Beberapa langkah perkukuh pembangunan sukan di sekolah
Page 1 of 1

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan pelaksanaan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah.
Beliau berkata, antara yang diputuskan ialah menjadikan aktiviti sukan di sekolah sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan-timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang.
Selain itu, katanya, bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum akan dipisahkan.
"Kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
Selain itu, beliau berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Muhyiddin berkata, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.

keat sin (U6A)- Posts : 121
Join date : 2009-10-07
Similar topics
» Sukan Akan Dijadikan Agenda Utama Pembangunan Negara
» H1N1: Sekolah diminta ambil langkah pencegahan
» APAKAH PANDANGAN ANDA? U6A
» Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)
» Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum