PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KDN, Musa diminta mohon maaf

Go down

KDN, Musa diminta mohon maaf Empty KDN, Musa diminta mohon maaf

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed May 12, 2010 6:03 pm

Keluarga mahu KPN contohi Ketua Polis Negeri Sembilan

SHAH ALAM: Keluarga remaja yang mati terkena tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, 15, akhir bulan lalu, memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, meminta maaf kepada mereka terutama ibu mangsa, atas apa yang berlaku.

Bapa saudara Aminulrasyid, Kamaruddin Hassan, berkata walaupun mereka berterima kasih dengan pendakwaan terhadap seorang anggota polis peronda yang terbabit kelmarin, keluarga mangsa meminta KDN dan Musa mencontohi tindakan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, yang meminta maaf daripada seorang remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera di perut akibat ditembak polis apabila mangsa enggan memberhentikan motosikalnya, minggu lalu.

Sehubungan itu, katanya, keluarga Aminulrasyid masih meminta supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya ia tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.

Katanya, bagi keluarga Aminulrasyid, sudah tentu ada kesilapan dilakukan anggota berkenaan jika ada pendakwaan.

"Kami ingin tahu proses penyiasatan dilakukan. Bagaimana perkara ini berlaku kerana kami sekeluarga tidak tahu mengenai penyiasatan yang dilakukan dan apa sebenarnya berlaku.

"Adakah kerana dia mengundur dan ada parang dalam kereta maka Aminulrasyid ditembak. Kami sekeluarga tertanya-tanya dan tidak tahu apa butiran siasatan," katanya pada sidang media di rumah keluarga remaja itu di sini, semalam.

Kelmarin, Koperal Jenain Subi, 48, dari Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Kamaruddin berkata, sejak awal lagi ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, memohon pihak berkuasa membersihkan nama remaja itu yang sebelum ini didakwa sebagai penyamun dan penjenayah.

Ditanya tidakkah pendakwaan terhadap Jenain dilihat sebagai membersihkan nama Aminulrasyid, Kamaruddin berkata ia adalah satu cara, tetapi keluarga mempersoalkan mengapa Musa dan KDN tidak menemui keluarga serta meminta maaf kerana perkara yang berlaku mungkin akibat kecuaian anggota polis.

Katanya, selain nama Aminulrasyid, pihak berkuasa juga perlu membersihkan nama keluarga remaja itu serta nama sekolah tempat mangsa pernah bersekolah sebelum kejadian, yang turut terpalit dengan gelaran yang diberikan.

Pada masa sama, katanya, keluarga Aminulrasyid juga mahu tahu apa tindakan polis terhadap dakwaan rakan Aminulrasyid, Mohamad Azamuddin Omar, 15, yang dia dipukul polis selepas berjaya keluar daripada kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa, pada kejadian awal pagi itu

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

KDN, Musa diminta mohon maaf Empty Polis hanya anggap Aminulrasyid suspek

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu May 13, 2010 12:28 pm

SHAH ALAM: Polis Selangor menegaskan pihaknya tidak pernah melabel Aminulrasyid Amzah sebagai penjenayah seperti didakwa keluarganya, sebaliknya hanya mengesyaki mangsa melakukan jenayah ketika kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun itu dikejar polis.

Sehubungan itu, polis berpendapat tidak perlu meminta maaf kepada keluarga remaja seperti yang diminta, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

“Kita tidak pernah menggunakan perkataan penyamun tetapi suspek penjenayah selepas remaja terbabit dan rakannya tidak mengendahkan arahan anggota polis supaya menghentikan kereta mereka untuk diperiksa.

“Janganlah ada orang cuba pusing-pusing cakap... kita tak pernah kata mereka di dalam kereta itu penjenayah. Justeru, saya enggan dan tidak akan memohon maaf... tiada sebab mengapa saya perlu memohon maaf,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang kesal dengan sikap sesetengah pihak terus mengecam polis, berkata pihak yang patut memohon maaf ialah mereka yang membenarkan Aminulrasyid memandu kereta tanpa lesen. "

Ada pihak cuba hasut masyarakat, orang ramai dan remaja supaya salah faham dan benci polis. Sepatutnya pihak ini nasihat masyarakat, terutama remaja supaya patuhi peraturan, bukan terus menanam kebencian terhadap polis" katanya.

Kelmarin, keluarga Aminulrasyid memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, meminta maaf kepada mereka terutama ibu mangsa, atas apa yang berlaku.
Bapa saudara Aminulrasyid, Kamaruddin Hassan, berkata walaupun berterima kasih dengan pendakwaan terhadap seorang anggota polis peronda yang terbabit, keluarga mangsa meminta KDN dan Musa mencontohi tindakan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, meminta maaf daripada seorang remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera pada perut akibat ditembak polis apabila mangsa enggan memberhentikan motosikalnya, minggu lalu.

Keluarga Aminulrasyid juga merayu polis membersihkan nama Aminulrasyid daripada dilabelkan penjenayah.

Sementara itu, di PUTRAJAYA, Musa enggan menjawab pertanyaan media sama ada pihaknya akan melayan permintaan keluarga Aminulrasyid kerana khuatir akan mendatangkan implikasi dari segi perundangan berhubung kes itu.

Bagaimanapun, beliau menyatakan tidak mempunyai sebarang halangan jika hasil laporan Panel Khas KDN yang ditubuhkan khusus bagi memantau siasatan polis didedahkan kepada umum.

“Saya tidak mempunyai apa-apa masalah jika kandungan laporan panel itu mahu didedahkan, terutama berhubung prosedur standard operasi (SOP) kita dalam penggunaan senjata api ketika bertugas,” katanya.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum