baru
Ketua jabatan, NGO hadir makmal Model Ekonomi Baru
2010/05/13
TEMERLOH: Seramai 50 ketua jabatan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini menyertai makmal Model Ekonomi Baru (MEB) Temerloh dalam usaha membantu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mereka yang akan dilantik sebagai jawatankuasa MEB daerah ini akan mendapatkan input mengenai keperluan pembangunan di jabatan masing-masing.
Katanya, mesyuarat kali pertama diadakan kelmarin dan akan diikuti dengan mesyuarat kali kedua pada minggu depan bertujuan mendapatkan pandangan jabatan dan agensi mengenai MEB.
"Jabatan dan agensi kerajaan akan mengemukakan cadangan yang boleh membantu membangunkan daerah ini serta masalah yang dihadapi," katanya kepada Berita Harian di sini, kelmarin.
Saifuddin berkata, ia juga bertujuan membolehkan lebih ramai masyarakat memahami hasrat kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara sejajar dengan matlamat menjadikan negara berpendapatan tinggi pada masa akan datang.
Beliau berkata, dalam pertemuan itu juga, semua agensi dan jabatan kerajaan diberi penerangan mengenai kepentingan MEB yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 Mac lalu.
"Mereka dapat menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat kepada ahli dan masyarakat akar umbi mengenai dasar baru kerajaan," katanya.
Oleh demikian, beliau berharap dengan cara itu, masyarakat akan lebih memahami hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi negara demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
MEB, NKEA lonjak ekonomi negara
PETALING JAYA: Kerajaan tidak boleh terus melaksanakan dasar ekonomi lapuk jika mahu melonjakkan ekonomi dan mengeluarkan Malaysia dari kepompong negara berpendapatan sederhana, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata sehubungan itu, kerajaan merangka Model Ekonomi Baru (MEB) yang diyakini mampu menjadi pemangkin dalam membentuk hal tuju baru ekonomi negara.
Malah, beliau berkata, inisiatif yang dirangka MEB merangkumi Program Transformasi Ekonomi (GTP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) juga dijangka dapat meletakkan negara sebagai pesaing di persada antarabangsa.
Menerusi makmal NKEA misalnya, usaha akan dilakukan untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan pendapatan tahunan setiap rakyat daripada AS$7,000 (RM22,750) kepada AS$15,000 (RM48,750) menjelang 2020,” katanya ketika melancarkan Bengkel NKEA di Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MAS) di Kelana Jaya dekat sini, semalam.
Bengkel yang dihadiri hampir 900 peserta dengan latar belakang dan kepakaran berbeza itu akan membangunkan NKEA berdasarkan kepentingan negara dengan kerjasama Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta rakan sejawatnya, Datuk Seri Idris Jala; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz.
Muhyiddin berkata, masa depan ekonomi Malaysia bergantung kepada keupayaan negara untuk mewujudkan suasana perniagaan lebih telus, pasaran mesra pelabur dan persekitaran kondusif bagi menggalakkan perkembangan inovasi dan pertumbuhan pelaburan.
“MEB sememangnya memberi penekanan kepada aspek inovasi dan perkhidmatan bernilai tinggi yang akan membuka peluang ekonomi sama adil kepada rakyat.
“Tiba masanya untuk kita melaksanakan prinsip dan dasar yang terkandung dalam MEB supaya masa depan negara lebih berdaya saing, menikmati kemakmuran kewangan dan kesejahteraan sosial,” katanya.
Beliau turut menggariskan beberapa bidang yang menyumbang kepada ekonomi negara seperti industri elektronik dan elektrikal, pelancongan, bioteknologi, kebudayaan, hiburan dan kewangan Islam.
Mengenai bengkel berkenaan, katanya, kerjasama peserta bengkel di kalangan sektor swasta diperlukan terutama dalam membuat keputusan berkaitan pelaburan negara berbanding kebergantungan kerajaan untuk menentukan industri yang akan diswastakan bagi mencapai pelaburan strategik.
“NKEA perlu menyokong usaha berterusan untuk membangunkan sektor masa depan yang mana kita mempunyai kelebihan dan membina serta mengambil kesempatan daripada sektor baru untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinet akan berbincang serta meneliti maklum balas peserta bengkel itu sebelum mendapatkan persetujuan sebulat suara

ZiAmUn(U6A/'10)- Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33
Re: Update : Model Ekonomi Baru
Secara kesimpulan... Model Ekonomi Baru (MEB) dirangka adalah untuk membentuk hal tuju baru ekonomi negara dan meletakkan negara sebagai pesaing di persada antarabangsa.. Dasar ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek inovasi dan perkhidmatan bernilai tinggi yang akan membuka peluang ekonomi sama adil kepada rakyat. Sehubungan itu, Model Ekonomi Baru (MEB) juga akan memastikan masa depan negara dapat menikmati kemakmuran kewangan dan kesejahteraan sosial. Semoga dasar ini akan dapat membantu negara menonjolkan diri dan mencapai ke tahap yang lebih tinggi...
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Re: Update : Model Ekonomi Baru
Apa pun untuk jika hendak mengubah negara kita kepada negara maju perlulah mengubah budaya yang hanya menerima perubahan kepada budaya yang mencipta perubahan.
Negara-negara maju dan negara baru yang semakin maju (China) mempunyai daya inovasi atau daya cipta yang pesat dan berdaya saing tertinggi didunia. Ini bermakna negara kita hendaklah tidak hanya menerima pelabur tetapi melabur kepada perkembangan industri inovasi ini.
Dengan kata lain, negara maju ada negara pencipta/pengeluar barangan manakala negara membangun adalah pengguna. Hendaklah kita berusaha menjadikan Malaysia adalah hup pengeluar apa pun barangan yang dapat diterima oleh negara asing yang mempunyai kuasa menjual dan kuasa membe

LEE WEI SHAN L6F 2010- Posts : 23
Join date : 2010-05-26
Re: Update : Model Ekonomi Baru
leo@leel6f2010 wrote:Hendaklah kita berusaha menjadikan Malaysia adalah hup pengeluar apa pun barangan yang dapat diterima oleh negara asing yang mempunyai kuasa menjual dan kuasa membe
Ayat yang ingin leo@leel6f2010 sampaikan tidak lengkap... Apakah yang ingin disampaikan..? Kuasa menjual dan kuasa membeli?
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» Model ekonomi baru mampu dilaksana
» Sanusi Junid syor tubuh Bank Model Ekonomi Baru
» Perbincangan isu ekonomi
» Kerajaan kenal pasti bidang ekonomi baru untuk Bumiputera
» RMK-10: Ekonomi berkembang 6 peratus

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum