PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Shell perkenal petrol V-Power 97

3 posters

Go down

Shell perkenal petrol V-Power 97 Empty Shell perkenal petrol V-Power 97

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Jun 16, 2010 7:31 am

Produk baru dijual pada harga RM2.05 seliter ganti Fuel Save RON 97

SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd mengukuhkan barisan produk bahan bakar premium di Malaysia dengan memperkenalkan Shell V-Power 97 bagi menggantikan Shell Fuel Save RON 97 di semua 750 stesen servisnya di seluruh negara.

Bahan bakar berkenaan yang dicipta untuk kenderaan berprestasi tinggi dan pengguna yang mahukan pemanduan lebih berkuasa dijual pada harga kawalan RON 97 iaitu RM2.05 seliter.

Berikutan itu, Shell Malaysia kini menawarkan tiga barisan produk bahan bakar, selain Shell Fuel Save RON 95 dan Shell V-Power Racing yang masing-masing menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M.

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Azman Ismail, berkata Shell V-Power 97 diperkenalkan susulan permintaan terhadap bahan bakar premium yang menepati ke-perluan kenderaan berprestasi tinggi.

“Bertentangan dengan kepercayaan umum, bukan semua petrol adalah sama dan kami di Shell sentiasa komited menghasilkan bahan bakar yang lebih baik untuk prestasi pemanduan serta kenderaan mereka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Shell V-Power 97 di Subang Jaya, semalam.

Hadir sama, Pengurus Teknologi Bahan Bakar Asia Pasifik Shell Global Solutions, Eric Holthusen dan Pengurus Jualan dan Operasi Runcit Nasional Shell Malaysia, Leslie Ng.
Azman menjelaskan, bahan bakar berkenaan yang mula digunakan pasukan Formula Satu Ferrari pada perlumbaan di Bahrain awal tahun ini adalah bertepatan dengan pengalaman luas Shell dalam bidang pembangunan petrol.

“Pakar di Shell telah menghasilkan Shell V-Power 97 untuk menunaikan permintaan pelanggan yang mahukan bahan bakar berprestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pengenalan produk baru itu juga akan memudahkan pengguna yang sebelum ini sukar mendapatkan petrol premium Shell berikutan tawarannya yang terhad selepas pengenalan bahan bakar RON 95 bermula September tahun lalu.

“Pengguna kini boleh mendapatkan petrol premium ini pada harga kawalan RON 97 di semua 750 Stesen Servis Shell di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak,” katanya.

Petrol RON 97 sebelum ini menyumbang kira-kira 18 peratus kepada jualan keseluruhan bahan bakar Shell dan pengenalan Shell V-Power 97 dijangka meningkatkan jualannya sebanyak tiga peratus.

Sementara itu, petrol premium Shell V-Power Racing pula akan terus dijual di kira-kira 40 lokasi di pusat bandar sekitar Lembah Klang dan Johor.

Shell V-Power 97 menggunakan bahan tambahan Teknologi Pengubahsuaian Geseran, sama seperti digunakan oleh kenderaan Ferrari pada perlumbaan F1.

Teknologi itu dibangunkan secara unik oleh makmal penyelidikan Shell dengan kerjasama Ferrari.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Shell perkenal petrol V-Power 97 Empty perbezaan antara RON 97,95 92

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 Wed Jun 16, 2010 4:01 pm

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Soalan tambahan MP PAS Shah Alam dan soalan asal No. 8. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah justifikasi kepada kenaikan harga petrol dan tambang pengangkutan.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
LEE WEI SHAN L6F 2010
LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

Shell perkenal petrol V-Power 97 Empty Re: Shell perkenal petrol V-Power 97

Post  leeyoong_U6B Fri Jun 18, 2010 8:34 pm

YeeYew™ [SonG][U6B] wrote: SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd mengukuhkan barisan produk bahan bakar premium di Malaysia dengan memperkenalkan Shell V-Power 97 bagi menggantikan Shell Fuel Save RON 97 di semua 750 stesen servisnya di seluruh negara.
Bahan bakar berkenaan yang dicipta untuk kenderaan berprestasi tinggi dan pengguna yang mahukan pemanduan lebih berkuasa dijual pada harga kawalan RON 97 iaitu RM2.05 seliter.
Berikutan itu, Shell Malaysia kini menawarkan tiga barisan produk bahan bakar, selain Shell Fuel Save RON 95 dan Shell V-Power Racing yang masing-masing menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M.
Shell V-Power 97 menggunakan bahan tambahan Teknologi Pengubahsuaian Geseran, sama seperti digunakan oleh kenderaan Ferrari pada perlumbaan F1.

Apakah yang dimaksudkan oleh bahan bakar berkenaan yang dicipta untuk kenderaan berprestasi tinggi lagi menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M? Adakah Shell V-Power 97 yang diperkenalkan bagi menggantikan Shell Fuel Save RON 97 di semua 750 stesen servisnya di seluruh negara. merangkumi perkara-perkara penting yang diberitahu oleh WEI SHAN? Apakah pula perbezaan antara Shell V-Power 97 dengan Shell Fuel Save RON 97? Hanya dari segi ramuan?

LEE WEI SHAN L6F 2010 wrote:
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Shell perkenal petrol V-Power 97 Empty Re: Shell perkenal petrol V-Power 97

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 19, 2010 11:47 am

RON97 Vpower boleh digunakan oleh semua kenderaan tetapi membazirlah jikalau minyak tersebut digunakan dalam kereta berprestasi rendah seperti Kancil atau Picanto.

Yang dimaksudkan dengan kereta berprestasi tinggi adalah seperti kereta Ford Mustang, mempunyai kuasa pecutan yang tinggi, kuasa kuda yang memuncak dan sebagainya.

perbezaan antara kereta berprestasi tinggi(HPC) dengan kereta prestasi rendah adalah HPC menggunakan minyak pada kadar yang tinggi, untuk memenuhi keperluan kereta seperti memecut, naik bukit, dan sebagainya. manakala kereta prestasi rendah direka untuk menjimat minyak kereta.

Yang dikatakan menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M pula adalah ramuan dan ratio untuk minyak itu sesuai untuk digunakan oleh semua kereta.
Kontrasnya, jika tidak menepati spesifikasi standard bahan bakar Euro 2M, kita bolehlah membincangkan tentang minyak yang digunakan dalam perlumbaan F1. biarpun terdapat banyak persamaan dalam minyak yang digunakan, tetapi minyak F1 telah diubahsuai dan tidak sesuai untuk penggunaan kereta komersial.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Shell perkenal petrol V-Power 97 Empty Re: Shell perkenal petrol V-Power 97

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum