PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia antara pelabur terbesar Kemboja

Go down

Malaysia antara pelabur terbesar Kemboja Empty Malaysia antara pelabur terbesar Kemboja

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed May 12, 2010 5:02 pm

DATUK Seri Najib Razak berkata, urus niaga perniagaan berjumlah AS$136.6 juta (RM450.7 juta) yang dirundingkan sempena lawatan rasminya ke sini memberikan petunjuk Malaysia serius untuk terus kekal sebagai antara pelabur asing terbesar di Kemboja.

Perdana Menteri berkata, 196 pertemuan perniagaan diadakan sempena Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja antara pelabur dan ahli perniagaan Malaysia dan Kemboja ketika lawatan itu

“Pemulihan krisis ekonomi global turut menyumbang kepada peningkatan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara,” katanya kepada wartawan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, pagi semalam.

Beliau diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama bagi mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd Hussein Mohd Tahir.

Menjawab soalan sama ada Malaysia akan meningkatkan pelaburannya di sini, Najib berkata: "Kita tak tahu apa yang negara lain akan buat. Kita sudah tentu salah satu negara terbesar bergantung kepada projek dan secara purata Malaysia adalah antara negara pelabur asing terbesar di Kemboja."

Malaysia pernah menjadi pelabur terbesar di Kemboja selama 14 tahun berturut-turut dengan jumlah pelaburan AS$2.19 bilion (RM7.3 bilion).

Ditanya mengenai perancangan kerajaan meningkatkan kehadiran Petronas di Kemboja, Najib berkata, beliau akan mencari peluang dalam semua aspek termasuk juga peranan yang boleh dimainkan Petronas.
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Kemboja, Nguon Meng Tech, berkata memorandum perjanjian perniagaan AS$1 bilion (RM3.3 bilion) ditandatangani antara firma Malaysia dan Kemboja, kelmarin hampir mengatasi perjanjian AS$1.2 bilion (RM3.96 bilion) dari China, tahun lalu.

Sementara itu, Najib berkata, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dijangka membuat lawatan balas ke Malaysia awal tahun depan.

Perdana Menteri berkata, ia hasil ikatan kerjasama erat dipupuk antara beliau dan Hun Sen.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum