PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

H1N1: Sekolah diminta ambil langkah pencegahan

2 posters

Go down

H1N1: Sekolah diminta ambil langkah pencegahan Empty H1N1: Sekolah diminta ambil langkah pencegahan

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sat Apr 03, 2010 5:44 pm

BACHOK: Kementerian Pelajaran hari ini menasihatkan semua sekolah di negara ini terus mengambil langkah pencegahan bagi mengelak penularan wabak H1N1 di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pihak sekolah sewajarnya mengambil langkah pencegahan sebagaimana arahan yang dikeluarkan ketika penularan wabak itu tahun lalu.

"Arahan itu tetap sama dan saya minta pihak sekolah lihat pekeliling dan arahan yang dikeluar sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Gala Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2010 di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tangok, di sini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Arahan itu tetap sama dan saya minta pihak sekolah lihat pekeliling dan arahan yang dikeluar sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Gala Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2010 di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tangok, di sini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kementerian Kesihatan sebelum melaporkan terdapat trend peningkatan kes Influenza A H1N1 di negara ini sejak tiga minggu lalu dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu.

Kluster gejala seakan influenza (ILI) tertinggi dicatat di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi (48 kes), Sekolah Menengah Teknik Langkawi (43 kes), Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor (31 kes) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi (30 kes).
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

H1N1: Sekolah diminta ambil langkah pencegahan Empty Ibu, anak meninggal kes selesema babi

Post  WAN SEN (U6A) Sun Apr 04, 2010 3:21 am

JASIN: Satu keluarga di Batu 14 Jalan Jasin, Merlimau dekat sini terpaksa menerima hakikat kehilangan dua ahli keluarga dalam tempoh tiga hari akibat dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Kematian membabitkan ibu keluarga itu, Maimunah Dimah, 54, yang meninggal dunia pada Rabu lalu sebelum diikuti anak keduanya, Sumarni Md Nor, 30, kelmarin.

Lebih menyedihkan keluarga terbabit apabila Sumarni tidak sempat untuk melihat anak kecil yang baru dilahirkannya, empat hari lalu kerana terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas tidak sedarkan diri sejurus menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya.

Suami Sumarni, Mustadza Sarmat, 29, berkata wabak yang dijangkiti isterinya dikesan selepas Klinik Kesihatan Merlimau mengarahkannya mendapat rawatan lanjut di Hospital Melaka apabila jantung bayi dalam kandungan berdegup laju.

Katanya, di Hospital Melaka, doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan kerana khuatir keselamatan bayi berkenaan meskipun tarikh jangkaan bersalin pada 14 April ini.

Apabila selesai pembedahan, hospital memaklumkan isteri saya tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU.

Tiga hari selepas itu, isteri meninggal dunia. Saya terkilan kerana Sumarni tidak dapat melihat wajah bayi kami meskipun beberapa hari sebelum meninggal sudah berjanji akan bersama memberi kasih sayang kepada anak keduanya itu, katanya

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum